BAB 12

Romance Completed 19583

Aliya mula mereka suatu rancangan penuh dendam. Bak drama melayu mahupun Indonesia. Perancangan dan langkah yang bakal di ambil Aliya ini sudah diketahui, namun apalah yang dapat disangka oleh si naif Abiyah. Tak terduga dek Qaiser, sejauh itu Aliya akan lakukan.

Sedang asyik berjogging sendirian di Taman Rekreasi berhampiran rumah mereka lewat petang itu, tak diduga Abiyah akan berlakunya malang bagi dirinya. Bukan Qaiser tak melarang Abiyah pergi sendirian tapi kedegilan Abiyah yang mahu bersenam kerana tidak sedap badan.

” Abiyah pergi kejap aje”

” Tunggu Abang balik, nanti kita pergi berdua”

” Takpe, Abang banyak kerja kan.. Abiyah pergi kejap je. Around 15 minit lepas tu Abiyah balik”

” Jangan degil boleh?” Soal Qaiser tegas tapi lembut, sedikit demi sedikit, hari demi hari rasa kasih kepada isteri mula bercambah.

” Abang jangan degil boleh?” Soal Abiyah semula, manja.Qaiser mengeluh perlahan, terpaksa mengalah dengan kedegilan Abiyah, isterinya.

” Hati-hati, jangan lama-lama” Qaiser sendiri sebenarnya rasa tidak sedap hati. Risau!

” Okay Boss!”

Sedikit regangan badan dilakukan dalam perjalanan pulang ke rumah. Taman dan rumah tidaklah jauh mana, cuma 10 minit perjalanan. Abiyah berjalan mengikut arus kenderaan dijalan raya. Sedang asyik berjalan, sampai di suatu simpang, cermin besar disimpang di pandangnya sebentar, niat mahu mengambil gambar, teringat masa di kolej waktu belajar dulu, itulah aktivitinya dengan kawan-kawan selepas penat bersenam sekeliling kolej. Telefon dikeluarkan dari poket, sedang asyik mencari kedudukan yang cantik untuk mengambil gambar, Abiyah terperasan kenderaan yang nampak seakan memecut laju ke arahnya, Abiyah toleh pantas kebelakang dan…

Abiyah hanya rasa seolah terapung diudara dan terhentak, sakit! Tapi kelam. Abiyah tak ingat apa-apa selepas bunyi siren ambulans dan riuh rendah suara orang ramai. Abiyah hanya nampak wajah Qaiser yang tersenyum kemudian hilang diudara. Abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience