BAB 4

Romance Completed 19583

” Abiyah.. kenapa macam tak happy aje nak kahwin ni.” soal achik sedang dia membantuku memakai inai dijari. Aku paksakan sebuah senyuman. hati ini tiada siapa yang tahu. Aku resah. Bukan kerana aku gementar, bukan gelisah dengan pernikahan esoknya. Tapi resah dengan kata-kata Qaiser petang tadi. Aku fikir ini pilihan aku yang terbaik, tapi mungkinkah sebaliknya?

” Maafkan saya, saya paksa untuk berjumpa awak petang ni sedangkan esok kita sudah boleh berjumpa.. saya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan awak.” pantas Qaiser bersuara sebaik aku menghampirinya di taman permainan depan rumahku.

” Perkara apa? Nampak seperti perkara yang besar..” ujarku. Gelisah pada wajah insan yang bakal menjadi raja dalam hidupku esoknya. Aku tahan debaran hati ini sedari tadi. Bertemu begini menggoyahkan hatiku. Jangan ada cinta sebelum masanya. Sabar Abiyah!

” Saya harap awak terima dengan baik, dan saya mahu ia menjadi rahsia antara kita berdua.” debaran ini kian kencang, namun aku gagahkan untuk mengangguk. Apa sahaja yang ingin disampaikan akan aku cuba tanganinya dengan penuh hemah.

” Abiyah!” jerit achik apabila aku jatuhkan tangan dipahanya, habis kotor dengan inai yang telah siap diletakkan dijari-jariku.

Aku cuma tersengih meminta maaf, aku terbabas, bermimpi dalam jaga. Aku meresah menanti esok. Mungkinkan cinta saat lafaz akad akan terputik seperti yang aku harapkan selama ini. Jika aku mula tunaskan cinta, tapi mungkinkah dia akan rasa yang sama?

Resah ini takkan pergi selagi aku memikirkan hal itu. Abiyah telah buat satu keputusan untuk hidup Abiyah. Abiyah telah meminta pada DIA sebelum Abiyah berikan jawapan, mana mungkin jawapan Abiyah salah.

Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik buat hambaNya. Abiyah redha andai inilah ujian untuk Abiyah, ujian yang akan membuat Abiyah sentiasa ingat pada Allah, ujian yang tidak akan biarkan Abiyah lalai dalam ibadah Abiyah. Abiyah redha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience