BAB 8

Romance Completed 19584

Qaiser terduduk. Dia meraup mukanya. Borang itu dia perhatikan. Hujung surat, tertulis nama Abiyah binti Abduh, yang baru sahaja menandatanganinya. Qaiser keliru.

Antara cinta dan kasihnya. Teman atau cinta hati? Kalau dipilih kedua-dua, pasti ada yang terus terluka, terus terseksa, dan pastinya itu Abiyah, takkanlah selamanya dia perlu menangis?

Matanya dipejam, menahan kekusutan kepala yang bersarang selama dua minggu ini. Hatinya gelisah dan celaru, Abiyah terus menjadi mangsa. Dan Qaiser sedar, Abiyah sentiasa menjadi mangsanya, mangsa amarahnya, mangsa untuk dilepaskan rasa kecewa.

Abiyah tak pernah melawan, Abiyah hanya akan tunduk, Abiyah hanya akan mengangguk dan mendengar dan Abiyah hanya akan menangis sendirian di dapur. Qaiser tahu semua itu, namun egonya menahan untuk berbuat baik terhadap ‘teman baik’nya itu. Qaiser mendengus lemah, kepalanya diletakkan terus ke meja.

“Aku perlu cari jalan keluar..” bisik hatinya.

Abiyah teresak-esak menangis di birai katil. Hatinya pedih dan terus terluka, berdarah. Hatinya tidak lagi kuat untuk menahan tangisan. Abiyah cemburu, Abiyah kecewa. Qaiser tidak sedar cinta Abiyah. Abiyah sabar selama ini, kerna cintanya pada Qaiser terlalu kuat. Gambar perkahwinan mereka ditenung. Wajah Qaiser ditelek. Tiada senyuman walaupun segaris. Abiyah tahu, Qaiser terpaksa demi ibunya.

Abiyah faham, Qaiser tidak rela menikahinya. Abiyah tahu perasaan Qaiser yang tidak pernah mencintainya. Menangis tidakkan menyelesaikan segalanya. Abiyah pantas bangun, ingin berwudhuk dan solat. Hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience