BAB 2

Romance Completed 8124

“Saya bukan anak haram. Ibu bapa saya sudah meninggal dunia setahun lalu.” Laila segera mengesat air matanya. Betapa peritnya hati ini mendengar tuduhan Puan Jamila.
Kenapa ibu mertuanya tidak berpekerti mulia seperti anaknya. Sopan, lemah lembut dalam berbicara.

“Ya ke? Aku tak kisah lah kau anak halal ke anak kutip ke mak bapak kau meninggal ke, yang penting nanti bila Alif lanjutkan pelajarannya ke luar negara nanti, aku nak
kau berambus dari sini, dan aku akan pastikan dia ceraikan kau sebaik dia kembali dari pengajiannya.”

Ranap hati Laila mendengar perancangan jahat ibu mertuanya untuk memisahkan dirinya dengan Alif. Tetapi dia tidak mahu memikirkan. Apa yang terjadi semuanya telah
Allah tentukan. Kita hanyalah sekadar mengaturkan rancangan. Segera dia keluar dari bilik itu setelah dilihat Puan Jamila mula menyarungkan telekungnya dan berlagak
seakan dia tidak wujud di situ.

Sejurus sahaja dia keluar, dia terserempak pula dengan Alif Segera dia memaniskan muka dan melemparkan senyuman.

“Awak buat apa dekat dalam bilik ibu?” Wajah Alif penuh dengan tanda tanya. Setahunya ibunya paling tidak suka orang masuk dalam biliknya.

“Takde, tadi ibu nak cakap sikit. Biasalah, kitakan pengantin baru.” Laila membalas dengan ketawa kecil. Sambil mengutarakan kata-kata, langkah mereka berdua menuju ke
bilik mereka yang terletak di sudut tingkat tersebut.

“Abang, nanti berapa abang nak lanjutkan pelajaran?” Alif terkejut. Bukan kerana pertanyaan tersebut. Memanglah dia terkejut dari mana Laila tahu tetapi hatinya lebih
terkejut mendengar gelaran baru yang dipanggil Laila.

“Insha Allah dalam setahun lebih,” Alif tersenyum tidak semena-mena. Tidak sabar dia hendak ke negeri yang penuh dengan ilmu itu.

“Awak, saya nak cakap sikit,” Alif menyambung kata-katanya, “boleh tak kalau kita tak perlu panggil panggilan manja-manja? Kita panggil saya awak aje?”

Permintaan Alif memang tidak terduga. Adakah dia tidak suka dengan aku? Sama seperti ibunya yang tadi mengutuk aku? Hati Laila sedikit terusik.

Dia hanya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dengan suami yang penyayang, ibu mertua yang pengasih, hidup yang penuh cinta. Tetapi mengapa langkah ini bagaikan
tersilap langkah paling besar pernah dia buat seumur hidupnya? Hati Laila merintih penuh kesayuan.

Dia sekadar memandang suaminya yang sudahpun bertukar pakaian. Perlahan-lahan dia berdiri, cuba menguatkan langkahnya dan bergerak ke arah tandas.

Selesai sahaja dia mandi dan solat, Laila menguruskan katil dengan cermat. Hatinya mula berasa malu bila memikirkan perkara-perkara yang bakal terjadi buat semua
pengantin baru.

Namun sangkaannya meleset. Sebaik sahaja Laila melabuhkan badannya di atas katil, dilihat suaminya mengambil tilam nipis dari atas almari. Dia hairan lantas ditanya,
“Awak nak buat apa dengan tilam nipis tu?”

Alif memandangnya dengan tenang. “ Buat tidurlah. Nak buat apa lagi?”

“Tapikan kita berdua boleh tidur atas katil ni.” jawab Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience