BAB 7

Romance Completed 19583

” Abiyah!”

” Ye, saya..” aku terkocoh-kocoh berlari anak ke pintu depan. Marahkan apa lagi Qaiser harini. Sehari kalau tak marah aku memang bukan Qaiser. Perkahwinan yang baru setahun jagung ini penuh dengan dugaan dan buat hati aku selalu menangis. Mungkin kami hanya teman baik, jadi Qaiser boleh marah aku sesuka hati dia, dan menganggap aku tidak pernah kisah.

” Awak ada kemas bilik bacaan saya tak semalam?” soal Qaiser dengan muka bengis.

” Aa.. ada.. a..da, kenapa ye?” aku gerun disoal sebegitu rupa. Selama 23 tahun aku hidup, abah dan mama jarang marah-marah pada aku, sebabnya aku seorang yang mengikut kata, yang dikatakan tidak boleh takkan pernah aku buat.

” Mana fail warna biru saya? Dah puas saya cari dari tadi..” marah Qaiser.

” takde dalam bilik tu?”

” Kalau ada aku tak tanya la kau!” jerkahnya dan terus berlalu ke kereta. Enjin dihidupkan dan terus bergerak keluar rumah.

” aku? Kau? Sampai hati abang..” hatiku terusik. Kasarnya dia pada aku. Kenapa? Aku melangkah ke bilik bacaan Qaiser ditingkat atas. Aku jarang ke situ, kalau ada pun aku masuk cuma untuk mengemas bilik, mencuci habuk yang ada. Kerjaku sebagai seorang guru membuatkan aku mempunyai banyak masa dirumah.

Aku mencari fail biru yang dikatakan hilang itu. Entah apa yang ada dalam fail itu yang membuatkan Qaiser mengamuk sakan pada aku pagi ni. Sarapan yang aku buat pagi ini langsung tidak disentuh. Wahai hati, sampai bila kau akan menangis begini? Kerusi dimeja aku tarik, ada benda yang terlekat dikaki kerusi. Aku tunduk melihat. Di sini rupanya kau fail biru! Desir hatiku. Fail itu aku ambil, dan aku selak lembaran yang ada di dalamnya. Allah! Hati ini sekali lagi dikejutkan dengan sesuatu yang tajam. Sakitnya pedih terasa. Allah, kuatkan aku.. kuatkan aku menerima kenyataan ini. Lutut ini bergetar, aku terasa lemah. Lembaran kertas itu aku ambil. Aku baca. Air mata ini kian lebat ditubir mata. Aku selak lagi fail biru itu, ada sekeping gambar. Qaiser.. ada senyuman yang tidak pernah aku lihat diwajahnya untuk aku. Disampingnya ada gadis yang sangat manis dan cantik dimataku. Pasti dia Aliya, gadis yang sentiasa dihati Qaiser. Aku lihat dibelakang gambar…

Aliya gadisku.. sentiasa dihatiku, kini hingga ke syurga.. QloveA..

Air mata ini tumpah akhirnya, aku tahan dari teresak-esak. Lembaran ditangan ku lihat berselang dengan gambar. Ya Allah, adakah aku penghalang cinta mereka? Ya Allah, tidakkah aku mampu membuatkan Qaiser mencintai aku? Aku teringat peristiwa dua minggu lepas, sewaktu majlis kesyukuran untuk ulangtahun pertama aku dan Qaiser.

” tak ada tanda-tanda lagi ke si Iyah tu Qaiser?” soal Ibu pada Qaiser. Aku tika itu dibelakang rumah, menyidai kain buruk yang basah digunakan tadi, langkah untuk masuk ke dapur aku hentikan. Aku ingin tahu apa yang dibualkan dua beranak itu. Walaupun tidak elok, tapi hati ini mendesak untuk ambil tahu.

” Tanda? Tanda apa ibu?”

” Ala.. dah setahun kamu kahwin, tak mengandung lagi ke?”

” ingat apa la ibu ni… belum kut.” jawab Qaiser berselang tawa.

” apa yang lucunya? Cepat-cepat sikit, kamu tu dah 29, dah patut ada anak” ujar Ibu lagi.

” entah-entah bini kamu tu mandul Qaiser!” sampuk Mak Long yang tiba-tiba masuk ke dapur. Hatiku tersiat pedih. Mandul? Mungkin tidak!

” takde lah Mak Long.. belum ada rezeki.” Qaiser seolah-olah mempertahankanku.

” dah periksa?” soal mak long lagi. Mak long memang tidak pernah menerima aku sebagai isteri Qaiser, sebab Qaiser sudah ada Aliya, anak Mak Long! Qaiser hanya menggeleng. Ibu senyap, ibu tahu Mak Long terasa hati pabila Ibu tidak setuju Qaiser mahu berkahwin dengan Aliya. Aku tidak tahu kenapa, pernah bertanya tapi ibu hanya senyum penuh makna.

“Kalau takde juga tanda-tanda, kamu kahwin aje satu lagi.” Mak Long memberikan idea yang sangat menyakitkan hatiku. Ibu terkejut, Qaiser juga.

“Aliya sentiasa tunggu kamu!” tekan Mak Long sebelum berlalu keluar. Aku memejamkan mata, mencari kekuatan. Ya, aku dan Qaiser sudah setahun menjadi suami isteri. Tetapi hanya di mata orang, di atas borang nikah. Tapi.. Qaiser tidak pernah menyentuhku, hanya ketika upacara membatalkan air sembahyang saat kami bernikah, di situlah aku merasa hangatnya ciuman Qaiser di dahiku. Ya Allah, hebat sungguh dugaan ini.

” Ha… buat apa kat sini!”

Jerkahan itu membuat aku tersentak daripada lamunan panjang. Air mata yang mengalir pantas aku kesat. Akibat terkejut, fail biru itu terjatuh ke lantai, habis semua isinya berterabur. Aku tunduk pantas mengutip segala dokumen yang berterabur. Rupanya banyak lagi gambar yang ada di dalam fail ini. Antaranya gambar kami berdua sewaktu pernikahan. Qaiser menghampiri, aku serta merta memasukkan semua dokumen ke dalam fail biru. Aku serahkan kepada Qaiser setelah dia berada bertentang denganku. Qaiser merenungku dengan renungan tajam. Aku gerun. Aku tunduk ke lantai. Alamak, borang itu.. macam mana aku terlepas pandang. Minta-minta Qaiser tak perasan.

” Buat apa lagi tercegat dekat sini, keluarlah!” marah Qaiser. Entah apa yang membuatnya terus memarahi aku. Mungkin dia takut hendak berterus terang. Mungkin dia mahukan persetujuan aku. Ya Allah, berikan aku jalan keluar. Aku tidak mahu terus dimusuhi oleh suamiku tanpa aku tahu sebabnya. Aku melangkah mahu pergi, teringatkan borang yang terjatuh dihujung kaki meja, membuatkan aku berpatah lagi.

” Ha.. apa lagi?”

” erm.. ini..” aku menghulurkan kepada borang itu. Seketika berfikir, aku tidak terus memberi kepadanya, Qaiser mendengus marah. Mungkin fikirnya aku seperti mahu mempermainkan dia. Aku lantas mengambil pen yang ada di atas mejanya. Aku turunkan tandatangan pada tempat yang ada. Di sini sah lah, aku sebagai isteri pertama kepada Muhammad Qaiser Ilman bersetuju untuk membenarkan Qaiser mengahwini, Nur Aliya Elis.

Aku redha. Mungkin ini dapat membuatkan Qaiser tidak lagi marah-marah. Mungkin juga ini membuatkan Qaiser lebih bahagia. Kebahagian Qaiser adalah segala-galanya. Aku mahu suamiku bahagia. Air mata bertakung ditubir mata, bila-bila bisa jatuh. Aku percepatkan langkah keluar dari situ. Kenapa Qaiser tak nampak nilai cintaku pada dia? Ya Allah, inikah pengakhirannya? Aku tak rela berkongsi kasih tatkala kasihnya tidak pernahku rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience