BAB 4

Romance Completed 8124

Pagi itu suasana dirasakan hambar.

“Alif hari ni balik pukul berapa?” Suara Puan Jamila memecahkan suasana sunyi di antara mereka.

“Macam biasa, dalam pukul lima petang. Kenapa mak?” Alif mengajukan semula pertanyaan kepada ibunya. Tidak pernah-pernah ibunya menyoal pukul berapa dia balik kerja.

“Takde, mak ingat nak bincang sesuatu dengan kau nanti bila balik,” ujar Puan Jamila sambil matanya melirik ke arah Laila . Sebenarnya, dia ingin berbincang tentang
Alif dan isterinya tetapi selalu tidak ada peluang kerana Laila sering melekat di sisinya selalu.

‘Nak tunjuk ngada-ngadalah tu,’ kata hatinya dengan pandangan jelik dilemparkan kepada Laila tanpa gadis itu sedari.

“Kalau mak nak saya balik makan tengah hari insha Allah boleh lah.” Ujar Alif lembut. Hatinya mula gelisah. Dia boleh agak apa yang ingin dibincang ibunya nanti.

Seperti dijangka, 12.30 tengah hari itu Alif sudahpun berada di hadapan rumah. Hatinya berbelah bagi hendak mengucapkan salam tetapi bagaikan sudah tahu akan ketibaan
Alif, pintu rumah terbuka dan Puan Jamila berdiri dengan senyuman lebar.

“Masuklah,” Puan Jamila menjemput masuk dan di atas meja sudahpun terdapat makanan. Alif pantas berjalan ke arah meja makan. Puan Jamila tersenyum memandang Alif. Tak
berubah anak aku ni, getusnya dalam hati.

“Alif, mak nak cakap sikit ni.” Puan Jamila terus membuka mulut.

Alif hanya memandang dan mendengar. Dia tidak akan menyampuk, tidak membenarkan atau menidakkan kata-kata yang ibunya bakal luahkan nanti.

“Mak tak setuju dengan perkahwinan kau. Walaupun mak pada mulanya biarkan tapi mak rasa lain macam. Kau tak rasa pelik ke tak ada keluarga dia pun yang datang majlis
kahwin kamu berdua? Kau biar betul ni Alif? Dengan latar belakang yang entah siapa-siapa macam tu, entah pelajaran dia macam mana.” Puan Jamila terus sahaja
menyatakan rasa tidak puas hatinya yang selama ini disimpan.

Alif yang mendengarnya terkejut dengan pengakuan ibunya. Sungguh dia tidak sangka bahawa selama ini Puan Jamila juga memikirkan perkara yang sama. Tetapi apa yang
ibunya katakan betul juga. Entah bagaimana gadis yang baru dikahwininya bakal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan tidak mustahil juga sebagai ibu
suatu hari nanti.

‘Tapi kau nak ke ada anak dengan dia?’ Fikirannya mula berbicara.

‘Tak mustahil. Itu aku kata,’ hatinya menyangkal.

‘Kau jangan lupa dia tu perempuan kau lelaki. Kalau kau niat nak ceraikan dia kau jangan jadi dayus.’

‘Kenapa pulak aku yang dayus?’ Hatinya mula berapi.

‘Sebab kau dah hisap madu dia lepas tu kau buang. Kalau macam tu lebih baik kau jadi binatang kan?’ Fikirannya mula meracuninya dengan kata-kata yang menyakitkan.

“Mak nak kau ceraikan dia lepas kau habis belajar. Mak tak kira.” Bicara ibunya menyentakkan Alif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience