BAB 16

Romance Completed 19583

Setelah seminggu berumah di wad. Abiyah telah dibenarkan pulang. Tangannya masih sama biarpun beberapa rawatan telah dilakukan sepanjang seminggu itu. Abiyah tetap sabar, dan akan sentiasa tabah dengan adanya Qaiser di sisi yang tidak putus dengan semangat buat dia.

Ibu dan Ayah telah mengadakan kenduri kesyukuran kecil buat Abiyah. Mama dan Abah juga sudah merancang, jadinya mereka sepakat untuk mengadakannya di rumah Ibu. Sekali lagi Pak Usu menjadi penaja ikhlas. Abiyah tidak terkata apa, Cuma mampu bersyukur. Bersyukur dengan banyak perkara. Syukur masih diberikan peluang dan ruang untuk merasai kehidupan serta memenuh yang kurang pada diri. Syukur dieratkan hubungannya dengan Qaiser. Syukur atas segala nikmat pemberianNya. Qaiser sedari tadi sibuk mengemas meja dan kerusi. Kenduri memang seronok tapi mengemasnya yang penat. Abiyah tidak hanya goyang kaki. Sedari tadi berusaha membasuh pinggan mangkuk didapur, biarpun hanya sebelah tangan.

” Abiyah… pergi rehatlah. Biar Ibu suruh orang habiskan semua ni.” Ujar Ibu sekembali ke dapur.

” Sikit aje Bu, Iyah tak biasalah duduk saja ni.” Jawab Abiyah dengan senyuman. Ibu hanya mengangguk dan membiarkan Abiyah meneruskan pembasuhan. Teringat pesan Abiyah sekembali dari Hospital. “Jangan pernah layan Abiyah dengan kekurangan Abiyah. Abiyah tak hilang tangan, cuma Allah rehatkan ia dari fungsinya”. Semua kagum dengan Abiyah, biarpun awalan dulu, Abiyah sendiri tidak dapat menerima kenyataan itu.

” Well.. well.. well.. ada show dekat dapur ni rupanya..” Suara sinis itu mengejutkan Abiyah dari leka dengan pembasuhannya. Abiyah kalih ke belakang. Aliya?

” Show OKU. How does OKU basuh pinggan?” Ujar Aliya lagi diselangi ketawa sinis dan penuh ejekan. Abiyah hanya diam. Hatinya terusik. Sungguh!

” Aku ingat kau dah mampus masa kemalangan tu.. apasal liat sangat nyawa kau ha!” Jerkah Aliya, matanya penuh amarah. Abiyah hanya diam tidak terkutik. Malas hendak dilayan, pasti menyakitkan hati.

” Aik.. kau ni bisu dah ke?” Aliya memandang Abiyah dengan cerlungan mata yang tajam.

” Apa awak nak Aliya?” Soal Abiyah serius.

” Tanya lagi? Aku nak laki kau lah, kau dah rampas dia dari aku, sekarang kau tanya lagi? Bodoh!” Ujar Aliya penuh amarah dan angkuh.

” Astangfirullah. Tiada soal rampas merampas dengan satu jodoh. Telah Allah takdirkan saya dan Abang Qaiser menjadi suami isteri. Siapa kita untuk menyangkalnya?” Abiyah menjawab penuh teliti dan teratur.

” Jangan berlagak alim la perempuan.” Ujar Aliya geram, ditunjalnya dahi Abiyah beberapa kali. Aliya memandang tangan Abiyah yang beranduh.

” Kau dah cacatkan. Jangan ingat dengan anduh kau ni, orang taktahu kau ni cacat?” Aliya mula menarik anduh itu hingga terputus talinya. Terkulailah tangan Abiyah yang tidak berfungsi itu. Abiyah terkejut, terus memeluk tangannya dengan tangan kiri. Aliya ketawa besar. Diangkat tangan kanan Abiyah dan dilepaskan, seolah-olah mempersendakan Abiyah. Abiyah mengelak.

” Apa awak nak Aliya? Jangan ganggu saya!.” Ujar Abiyah tegas.

” Aku nak Qaiser!” suara Aliya, kuat! Abiyah menggeleng perlahan.

” Dia suami saya. Abang Qaiser suami saya Aliya. Tidak semudah itu saya boleh memberikan dia pada awak. Abang Qaiser bukan barang.”

” Dia tak pernah sayangkan kau lah!” Abiyah hanya tersenyum.

” Siapa awak untuk mentafsir hati Abang Qaiser?” Aliya mendengus geram. Dia menghampiri Abiyah, menarik tangan kanan Abiyah kemudian mahu menghentakkannya. Kudrat Abiyah tidak sekuat kudrat wanita psiko seperti Aliya. Tambahan pula, tangan kanan Abiyah tidak lagi dapat berfungsi. Tidak semena-mena, Aliya terjelepuk jatuh ke lantai. Abiyah terkesima.

” Its work.. Alhamdulillah.” Entah dari mana Qaiser datang meluru ke arah Abiyah. Abiyah hanya memandang Qaiser yang menelek tangan kanannya. Aliya melopong.

” Qai.. isteri you ni tolak I, I nak tolong dia betulkan anduh.. sakit..” Aliya cuba memancing belas Qaiser. Qaiser hanya tersengih.

” Cukuplah menipu Aliya. I saw almost everything. Suara you tu, macam speaker yang orang pasang dengan kenduri kahwin you tau tak? So, stop all your acting and get out from here. Aku takkan percaya dengan kau lagi Aliya.” Ujar Qaiser penuh tegas dan sinis. Aliya terkesima.

” Tapi dulu you janji dengan I nak kahwin dengan I. Jangan mungkir janji.” Rengek Aliya.

” Janji kotor you? Ibu dah cerita semua dekat aku tentang perangai sebenar kau Aliya. Anak siapa pula kau bawak sampai nak cari aku sebagai pak sanggup kau?” Aliya terkedu. Bagaimana Qaiser boleh tahu? Aliya bangun dan terus keluar. Hatinya penuh dendam dan marah. Qaiser hanya menggeleng kepala.

” Jangan garang sangat.” Tegur Abiyah perlahan. Qaiser memandang Abiyah dengan tanda tanya. Abiyah hanya tersenyum.

” Geram aje.” Ujar Qaiser sambil kembali membelek tangan isterinya. Abiyah hanya tersenyum.

” Cuba Abiyah gerakkan lagi tangan ni.”

” Dah cuba, tak boleh. Mungkin tadi reflek sebab takut sangat kut.” Jawab Abiyah selepas mencuba beberapa kali untuk menggerakkan tangan kanannya. Entah bagaimana, tangan itu boleh menolak Aliya hingga terjelopok ke lantai.

” So, Abang kena gigit dulu lah tangan ni, baru boleh gerak.” Ujar Qaiser bergurau, dengan gaya seperti mahu menggigit.

” Eh.. ada pulak.” Abiyah mengelak. Qaiser hanya ketawa kecil. Diurut perlahan tangan Abiyah. Sungguh dia makin sayang pada isterinya.

” Ada peluang untuk sembuh cepat kan sayang. InsyaAllah, nanti kita pergi jumpa doktor untuk buat rawatan fisioterapi ye.” Ujar Qaiser lagi, sambil membetulkan kembali anduh Abiyah. Abiyah hanya mengangguk perlahan. Qaiser memandang wajah isterinya, seperti selalu, Abiyah mesti melarikan matanya dari terus memandang ke mata Qaiser. Qaiser tersenyum. Dipegangnya muka Abiyah supaya memandangnya.

” Sayang.. untuk pertama kali ini, abang minta sayang pandang mata abang..” Ujar Qaiser penuh kelembutan dan bernada romantik. Abiyah mula memerah pipinya. Aduh! Segan ni.. bisik hati kecil Abiyah.

” Sayang..” Panggil Qaiser lagi. Abiyah perlahan-lahan memandang mata Qaiser. Pipinya terasa panas. Qaiser tersenyum. Mata coklat itu penuh cahaya dan bersinar. Hati Qaiser berdegup pantas. Allah, cinta itu sudah sedar dari lenanya yang panjang. Qaiser merapatkan wajahnya ke wajah Abiyah yang merah-merah itu. Hidung mereka berlaga. Abiyah terus memandang mata Qaiser biarpun, malu masih menyelubunginya. Entah kenapa, matanya terus terlekap ke mata hitam Qaiser. Perlahan-lahan, matanya terpejam. Terasa basah bibirnya tika disentuh oleh bibir Qaiser.

” Malam ni tunggu abang ye.” Bisik Qaiser ke telinga Abiyah, setelah kucupan hangat itu dilepaskannya. Wajah Abiyah semakin memerah dengan kata-kata Qaiser. Qaiser ketawa dengan reaksi isterinya. Terima kasih Allah, kerana bangunkan cinta ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience