BAB 18

Romance Completed 19584

” Sayang.. jum kita balik. Dah nak panas ni.” Ujar Qaiser kepada Abiyah yang masih lagi duduk dipusara Aliya. Kini genap setahun pemergian arwah Aliya. Setiap hujung minggu Abiyah dan Qaiser akan meziarahi pusara Aliya. Jika tidak berjanji sekalipun, Abiyah ke sini. Biarpun Aliya membawa kepahitan dalam hidup Abiyah, namun kerana Aliya, Abiyah belajar tentang kehidupan. Dengan Aliya, Abiyah belajar menghargai nikmat Allah. Hampir 6 bulan Abiyah menjalani rawatan fisioterapi, berkat usaha dan doa, segalanya berhasil. Abiyah kembali dengan kehidupan normal. Tangannya sihat seperti sedia kala.

” Nanti saya datang lagi.” Bisik Abiyah perlahan. Dengan berhati-hati Abiyah bangun dari duduknya. Qaiser membantu Abiyah yang nampak sukar untuk bangun, apatah lagi dengan perut Abiyah yang makin membesar. Qaiser memimpin Abiyah berjalan ke kereta.

” Kita benar-benar teman baik..” Ujar Qaiser.

” Suami isteri sememangnya teman baik. Abiyah pernah baca satu artikel, dengan menganggap isteri atau suami itu sebagai teman baik, insyaAllah, rumah tangga akan tenang dan bahagia.” Qaiser tersenyum dengan penjelasan Abiyah.

” Macam kita.. Abang stress, Abiyah buat abang ketawa. Biarpun kena marah, Abiyah sengih aje, sampai abang tak jadi marah..” Qaiser ketawa, begitu juga Abiyah.

” Tu la gunanya kawan.. Abiyah sakit, Abang teman Abiyah. Abiyah sakit kaki malam-malam, Abang urutkan.” Ujar Abiyah lagi, Qaiser masih dengan sisa ketawa.

” Yela tu, Abiyah ngidam macam-macam, teruk abang kena cari, tengah malam nak makan durian belanda. Haila.. geram.. tapi sayang punya pasal.”

” Amboi, merungut ye. Bukan Abiyah nak makan, baby abang ni yang nak makan, betul tak sayang.” Ujar Abiyah sambil mengusap perutnya.

” yelah-yelah..” Qaiser ketawa. Dicuit pipi isterinya yang main berisi. Abiyah hanya mengaduh manja.

” Teman baik macam mana pun. Isteri tetap isteri, perlu disayang dan dicintai. Oleh sebab itu, Qaiser Ilman berjanji didepan Masjid ini, untuk sentiasa menyemai cinta buat isteri, Abiyah Abduh, insyaAllah .” Ujar Qaiser, membuahkan senyuman penuh makna dibibir Abiyah. Abiyah memeluk erat tangan suaminya. Terima kasih Ya Allah.

Sebelum masuk ke kereta, Abiyah memandang terus ke arah pusara Aliya. Sambil mengusap perutnya yang sarat dengan tanda cinta Qaiser, Abiyah berbisik perlahan..

‘’Awak sebahagian utusan Allah kepada saya, sungguh wajah mu tidak hanya rupawan bahkan hati kamu juga sangat indah Aliya. Semoga Allah mengurniakan saya seorang puteri sebaik dan secantik kamu. Damailah kamu di sisiNYa, tidurlah wahai bidadari syurgawi.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience