BAB 9

Romance Completed 19583

Aku panjat doa kepada Maha Agung. Pemilik cinta yang agung dan tiada tandingan. Sedikit demi sedikit, aku tenang. Tiada lagi tangisan walaupun hati ini pedih. Lamunanku tersentak, dengan tepukan kecil dibahuku. Aku pantas mengilas kebelakang.

Qaiser? Qaiser duduk dibirai katil dengan senyuman tawar. Aku membalas senyumannya walaupun agak pahit. Aku palingkan wajah. Tidak mahu Qaiser lihat redupan wajahku. Aku tidak mahu dia tahu aku menangis. Aku hanya mahu dia tahu aku kuat dan tidak kisah akan apa-apa.

” Saya minta maaf..”

” maaf?..” soalku.. tidak pernah Qaiser begini.

” maaf kerana berkasar.. saya tengah kusut.”

” takpe.. saya faham.. jangan risaukan saya”

” saya mintak maaf Abiyah… dan saya nak awak tahu.. saya masih berpegang pada janji saya sebelum kita kahwin dulu” janji? Aku sendiri tidak ingat apa yang kami janjikan. Janji kami?

” janji?” soalku. Namun aku masih tidak memandang pada wajahnya. Aku lebih selesa begitu, aku tidak betah bila dia memandangku. Aku rasa getar. Aku rasa debar.

” saya janji dengan awak sebelum kita berkahwin untuk cuba mencintai awak.. bukan janji untuk menduakan awak, Abiyah”

Saat kata-kata itu meniti dibibir Qaiser, seribu kesyukuran aku panjatkan pada Allah. Ya Allah, sesungguhnya keyakinanku padaMu tidakkan pernah tersia. Tiada lain yang aku pinta, hanyalah kasih, sayang dan cinta dari suamiku Muhammad Qaiser Ilman. Air mata mengalir perlahan pabila aku memejam perlahan mataku. Qaiser mendekati aku, dan bersila betul-betul di tepiku. Tangannya memegang mukaku, dan memalingkan ke arah dia. Aku tunduk memandang lantai, segan membiarkan mata ini membalas pandangan Qaiser. Jari kasarnya lembut mengesat air mataku. Sepantas kilat, dahiku dikucup hangat oleh Qaiser. ” Tetaplah menjadi teman baik saya,” bisik Qaiser perlahan. Makin terasa cintaku pada dia. Tidakkah dia tahu?

Tanganku digenggam. Erat. Kami lama begitu, seolah-olah membiarkan hati berbicara. Mungkin juga memanggil ketenangan hati supaya datang menyejukkan kembali hubungan ini.

” Abiyah, saya nak mintak tolong awak..”

” Tolong? Kalau mampu saya akan tolong..kalau tak..” aku hanya menjungkit bahu. Entah apa yang dimahukannya.

” Saya lapar..”

” la.. lapar.. kejap saya turun masak..” aku bingkas mahu bangun. Namun ditahannya.

” eh.. kejapla.. tak habis cakap lagi..” aku kembali mengambil tempat disisinya.

” masa dekat rumah Ibu dulu, awak ada masak nasi lemak sotongkan.”

” ye.. kenapa? Nak makan eh?”

” a’ah.. teringin la..” rengeknya, manja pula orang tua ni.

” macam orang mengidam je abang ni..” ujarku dengan ketawa. Entah angin apa lah Qaiser malam ni.

” mengidam? Erm.. itu kalau..” Qaiser tidak menamatkan bicaranya tapi gerak tubuhnya menyambung kata-katanya.

Perlahan dia menarik tanganku kembali ke dalam genggamannya. Tubuhnya merapati tubuhku. Aku kaget. Apa dia cuba buat? Takkanlah.. aku tak ready! Cepat-cepat aku memejamkan mata. Terasa hangat bibirku tatkala bibirnya menyentuh bibirku. Terasa panas pipi. My first kiss! Usik hati kecilku.

” abang akan tunggu sayang sedia.. dan cinta abang untuk sayang datang..” bisik Qaiser ditelingaku.

Aku kembali membuka mata perlahan. Aku memandangnya segan-segan, mengangguk tanda aku mengerti, aku juga belum bersedia! Dua-dua menguntum senyum.

Malam ini malam paling indah. Indah dengan penjelasan Qaiser, makin indah bila Qaiser mula membiasakan diri dengan perkataan ‘abang’ dan aku ‘sayang’. Terima kasih Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience