BAB 15

Romance Completed 8124

“Haziq, mana wad kak Laila?” Gesa Alif.

Baru tadi lelaki itu perkenalkan dirinya sebagai adik kepada Laila. Dan baru dia teringat wajah itu yang tiada ketika hari pernikahannya kerana dia tidak mengambil
tahu sangat kerana mereka dinikahkan wali hakim kerana kata Laila walinya berada sangat jauh pada tarikh pernikahan mereka.

“Dia ada dekat wad depan tu abang.” Balas Haziq seraya melangkah dengan cepat.
Alif pantas melangkah meninggalkan adik iparnya yang sedang cuba menyainginya. Sebaik sahaja sampai di hadapan wad 8, dia berhenti. Tangannya yang dihulurkan untuk
mengetuk pintu terhenti. Entah kenapa, dia merasa yang dia tidak sepatutmya berada di sini.

“Abang, masuklah kakak masih tidur tadi masa Haziq keluar.” Ujar Haziq sambil tangannya memulas tombol pintu.

Belum sempat Alif menahan, pintu terbuka.

Di atas katil, terdapat seseorang yang amat dirinduinya. Yang sering dia tengking, yang sering dia marah, yang sering ditunjukkan kesalahan. Tapi kini, yang ada
hanyalah perasaan kasih sayang. Perasaan cinta. Perasaan belas terhadap wanita yang bergelar isteri. Perlahan-lahan Alif mendekati wanita itu seraya mengambil
tangannya yang terkulai lemah.

“Laila,” bisik Alif lembut dengan juraian air mata.

*******************************

Laila tersedar dari tidurnya apabila dia rasa berat pada lengannya. Dia membuka mata perlahan-lahan dan terkedu melihat susuk tubuh yang sedang membaringkan kepala dia
atas lengannya sambil tangannya digenggam erat.

‘Bukankah sepatutnya dia sudah pergi dari sini?’ Detik hati Laila.

Sedaya-upaya Laila mengalihkan lengannya yang terasa lenguh dengan perlahan supaya tidak mengejutkan Alif namun baru sahaja dia hendak mengangkat lengannya, Alif
tersedar dari lenanya.

“Abang,” ucap Laila lembut. “Bukan penerbangan abang pagi tadi? Sekarang dah petang. Dah terlepas ni. Macam mana nanti abang nak pergi?”
Alif pantas menghentikan kata-kata Laila dengan jari telunjuknya di bibir Laila.

“Shhhh, abang tak nak dengar apa-apa lagi. Silap abang buat keputusan tanpa persetujuan Laila. Abang minta maaf selama ni abang buat Laila macam tu. Abang tengking
sesuka hati, abang marah sesuka hati, entah berapa banyak air mata Laila yang dah keluar kerana abang.”

Laila dapat mendengar suara suaminya yang tertahan-tahan kerana cuba menahan tangis. Kepala suaminya yang tertunduk diangkat. Dapat dilihat air mata yang mengalir
tanpa henti.

"Abang,syukurlah abang dah kembali. Jangan tinggalkan Laila lagi, boleh?"

"Abang minta maaf sayang. Abang janji tak akan tinggalkan Laila lagi." Alif lantas memeluk erat isterinya ke dalam dakapan. Laila sayu dengan kesedaran suaminya. Tak
putus-putus memanjatkan syukur kerana doanya setiap malam dimakbulkan oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience