BAB 13

Romance Completed 19583

” She will be fine, Alhamdulillah. Isteri Encik sudah melepasi tahap kritikal. Kami akan ubah dia ke wad biasa, rawatan susulan akan kami lakukan. Banyak-banyak berdoa ye.”

Jawapan Doktor Harlini sebentar tadi memberi sedikit kelegaan kepada Qaiser. Tangan isterinya yang berselirat wayar, diambil, dikucup perlahan. Terkejut! Qaiser sangat terkejut semasa menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan Abiyah dilanggar lari dipersimpangan rumah mereka. Waktu itu dia baru bersiap untuk pulang, resah hatinya memaksa dia untuk pulang lebih awal. Keresahannya terjawab dengan panggilan daripada jirannya itu. Qaiser segera memecut ke Hospital.

” Kenapa sayang degil, abang suruh tunggu abang, sayang taknak, kan dah sakit macam ni…” Rungut Qaiser perlahan sambil mengelus perlahan tangan isterinya yang masih tidur itu.

” Cepat sihat sayang, jangan tinggal abang tau. Abang belum tunai janji Abang dekat sayang..” Qaiser mengucup perlahan tangan Abiyah yang masih digenggamannya.

Malam itu, Qaiser tidur di wad menemani Abiyah. Esok, awal pagi dia perlu ke Balai Polis berkenaan kes langgar lari tersebut. Hatinya geram, andai dapat pemandu tersebut, mahu dilanyak-lanyaknya. Tidak aman hidup orang yang berbuat salah ni, esok lusa pasti rasa sengsaranya, getus hati Qaiser. Telefonnya bergetar, Mama..

” Assalamualaikum Qai, macam mana dengan Iyah?”

” Waalaikummussalam, Alhamdulillah, dia okay dan stabil, masih tidur lagi. Doktor kata dah okay, tunggu dia sedar.” Dari jauh, kedengaran Mama mengucap syukur.

” InsyaAllah, esok Mama dan Abah sampai. Jaga Iyah ye Qai.” Pinta Mama.

” InsyaAllah Ma, sebaiknya saya jaga dia, macam dia jaga saya..” tutur Qaiser perlahan sambil memandang isterinya yang masih tidur.

Qaiser menghampiri Abiyah, dilabuhkan punggungnya ke kerusi disebelah Abiyah. Ditenung wajah isterinya yang calar-balar dan berbalut. Diraupkan wajahnya beberapa kali. Senyuman terukir dibibir. Terkenang sewaktu seminggu selepas mereka bernikah, mereka berdua ke Pulau Redang, Papa dan Mama bagi hadiah kahwin untuk mereka, kononnya sebagai bulan madu. Bagi Qaiser dan Abiyah bukan honeymoon tapi sesi perkenalan dan sesi bersama teman baik.

” Sayang ingat tak masa kita nak pergi menyelam?” Qaiser ketawa sendiri.

” Sayang menangis-nangis dekat tepi pantai. Abang sampai jadi pelik, kenapalah sayang menangis, dekat bilik bukan main lagi excited sangat-sangat nak tengok ikan la apa la. Abang malas nak layan, abang pergi menyelam dulu, abang ingat sayang akan turun menyelam lepas tengok abang dah menyelam, tapi tak, sayang lari balik bilik and tidur.” Qaiser ketawa lagi. Tangan Abiyah digenggam dan dielus perlahan.

” Sayang kata malu nak pakai ketat-ketat, abang tak faham, terus sayang menangis lagi. Abang tak faham sampai naik fed-up. Abang betul tak faham masa tu. Masa abang tengok sayang bersiap nak keluar esoknya baru abang faham. You wear hijab, suit selam tu ketat sikit, mana sayang nak kan. Nampak macam alien la nanti. ” Qaiser ketawa lagi tapi perlahan. Dikucup perlahan tangan isterinya.

” Tapi jawapan abang salahkan sayang.. sayang jawab tenang je bila abang bagi jawapan salah.. sayang kata, mungkin baju tu tak tunjuk warna badan Abiyah, tapi bentuk tubuh Abiyah, how does my body look, Muhammad Qaiser Ilman je boleh tahu, boleh tengok. Abang terkedu dengan jawapan sayang. Abang terharu. Abang rasa sangat bersyukur sebab dapat memperisterikan Abiyah, seorang gadis yang solehah. Abang sangat beruntungkan? Tapi abang..” Qaiser tersedu-sedu. Bahunya terhenjut-henjut kerna menahan tangis.

” Abang minta maaf, abang taktahu kenapa cinta buat sayang tak ada dalam hati ni. Setiap hari, setiap saat abang berdoa, moga hati ni penuh dengan cinta buat Abiyah. Abang mintak maaf Abiyah, abang dah cuba… Abiyah terlalu setia dengan cinta Abiyah, Abang sedar Abiyah banyak terluka dengan abang. Abang sedar, cuma abang tak mampu nak berjanji. Maafkan Abang, abang gagal jalankan tanggungjawab abang..” Qaiser memeluk erat tangan isterinya. Segala resah hatinya diluah biarpun isterinya tidak mendengar. Takut, Qaiser takut andai isterinya pergi meninggalkannya tanpa sempat janjinya dulu ditunaikan. Janji untuk mencintai isterinya, Abiyah. Malam itu, Qaiser tidur disamping Abiyah, menemai Abiyah dan dia ditemani sedu sedannya sendiri. Cinta itu ada, kadang kita tidak sedar wujudnya ia, perlu batu penanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience