BAB 1

Romance Completed 8124

“Muhamad Alif Fikri bin Majid, aku nikahkan dikau dengan Laila Sari binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas.”

Akad tok kadi disambut Alif dengan tenang. “Aku terima nikahnya Laila Sari binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas.”

“Sah.” ucap saksi sekeliling bila tok kadi bertanya dan memadang mereka.

Alhamdulillah. Air mata Laila mengalir ke pipi dengan perlahan. Alif yang kini bergelar suaminya sedang bergerak ke arahnya dengan sebentuk cincin. Saat cincin
disarungkan bersama kucupan syahdu suaminya di dahinya membuatkan Laila seperti di bermimpi indah.

Sepanjang hari itu Laila dan Alif tidak putus- putus tersenyum bahagia.

Malam melabuhkan tirai dan di rumah Alif hanya tinggal saudara-mara sahaja. Ruang tamu rumah Alif riuh dengan usikan dan tip untuk pengantin baru itu. Sedang mereka
rancak berbual, Laila meminta diri untuk ke dapur bagi menghidangkan air dan makanan yang ringan. Di dapur pula, Laila terserempak dengan ibu mertuanya, Puan Jamila.
Lantas Laila menegur.

“Mak,” bersama senyuman yang dilemparkan, Laila tunduk ingin mencium tangan ibu mertuanya itu namun tangannya tidak disambut.

Puan Jamila terus sahaja masuk tanpa menghiraukan Laila. Sempat lagi dia berpesan, “Jumpa aku dekat bilik atas.” Suaranya kedengaran tegas. Laila bagaikan dipukau. Dia
menurut.

Tetapi dalam hatinya tertanya, ‘Mengapa mak gelarkan dirinya kau aku? Kenapa tak panggil mak? Mungkin mak penat’, Laila pantas mengelak fikirannya daripada berfikir
yang bukan-bukan.

Sesampai sahaja di dalam bilik yang pintunya tertutup rapat, Puan Jamila terus mendekati Laila dan menampar pipinya. Laila terpaku. Lidahnya kelu. Tangannya memegang
pipinya yang baru sahaja ditampar.

Walaupun maknya pernah pukul dirinya dengan teruk, tetapi entah kenapa dia berasa sayu. Dia sudah kehilangan ibunya. Dia hanya mahu sedikit kasih daripada seorang yang
bergelar ibu. Namun, dia tidak tahu yang ini hanyalah permulaan buat mimpi buruknya.

“Kau dah buat apa dengan anak aku sampai dia tak nak dengar cakap aku? Kau gunakan dia kan? Dia dah tak nak dengar kata aku lagi. Aku suruh dia kahwin dengan anak
orang lain dia mati-mati nak kahwin dengan kau. Kau ni sebenarnya siapa hah? Mak bapak kau mana? Ke selama ni kau tipu anak aku? Entah-entah kau ni anak ha...” Belum
sempat Puan Jamila menyambung kata-katanya, Laila segera mengelak.

“Saya mintak maaf saya paksa Alif kahwin dengan saya. Selain saya sebenarnya cuba lepaskan diri dari lelaki yang memang kami berdua kenal sangat perangainya, tapi saya
sayangkan dia. Sangat sayangkan dia.” Ucap Laila penuh hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience