BAB 8

Romance Completed 8124

Laila terduduk di hadapan pintu utama lalu menangis sepuas-puasnya. Tidak disangka pengakuan jujurnya membuatkan Alif bersifat kasar dan panggilannya juga berubah.
Tiada lagi panggilan lembut ‘saya’ dan ‘awak’. Hanyalah ‘aku’ dan ‘kau’.

Pagi hari Ahad itu sungguh dingin. Sudah beberapa minggu hubungan mereka sedingin cuaca sejak kebelakangan ini. Apa yang terjadi pada malam hari itu tidak ada seorang
pun yang menyebutnya. Laila yang duduk berhadapan dengan suaminya memandang suaminya dengan gentar.

“Ab..abang, saya ada benda nak cakap sikit,” Laila membuka bicara.

Terdengar sudu dan garfu dihempas kuat di atas pinggan kaca.

“Berapa kali nak suruh aku cakap dengan kau jangan panggil aku abang. Aku tak nak dengar dari mulut kau yang penipu tu kalau kau tak nak kena tampar dengan aku.”

“Ma..maaf, tapi hari ni saya nak keluar sekejap. Saya nak beli barang dapur. Banyak benda yang dah habis,” pinta Laila lembut.

“Suka hati kaulah nak pergi beli barang ke, nak pergi kelab ke, ada aku kisah?” Kata-kata Alif membuatnya istighfar. Tidak disangka Alif yang dikenali suatu ketika
dahulu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu.

“Ta.. tapi, saya t.. t.. tak cukup duit untuk belanja dapur.” Terketar-ketar suara Laila menerangkan. Suaranya bagaikan hendak menangis.

“Hei, tu bukan aku punya masalah. Kau yang masak kan? Kau pergilah selesaikan sendiri. Siapa kisah kau cukup duit ke tak?!” Jerkahan Alif membuatkan sudu yang dipegang
Laila terjatuh ke bawah. Hatinya kini betul-betul sakit.

‘Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku untuk menerima dugaanMu ini,’ rintih hati Laila penuh duka.

Alif segera bangun dan berlalu ke dapur dengan pinggan yang dimakan lalu dihempasnya dengan kuat. Terdengar kaca berderai. Laila tersentak lalu dia cepat-cepat ke
dapur dan dilihat tangan Alif mula berdarah.

“Abang!” Teriak Laila kuat. Dia terus mendapatkan peti pertolongan cemas yang sememangnya sudah tersedia di dalam almari tersebut. Pantas dia mengambil tangan alif.
Pada mulanya Alif menarik kuat tangannya tetapi dibiarkan setelah Laila benar-benar tidak mahu melepaskan tangannya itu. Laila berjaya mengubatkan luka di tangan
suaminya.

Alif sekadar memandang sahaja luka yang sedang dirawat Laila. Tidak disangka Laila akan merawatnya atas kesalahan yang dibuat oleh dirinya sendiri.

Usai sahaja merawat tangan Alif, Laila mengemas semula barang-barang rawat sambil berkata dengan lembut, “Lain kali awak jangan buat macam ni. Kan sakit. Kalau awak
ada tak puas hati dengan saya, awak terus-terang. Kalau awak rasa nak pukul saya, saya rela.”

“Eh! Kau fikir aku dayus ke nak pukul isteri sendiri lagipun setakat luka gini je tak sakit mana lah. Aku tak suruh kau rawat aku pun. Kau yang nak sangat.”

Kata-kata yang dilemparkan Alif menghiris hatinya. Namun ditabahkan hatinya. Air mata yang hampir jatuh diseka. Dia melemparkan senyuman penuh hiba ke arah suami yang
amat membencinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience