BAB 14

Romance Completed 19584

Setelah urusan di Balai selesai, secepatnya Qaiser bergerak kembali ke Hospital. Mama dan Abah sudah sampai. Ibu dan Ayah Qaiser pun telah sampai, sejak awal pagi tadi lagi. Panggilan Mama menggusarkan. Abiyah mengamuk? Qaiser singgah ke rumah sebentar mengambil sedikit pakaian dan kelengkapan mandi. Mungkin akan berumah di Hospital untuk beberapa hari lagi.

” Saya dah berikan ubat penenang, biarkan dia tidur, mungkin dia masih trauma dan terkejut.” Kata-kata doktor Harlini itu menghimpit telinga Qaiser sebaik dia tiba. Kelihatan Mama dan Ibu berpelukkan, masing-masing matanya berair bagai lepas menangis. Sebaik melihat kelibat Qaiser, Mama terus meluru ke arahnya.

” Qai..”

” kenapa ni Mama? Ibu?” Soal Qaiser cemas, apa yang berlaku kepada Abiyah sebenarnya?

” Qaiser.. sini..” Panggil Abah. Qaiser menurut. Mama masih dipujuk Mak supaya besabar.

” Kenapa ni Abah, Abiyah okay kan?” Abah dan Ayah mengangguk perlahan. Abah memegang bahu Qaiser erat.

” Qaiser kena bersabar ye.. Abiyah ada mengalami sedikit masalah selepas kemalangan tu.” Tutur Abah perlahan, mungkin mencari ayat yang terbaik.

” Masalah? Masalah macam mana tu Bah..?” Qaiser berdebar. Apa yang berlaku?

” Masa Abiyah sedar tadi, semua okay, tapi tiba-tiba dia kata, dia tak boleh nak gerakkan tangan kanan dia, rasa kebas. Bila doktor check, ada sedikit masalah. Mungkin Abiyah akan mengalami kecacatan, tapi masih boleh dirawat.” Qaiser terduduk mendengar berita itu. Allah! Hanya itu yang bisa dinyatakan. Qaiser beristigfar beberapa kali.

” Sabar Qaiser, Allah sedang menguji kamu berdua. Sabar dan banyakkan berdoa.” Ayah menepuk bahu Qaiser beberapa kali, seakan memberikan semangat buatnya.

” Abiyah… Abiyah macam mana Bah?” Qaiser teringatkan isterinya, bagaimana Abiyah mahu menerima kenyataan itu?

” Erm.. Abah terkejut dengan reaksi Iyah tadi, sepanjang hidup Iyah, dia tak pernah melatah bila diduga atau diuji, mungkin ujian ini berat untuk dia terima, dia meraung bila doktor cakap dia mengalami kecacatan. Abah tak tahu macam mana nak sabarkan, Abah sendiri terkejut dengan berita tu.” Abah mengambil tempat disisi Qaiser. Qaiser meraup wajahnya dan memandang terus kepada isterinya yang sedang terlena kerana ubat penenang. Kau tenangkanlah jiwanya Ya Allah, doa Qaiser dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience