BAB 3

Romance Completed 8124

“Saya belum bersedia.” Selamba sahaja Alif menuturkan kata-kata tersebut tanpa memikirkan perasaan Laila.

“Kalau awak tidur bawah, saya pun tidur bawah jugaklah.” Laila mengambil bantal di atas katil dan turun di sisi suaminya.

“Tempat isteri kan di sisi suami.” Ujar Laila sambil tersenyum lebar. Wajah Alif sudah mula kalut. Sungguh dia masih belum bersedia. Bukan Lailatidak tahu mereka
kahwin pun kahwin segera.

“Awak tolong faham saya. Saya tak nak tidur dengan awak.” Ujar Alif tanpa sedar dia telahpun meninggikan suaranya. Laila seakan tersentak. Pertama kali dia mendengar
suara Alif begitu. Dia takut. Lantas dia kembali naik ke atas katil semula.

Keadaan bilik itu suram dan hanya diterangi lampu di luar rumah. Laila menutup mukanya dengan bantal. Hatinya amat terluka. Lukanya terlalu dalam.

Dia tidak pernah pinta ibu mertuanya berkelakuan begitu kepadanya. Apatah lagi Alif. Sungguh dia tidak sangka dengan percaturan hidup yang ditentukan dirinya sendiri.
Dalam dia tersedu, matanya perlahan-lahan tertutup dan lena.

Alif yang sememangnya boleh mendengar sedu-sedan isterinya sekadar menghela nafas dengan berat. Dia tidak pernah mahu lukakan hati seorang wanita apatah lagi yang kini
bergelar isterinya.

Namun ugutan ibunya masih terlayar di fikirannya, “Kalau kau buat Laila mengandung selama kau keluar negara nanti,jangan harap aku nak jaga dia. Dan aku nak kau
ceraikan dia sebaik saja kau habis belajar nanti.” Hatinya bagai retak seribu. Dia sayangkan Laila namun tidak pernah disuarakan.

‘Ya Allah, Bantulah aku. Aku buntu. Aku tak tahu jalan mana yang terbaik untuk aku. Kau tolonglah hambaMu yang lemah ini.’ Dia berdoa di dalam hatinya.

Lantas dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat samada Laila sudah lelap. Ternyata dia sudah tertidur. Masih terdapat kesan air matanya. Alif mengangkat
tangannya perlahan. Dia mengusap pipi yang masih berbekas dengan air mata itu dengan lembut.

‘Ya Allah, inikah nikmatnya memegang seorang wanita mahram bergelar isteri?’ Hatinya bergetar lembut. Cantik sungguh Laila tanpa tudung. Dia seakan ingin menjerit
kepada Laila betapa dia amat menyayanginya.

Alif segera mengalihkan tangannya apabila Laila mula menggeliat kecil. Serentak dengan itu terdengar dia menggumam kata-kata yang tidak dapat didengar dengan jelas
namun dia masih boleh menangkap perkataan ibu dan bapa. Hati Alif berdegup kencang.

Laila pernah menceritakan yang dia mempunyai keluarga yang kecil terdiri daripada kepada dua orang adik-beradik dan juga kedua ibu bapanya telah kembali ke
rahmatullah. Namun dia tidak pernah menanyakan di mana Laila pernah bersekolah, tinggal dan sebagainya.

Satu hari nanti, dia akan tanyakan juga. Latar belakang hidup Laila tidak jelas namun dia dengan beraninya mengambil Laila sebagai isterinya untuk menyelamatkan Laila
dari dijadikan mangsa lelaki bernafsu binatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience