BAB 11

Romance Completed 19583

Hubungan Abiyah dan Qaiser semakin baik dan rapat. Qaiser masih cuba menuntaskan rasa cintanya buat si isteri yang setia dan sentiasa mencintainya. Abiyah sedar akan hal itu dan sentiasa sabar menanti cinta Qaiser buatnya. Entah bila, tapi pasti akan tiba.

“kita nak makan apa untuk esok pagi?” Ujarku pada Qaiser yang leka menonton bola. Aku pula asyik melipat pakaian di penjuru ruang itu.

” erm.. anything, Abang okay je.” Jawab Qaiser acuh tak acuh. Lelaki bila dah demam bola, makan pun bola la jugak.

” Makan bola la eh..” tutur Abiyah perlahan.

” Apa?” soal Qaiser, pandangannya terarah kepada ku. Aku kaget, dan menggeleng laju. Takut pula nak bergurau bila tengok muka Qaiser serius begitu.

” Tak.. takde pape..” jawabku agak gagap.

” Said it again.. I beg your pardon?” Qaiser mula melangkah ke arahku. Aku mula tak tentu arah. Kain yang sudah siap berlipat aku buka dan lipat semula. Qaiser sudah siap duduk bertentang denganku.

” Cepatlah, apa Iyah cakap tadi.. Abang kurang dengarla..” Dengan sengaja, Qaiser mendekatkan wajahnya ke wajahku.

” er.. bola.. bola-bola.. Abiyah nak masak sup bola-bola..” Ujarku dengan sengihan panjang. Qaiser ketawa besar setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Dicuit lembut pipiku yang mula merona merah kerana takut dan malu padanya. Biarpun kami rapat, lebih akrab dari seorang teman baik, tapi aku tak dapat buang perasaan malu kepadanya, mungkin lebih kepada segan!

” Jangan tak masak pula sup bola-bola sayang tu esok.” Sindir Qaiser sebelum aku melangkah masuk ke bilik. Qaiser masih dengan ketawanya yang bersisa. Suka sangat bila dapat mengenakanku. Aku hanya mencebik dan menjerling. Bukannya dia senyap tapi makin bertambah gelak tawanya dengan reaksiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience