BAB 7

Romance Completed 8124

Bacaan al-Quran yang syahdu dari suami membuatkan Laila mendengarnya penuh dengan keinsafan. Dia mengintai suaminya dari luar dengan penuh sayu. Sungguh merdu suara
itu.

Masya Allah, bisik hatinya terharu. Dia juga mahu membaca al-Quran tetapi dia tidak tahu. Tanpa dia sedar, dia sudahpun membuka pintu bilik itu dengan lebarnya. Alif
yang merasa dirinya seperti diperhatikan lantas menoleh ke belakang dan terkejut bila melihat Laila sedang berdiri di depan muka pintu dengan riak yang sukar
digambarkan. Lantas dia mengqadamkan bacaannya dan menghadapkan badannya ke arah Laila.

“Kenapa awak berdiri je dekat situ. Nak baca al-Quran dengan saya cakap ajelah.” Usik Alif sambil tertawa kecil.

Laila hanya tersenyum tawar. Alif yang sedar akan itu lantas berkata, “Laila mari sini duduk sebelah saya kejap.”

Laila hanya menurut perintah suaminya.

“Awak nak baca Quran dengan saya?” Soal Alif lembut sambil matanya tepat memandang mata Laila. Tapi dia seperti cuba mengalihkan matanya daripada ditenung. Dia malu.
Bagaimana kalau Alif tahu bahawa isterinya ini amat jahil dalam ilmu agama?

“Kenapa ni? Cakaplah.” Alif memujuk.

“Saya...saya tak tahu baca Quran.” Nak tak nak Laila meluahkan juga. Kalau bukan sekarang, lambat-laun suaminya akan tahu juga.
Alif terkedu. Selama ini dia fikir Laila tahu membaca Quran.

“Saya minta maaf. Saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk abang.” Laila menundukkan muka mencium tangan Alif namun dia tersentak apabila Alif merentap tangannya.

“Takpe, kan boleh belajar? Hmm, apa kata awak baca iqra’?” Alif cuba menenangkan Laila walaupun dia rasa tertipu.

Laila menggeleng perlahan. Sebenarnya dia tak tahu membaca langsung.

“Kalau dalam solat selalu baca surah apa?” Soalan Alif semakin lama semakin menyeksa dirinya.

“Tak baca apa-apa. Tak tahu macam mana nak solat.” Jawapan Laila bagai membuatkan Alif tersedar dari mimpi yang panjang.

“selama ni kau tak solat? Kau tipu aku?” Suara Alif mula meninggi.

Laila hanya berteleku di sisi suaminya. Takut hendak mengangkat kepala dan bertentang mata dengan Alif. Beristighfar panjang Alif mendengarnya. Lantas memujuk Laila
duduk mendengar bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience