BAB 17

Romance Completed 19583

” Qai.. bangun Qai.. Iyah..” Ketukan bertalu-talu dipintu bilik, dan laungan Ibu membangunkan kami berdua.

” Kenapa Ibu?” Ujar Qaiser.

” Cepat siap, kita ke Hospital.” Qaiser yang masih mamai itu, menggosok-gosok matanya.

” Kenapa Ibu? Siapa sakit?” Ujar Abiyah pula.

” Aliya, dia kemalangan tadi, dekat ICU sekarang, dia nak jumpa Iyah. Cepat siap, Ibu tunggu dekat bawah.” Qaiser dan Abiyah saling berpandangan.

Dari jauh kelihatan Mak Long yang ditenangkan oleh Pak Long. Ibu terus mendapatkan Mak Long. Qaiser masih tetap erat menggenggam tanganku. Berita yang Ibu sampaikan memang memeranjatkan. Baru siang tadi dia memarahi Abiyah, tiba malam lain jadinya. Allah itu Maha Adil, kebenaran tetap akan bangkit biarpun lambat. Aliya kemalangan dalam cubaan melarikan diri ke luar negeri selepas rancangan kemalangan Abiyah terbongkar. Rakaman cctv rumah berhampiran telah merakamkan kejadian tersebut. Aliya yang dapat tahu perkara itu cuba melarikan diri. Keretanya yang laju memecut hilang kawalan selepas salah satu tayar kereta meletup dan terus melanggar besi penghadang di jalan. Aliya kritikal, Aliya sedang bertarung untuk hidup.

” Siapa Abiyah?” Soal jururawat yang keluar dari ICU. Abiyah melangkah ke arah jururawat tersebut.

” Saya Abiyah.”

” Pesakit nak jumpa awak.” Abiyah mengangguk dan terus memandang Qaiser. Mohon kekuatan. Qaiser mengenggam erat tangan Abiyah. Abiyah melangkah menuruti jururawat tersebut. Hatinya berdebar.

Siap berpakaian seperti yang diarahkan. Abiyah melangkah ke arah Aliya yang sedang terlantar diatas katil. Keadaannya sangat menyedihkan. Allahuakbar.

” I..yah..” Panggil Aliya, suaranya tersekat-sekat dan agak terganggu dengan alat bantuan pernafasannya.

” Saya sini Aliya.” Ujar Abiyah, digenggam erat tangan Aliya. Dirapatkan wajahnya ke arah Aliya, mudah bagi Aliya untuk berbicara dengan dia, dan mudah juga untuk dia memahami tutur kata Aliya.

” Ma..af..”

” Demi Allah Aliya, sungguh saya telah maafkan semuanya. Awak tiada salah dengan saya lagi.” Abiyah cuba menahan sebaknya. Sungguh dia sedih melihat Aliya sebegitu, biarpun Aliya bertindak kejam terhadapnya.

” Allah.. Al..lah dah ba..las.. keja..hat.an..sa..ya” Abiyah menggeleng laju mendengar tutur kata Aliya.

” Al..lah..mur..ka den..gan.. sa..ya..ban..yak do..sa sa…ya”

” Allah itu Maha Pengampun. Mintalah pada Dia. InsyaAllah masih ada masa.” Abiyah mula teresak perlahan. Allah, sungguh benar janji-janjiMu.

” Tak..da..mas..a lagi.. Ma..afkan sa..ya.. sam..paik..an ma..af buat Qai..”

” Nanti saya sampaikan, Aliya, mengucap Aliya..” Ujar Abiyah setelah melihat keadaan Aliya yang sudah tenat. Abiyah dengar perlahan, Aliya menutur perlahan nama Allah.

” I..yah.. jan..ji den..gan sa..ya..”

” InsyaAllah, apa dia Aliya?”

” Se..lalu je..nguk pu..sa..ra sa..ya nan..ti” Allah! Abiyah terus teresak perlahan. Abiyah mengangguk perlahan.

” Aliya mengucap.. LaillahaillaAllah… LaillahaillaAllah..” bisik Abiyah ke telinga Aliya. Dada Aliya berombak laju. Dan beberapa sangat kemudian, Aliya terus tenang terbaring. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali. Allahuakbar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience