BAB 10

Romance Completed 19583

” Abang tak boleh buat macam ni! Aliya dah bagitau dekat Mama yang kita nak kahwin hujung tahun ni!” rengek Aliya, terkejut bukan kepalang pabila Qaiser memutuskan hubungan cinta yang ada antara mereka.

Hidup matinya hanya untuk Qaiser, itu motto Aliya sejak bercinta dengan Qaiser seawal umur remajanya, walau banyak lelaki yang datang dan pergi dari hidupnya, Qaiser tetap cinta hatinya.

Qaiser tidak pernah menyentuhnya, tidak seperti Hakeem yang suka mengambil kesempatan terhadap dirinya. Qaiser tidak pernah bertindak nakal seperti Nazim yang selalu menidurinya.

” Abang perlu tamatkan semua ini, abang kasihankan Abiyah. Dia sangat baik. Dia isteri abang.”

” Abang ceraikan dia! Ceraikan!”

” takkan!” kata-kata Aliya itu membuatkan Qaiser berasa geram.

Takkan pernah Abiyah diceraikan, kerana jauh dilubuk hatinya dia merasakan dirinya tidak boleh sendiri tanpa adanya Abiyah. Aliya ditinggalkan terkulat sendiri. Ada dendam dalam hatinya.

Abiyah pemutus cinta dia dan Qaiser. Abiyah merampas Qaiser daripadanya. Aliya takkan pernah kalah dengan sesiapa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience