BAB 12

Romance Completed 8124

Pada malam itu, Laila menolong suaminya mengemaskan baju untuk ke London. Suasana yang sunyi itu melemaskan Laila. Hendak dibuka mulutnya menanyakan bilakah
penerbangan yang bakal dinaiki suaminya tetapi dia takut hatinya terluka dengan kata-kata yang bakal diluahkan. Seusai mengemas baju, Alif segera mengambil beg yang
sudah penuh dengan pakaiannya dan menuju ke pintu bilik.

“Awak nak ke mana?” Tegur Laila lembut.

“Aku nak tidur di rumah kawan aku yang sama penerbangan dengan aku. Dan, oh ya kau jangan berani-berani nak datang hantar aku dekat lapangan terbang. Kalau aku nampak
kau, siaplah kau.” Ugutan Alif membuat Laila kecut perut. Hasratnya memang hendak menghantar suaminya tetapi apabila terdengar kata-kata Alif dia tahu dia harus
melupakan niatnya.

“Baiklah kalau macam tu. Awak nak saya siapkan apa-apa dulu?” Soalan Laila dibalas sepi oleh Alif yang menonong meninggalkannya di dalam bilik. Tiada ucapan selamat
tinggal atau kucupan terakhir... Dia ditinggalkan dengan kata-kata yang amat menyakitkan.

“Awak, tunggu kejap,” Laila segera berlari ke arah Alif yang baru sahaja hendak masuk ke tempat duduk pemandu.

“Apa lagi?” Dengus Alif kuat.

“Sebelum awak pergi, saya nak cakap yang saya amat bertuah berkahwin dengan awak. Walaupun awak tak suka saya tapi awak tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang
suami. Pada saya awaklah suami yang terbaik,” suara Laila mula bergetar menahan hiba. Alif memandang tepat ke arah raut wajah Laila menelitinya seolah-olah dia ingin
mengingati wajah itu dalam hati, seolah-olah itulah kali yang terakhir dia dapat melihat wajah itu.

“Saya pinta awak halalkan makan dan minum saya selama saya tinggal dengan awak. Dan maafkan saya kalau setiap langkah perjalanan saya keluar tanpa meminta izin
daripada awak, saya minta maaf. Saya bukan isteri yang baik untuk awak. Saya hipokrit. Awak sememangnya layak dapat isteri yang beribu kali lebih baik dari saya. Saya
minta maaf awak.” Kata-kata Laila terhenti di situ. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir dengan deras. Dia menekup kedua wajahnya sambil menunduk. Dia tidak mahu
Alif melihat wajahnya ketika nangis. Apatah lagi tanpa menangis Alif sudah katakan mukanya hodoh apalagi ketika menangis.

“Awak jaga diri awak baik-baik. Kalau awak marah, awak jangan buat macam hari tu. Saya sayangkan awak.” Setiap bicara yang diungkap tersekat-sekat seolah-olah menahan
kesakitan yang begitu dalam. Air matanya seolah-olah tidak mahu memberi Laila peluang untuk menghapuskannya.

Tanpa diduga Alif, tangan kanannya diambil Laila dan dikucup, kedua belah pipinya juga dikucup gadis itu. Alif terpana. Dia tidak sangka. Tidak pernah gadis itu
mencium pipinya.

Laila segera masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu dan entah kenapa dia merasa longlai sahaja tubuhnya. Dia terduduk di balik pintu tersebut. Sedihnya tidak
terkata. Mulutnya mula mengeluarkan esakan.

Manakala Alif pula bagaikan terkedu mendengar setiap kata-kata yang diluah Laila. ‘Aku suami yang baikkah bila setiap malam isteriku menangis atas sifat egoku? Aku
suami yang bertanggungjawabkah bila isteriku meminta duit belanja dapur aku mengherdiknya, menengkingnya, menghinanya?

Aku layak disayangkah sedangkan aku tidak pernah lakukan apa-apa yang menyenangkan hati isteriku sendiri.’ Dan tangisan itu, Alif merasa nyawanya seakan ditarik bila
melihat isterinya tersedu-sedan disebabkan sifatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience