BAB 5

Romance Completed 19584

Benar seperti aku inginkan. Cintaku jatuh pada dia, suamiku setelah akad dilafazkan. Air mata ini mengalir dipipi. Mungkinkah dia akan rasa cinta seperti yang aku rasa sekarang. Mungkin tidak! Masih terngiang butir bicaranya penuh kekecewaan semalam.

” saya minta maaf, mungkin saya tak dapat nak cintakan awak Abiyah, saya cintakan orang lain.”

” tapi kenapa awak masuk meminang saya?” soalku, sungguh aku terkejut, apa permainan yang cuba dia lakukan sekarang? Aku bukan barang!

” Awak pilihan keluarga saya, saya sudah bincang dengan keluarga saya tapi ibu saya tak setuju dengan pilihan saya. Mereka sukakan awak Abiyah. Saya tak ada pilihan lain selain menerima awak.”

“perkahwinan bukan sebuah permainan Encik Qaiser!”

” Saya tahu tu Abiyah, saya datang berjumpa dengan awak sekarang bukan sebab nak awak batalkan semua ni, tapi saya nak awak tahu semuanya sebelum kita bernikah esok, saya tak nak tipu awak Abiyah.”

” Apa yang awak nak saya lakukan sekarang?” aku sudah tidak boleh hendak memikirkan apa-apa. Aku hilang kata, aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan kini.

“Just be my wife and I‘ll be your husband. Berikan saya masa untuk terima awak dalam hati saya, dan masa untuk saya lupakan cinta hati saya.”

” Berlakon depan semua? Begitu?”

” tak.. jangan salah faham Abiyah. Saya cuma perlukan masa untuk terima awak.”

” Baiklah..” aku tinggalkan dia sendirian. Aku kecewa. Tidakkah dia sedar, dia bagai menghiris sembilu pada daging hatiku? Hanya persetujuan yang boleh aku berikan. Aku tidak tahu mahu membantah atau menyokong. Aku keliru!

Air mata ku kesat. Qaiser kini didepanku. Aku memandangnya, dalam kira-kira mencari cahaya cintanya buatku. Tiada! Aku tidak jumpa sinar cinta dia buat aku. Aku nampak garis-garis kecewa diwajahnya. Aku tunduk menyalaminya setelah dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Terasa sejuk tangannya tika kami bersentuhan. Sempat dia bisikan kata maaf padaku sebelum, dahiku dikucupnya. Sekelian kali air mata ini tumpah. Qaiser memandangku, dia mahu aku mengerti, aku perlu berikannya sedikit waktu. Cinta bisa dipupuk, kasih bisa disemai. Aku mengangguk, aku mahu dia mengerti, aku sedia memberinya waktu seperti mana mahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience