Mak Hana berjalan mendekati Alisya yang asyik merenung di anjung rumahnya. Dia menepuk perlahan bahu Alisya setelah berdiri di samping dia.
“Eh mak cik tak tidur lagi dah empat pagi sekarang ni”Alisya memandang sekilas jam tangan yang dipakainya menunjukkan jam 4 pagi sebelum memandang ke depan semula menikmati kepekatan malam yang tidak sesak.
“Sepatutnya mak cik yang perlu tanya Sya kenapa tak tidur lagi”sahut Mak Hana dia turut menikmati keindahan malam tanpa sinaran bulan dan bintang. Mungkin nak hujan sebab pekat semacam je malam ni.
“Hahaha.. tadi sya terjaga tak boleh lena balik sebab tu keluar hirup udara segar”ketawa yang dibuat-buat jelas kedengaran seperti menjengkelkan.
“Sya ada masalah ke?”soal Mak Hana dia menatap dalam-dalam bola mata Alisya untuk mencari kejujuran di sebalik iris indah itu.
“Mak cik rasa Sya ni orang yang tak baik ka? Kenapa abang syah sanggup buat macam dekat sya? Sya tak faham la mak cik”Alisya memeluk tubuh Mak Hana air mata sudah mua bergenang tetapi Alisya mengerdip kelopak mata beberapa kali untuk tidak menangis di hadapan wanita separuh abad ini. Mak Hana mengusap dan mencium rambut Alisya yang berbau sakura.
“Sya dengar mak cik cakap.. kamu tu orang yang baik orang yang buat macam tu dekat sya sebab dia tak nampak kebaikan sya selama ini… anggap saja apa yang berlaku dalam hidup sya ada hikmah di sebaiknya ingat jangan membenci orang tetapi boleh membenci sifatnya”Mak Hana melepaskan pelukan Alisya dia memegang kedua-dua pipi Alisya sambil tersenyum. Dia sudah menganggap Alisya seperti anak sendiri.
“Terima kasih Mak cik sya akan ingat nasihat mak cik sampai bila-bila”Alisya menarik nafas dia menghembus perlahan sebelum membuang pandangan semula ke luar rumah.Dia berusaha melupakan perkara yang berlaku seperti angin.
“Sya mak cik suami masuk dulu suami mak cik dah panggil tu rind agaknya kamu tu jangan lama-lama sangat dekat luar ni”Mak Hana menapak masuk ke dalam rumah kerana mendengar pak syam memanggil dirinya. Alisya masih berusaha membuang masalah yang bermain di kotak fikiran. Seteah 30 menit berada di luar Alisya masuk ke dalam. Tanpa dia sedar ada mata-mata yang sedang asyik memerhati dari jauh.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kartini menikmati nasi goreng kampung plus telur mata yang dimasak oleh Mak Hana dengan berselera. Alisya turut menikmati hidangan itu.
“Bila korang nak pergi hotel sekarang dah pukul 8 pagi?”soal Pak syam sambil menghirup secawan kopi pahit yang dibancuh oleh Mak Hana kerana dia telah diberi peringatan oleh doktor untuk kurang konsumi gula.
“Lepas makan.. abah mak jom la ikut sekali hantar Tini dekat airport lepas pi ambil last payment terus Sya hantar Tini ke airport so Tini tak sempat nak balik”ucap Kartini yang telah menghabiskan sepinggan penuh nasi goreng.
“Tini bukan abah dengan mak tak nak ikut tapi kamu tengok la abah kamu tu macam mana dia kurang sihat sikit”sahut Mak Hana serba salah.
“Maafkan Abah Tini sebab tak dapat hantar kamu ke airport tapi abah sentiasa doakan kejayaan kamu..”Pak syam bersura serak basah dia berhenti seketika menyedup udara baru sebelum menyambung ucapannya. “Sya pak cik harap kamu dapat hantar anak pak cik dengan selamat”
“Yang tu pak cik jangan risau selagi minah ni tak masuk dalam flight sya akan terpacak tunggu dekat situ”sahut Alisya. Kartini mengetuk kepala Alisya dengan perlahan.
“Kepala kau kalau tahun depan baru aku naik kau tunggu ke”usik kartini. Alisya membalas perbuatan kartini biasalah gaduh gaduh manja.
“Yang tu belum difikirkan”Alisya menghirup seawan air milo yang masih panas.
“Sya kamu tak ikut Tini sekali ke hari ni?”soal Mak Hana tangan dia ligat mengemas meja makan.
“Tak.. esok baru sya fly ke sana sebab sya masih ada benda nak settle tapi mak cik dengan pak cik jangan risau kawan sya dekat sana dah tunggu Tini nanti diorang akan pick up minah ni sementara tunggu sya sampai”jelas Alisya
“Alhamdulilah tenang hati pak cik.. terima kasih sya”ucap Pak syam dia tak tahu macam mana lagi dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Alisya.
“Sama-sama pak cik benda kecik ja ni..”Alisya sudah berdiri membetulkan baju kemeja yang terlipat di bahagian depan setelah itu dia menyalami tangan Mak Hana dan Pak syam.
“Tini kamu jaga diri baik-baik kalau ada masalah apa call mak dengan abah ya”pesan Mak Hana dia mencium dahi Kartini yang dipenuhi dengan anak rambut.
“Baik mak abah Tini pergi dulu assalamualaikum”Kartini masuk ke dalam perut kereta. Mak Hana dan Pak Syam melambaikan lambaikan tangan mereka kepada kartini dan Alisya sebelum kereta kelisa bewarna gold hilang dengan kelajuan sederhana.
“Abang baik kan budak sya”ucap Mak Hana sambil memapah Pak Syam masuk ke dalam rumah.
“Ye sayang dia memang baik saya sentiasa doakan Sya tu berjaya dunia akhirat”Pak Syam menghenyakkan punggung nya di atas lantai.
Alisya melihat kapal terbang yang dinaiki Kartini semakin meninggi di ruang udara dia menarik nafas lega kerana amanah untuk menghantar kartini dengan selamat berjalan lancar. Dia segera masuk ke dalam kereta kerana tidak sabar memberitahu Puan Nora dan Encik Hasrul akan hasrat dia mahu belajar ke china esok hari. Tidak makan masa yang lama Alisya sudah terpacak di hadapan pintu rumah dia hairan melihat kereta yang selalu dipandu Tengku Hairil berada di perkarangan rumahnya.
‘Apa pulak mamat sewel tu mai sini nyampah aku nak tengok muka dia’keluh Alisya denga perlahan kaki dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati dia berjalan masuk ke ruang tamu. Kepala dia menunduk sopan ke arah Tengku Zahid dan Puan Ros yang duduk di sofa bertentangan Puan Nora.
“Adik baru balik? Kenapa umi call banyak kali tak angkat? Adik jangan ingat umi tak tahu plan adik”Puan Nora berdiri menghadap Alisya mata dia merenung dalam-dalam mata anak bongsunya mencari kejujuran tangan dia memegang bebrapa helai surat. Manakala Encik Hasrul berdiri di samping puan nora riak muka mereka sama-sama marah. Tengku Zahid sekeluarga diam seribu suara kecuali mamat sewel tu asyik tersenyum senyum melihat riak Alisya yang cuak kelihatan comel.
“Plan apa ni Umi? Mana adik nak plan apa-apa.. Abi kenapa dengan Umi?”soal Alisya dia mengaru kepala yang tidak gatal Alisya mengingati semula sekiranya ada yang dia lupa namun tidak ada dalam kotak fikiran nya saat ini.
“Adik nak berterus-terang atau pun tak? Umi dengan Abi ada bukti”Puan Nora masih menggunakan nada yang sama.
“Nak berterus terang macam mana umi.. adik memang tak dak plan apa-apa”Alisya bernada tenang membela diri.
“NI apa? Esok adik nak naik flight pergi china.. Kenapa adik tak bagitahu umi pasal benda ni”Puan Nora melemparkan surat yang dipegangnya ke tubuh Alisya. Dia terlalu kecewa dengan sikap anaknya. Alisya memugut tiket flight dan surat sambung belajar yang bersepah di lantai. Kening dia berkerut memikirkan macam mana Puan Nora boeh jumpa bukan dia dah simpan baik-baik ke! Punah plan aku!!!!
“Umi geladah bilik adik? This is my privacy umi.. ya adik mengaku adik salah tak bagitahu umi tapi itu tak bermakna umi boleh serbu masuk ke dalam ruangan pribadi adik”Alisya mengunakan nada yang rendah kerana tak mahu dianggap anak derhaka walaupun dia marah dan tidak faham kenapa puan nora dan encik hasrul sanggup masuk ke bilik nya tanpa permission.
“Kalau umi tak masuk bilik adik hari ni kitorang tak kan tahu pasal plan adik la.. apa adik ingat abi akan izinkan adik pergi sana kalau adik bagitahu esok”sampuk Encik Hasrul nada dia ditekankan supaya tidak terlalu mengikut perasaan.
“Abi Umi adik bukan tak nak bagitahu tapi tengoklah perengai umi dengan abi macam ni sebab tu adik nak cari masa yang sesuai un…”jelasan Alisya dipintas oleh Puan Nora.
“Bila adik nak bagitahu? tawaran tu sampai hampir setahun dik kenapa adik tak bagitahu lagi? Nak tunggu dah naik flight esok baru bagitahu”Puan Nora uma menahan amarahnya.
“Salahka kalau adik nak sambung belajar? Abang-abang adik semua dapat sambung belajar ke overseas adik pun nak macam tu”luah Alisya dia sudah tidak tahu bagaimana menjelaskan hasratnya. Sampai satu masa dia muak dengan sikap kedua insan di hadapan matanya yang terlalu mengongkong. Dia ada pilihan hidup sendiri kenapa nak masuk campur pulak.
“Tak salah nak sambung belajar.. dekat Malaysia ni banyak tempat sambung belajar yang adik nak sambung ke china tu sebab apa?”bidas Encik Hasrul dia menyalahkan dirinya kerana terlalu banyak memberi muka sehingga Alisya naik lemak.
“Tapi Abi adik memang dah teringin lama nak ke china bila adik dapat peluang macam adik rasa bersyukur sangat-sangat”pujuk Alisya dia mahu Puan Nora dan Encik HAsrul berubah fikiran.
“Ok boleh adik boleh sambung belajar ke china tapi dengan satu syarat”Encik Hasrul menegakkan jari telunjuk sebagai isyarat number satu.
“Apa syarat nya abi?”soal Alisya dia tak kisah syarat apa asalkan cita-cita dia terlaksana.
“Adik kena kahwin”Alisya bagai nak pitam bila dengar perkataan kahwin yang terpancul dari mulut Enik Hasrul baru semalam dia dikecewakan oleh Abang syah hari ni dia kena kahwin, Miracle apa ni?!!!!!
“Kahwin? Dengan sapa?”soal Alisya dengan terkejut kening kiri dia sedikit terangkat. Dia berusaha sehabis baik beriak tenang kalau orang lain dah naik hantu rasanya.
“Kahwin dengan Tengku Hairil.. Kawan Abi datang pinang adik kitorang dah terima pinangan tu adik kena kahwin dengan Tengku Hairil”balas Encik Hasrul tanpa fikirkan perasaan Alisya.
“Abi sedar tak apa yang abi cakap ni? Kenapa adik kena kahwin? Adik muda lagi.. Abang-Abang kembar adik pun diorang kahwin masa umur 26 kenapa adik kena kahwin awal? Tak adil macam ni”bertalu talu soalan keluar dari mulut Alisya.
“Adik perempuan jadi lain..lagipun Hairil budak dia baik umi suka kalau dia jadi suami adik”sampuk Puan Nora dia mahu anak gadisnya menerima cadangan mereka.
“Nope never.. Tengku kenapa Tengku nak kahwin dengan saya? Banyak lagi perempuan dekat luar sana yang pandai cantik bahkan kaya kalau nak dibandingkan dengan saya yang tak da apa-apa ni bagai langit dan bumi”soal Alisya dia mahukan penjelasan yang jelas kenapa dia perlu berkahwin dengan mamat sewel ni.
“Sebab I suka you.. perempuan dekat luar sana cuma nak duit I bukan nak I”sahut Tengku Hairil dia bertekad tidak mahu melepaskan Alisya jatuh ke tangan orang lain. Fikiran Alisya serabut dia tak tahu cara untuk dia larikan diri dari mamat sewel ni.
“Tolong Tengku batalkan perkahwinan ni saya nak sambung belajar buat masa sekrang saya tak nak hubungan dengan sapa-sapa apatah lagi kahwin cuma Tengku ja boleh putuskan perkahwinan ni”Alisya cuba merayu rayo moga-moga hati Tengku Hairil lembut dan batalkan rancangan gila ni.
“Nope I tak kan batalkan pasal belajar I akan izinkan you sambung belajar lepas kahwin so you tak perlu risau”bantah Tengku Hairil dia tak mahu rancangan dia untuk menjadikan Alisya sebagai pemilik hatinya hancur berkecai.
“Uncle Aunty kenapa buat sya macam ni sya belum bersedia untuk jadi isteri”Alisya cuba meraih simpati dari Tengku zahid dan Puan Ros.
“Alisya kamu tak perlu risau ril dah janji yang dia akan izinkan sya sambung belajar ke luar negara sya terima ye pinangan kami aunty sebenarnya tak sabar nak menjadi alisya menantu aunty”pujuk Puan ros dia cuba mengambil hati Alisya agar mengikut rancangan mereka. Tengku Zahid senyum kelat dia tak sangka hasratnya mahu jadikan Alisya sebagai menantu sampai melukakan hati gadis itu.
“Umi Abi tolong la adik mintak sangat perkahwinan ini dibatalkan adik nak sambung belajar tanpa ikatan apa-apa”rayu Alisya dia masih tak mahu mengalah untuk batalkan niat mempersatukan dirinya dengan mamat sewel tu
.
“Sya uncle faham sya tak nak kahwin tapi kan lebih bagus kalau sya jadi isteri ril nanti ada orang yang akan jaga sya”sampuk Tengku zahid.
“Ha betul tu adik Hairil akan jaga adik macam mana umi ngan abi jaga adik”sokong Encik Hasrul.
“Umi ngan Abi tak faham ka apa yang adik cakap.. Adik tak nak kahwin kalau adik nak kahwin pun adik tak akan sama sekali kahwin dengan jantan keparat ni luar ja nampak baik dekat dalam tu entah-entah busuk macam bangkai”bentak Alisya dia sudah hilang kesabaran.
Plakk!
Satu tamparan deras menghingap di pipi mulusnya rahang Alisya terasa akan tercabut dia tidak menyangka disebabkan mamat sewel tu Encik Hasrul sanggup menampar dirinya. Puan Nora tergamam dengan tindakan suaminya tapi tidak pula dia menghalang.
“Adik abi tak ajar adik jadi kurang ajar macam ni!!”bentak Encik Hasrul dia rasakan cukup sudah dia main tarik tali dengan Alisya namun tidak jalan.
Alisya memegang pipi kanan dia yang terasa panas sakit perih tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Lutut dia terasa lemah dan ingin jatuh ke bumi namun dia cepat-cepat menahan kerana tidak ingin dilihat lemah dihadapan insan yang tidak mengerti akan perasaanya.
“Abi sanggup tampar adik disebabkan lelaki ni..ok adik akan terima adik akan kahwin dengan dia tapi umi dengan abi jangan menyesal puas hati”Alisya menuju ke bilik dia sudah tak sanggup lagi berdepan dengan situasi itu. Mak Ton yang melihat situasi itu segera mengikuti Alisya sehingga masuk ke dalam bilik dia mahu memujuk Alisya agar redha dengan ketentuan pencipta.
“Uncle.. Ril dah siapkan semua kelengkapan perkahwinan apa kata kalau esok saja kitorang akad nikah lagi cepat lagi bagus lepas tu boleh la Alisya cepat cepat sambung belajar”ungkap Tengku Hairil yang masih tersenyum kemenangan.
“Ok Uncle setuju nanti uncle bagi baju wedding yang ril bagi tu dekat adik”sahut encik hasrul dia menarik nafas lega lepas ni tanggungjawab dia akan beralih kepada anak muda yang berada di hadapannya ketika ini. Tidak berapa lama, Tengku Zahid sekeluarga minta diri untuk pulang ke rumah memandangkan esok mereka akan ada majlis perkahwinan.
“Abang saya harap sangat yang hairil dapat jaga adik dengan baik-baik”luah Puan Nora
“Insyaallah sayang ni semua dah ketentuan sang pencipta”sahu Encik Hasrul.
today I free tak terlaly busy so I decided to publish this chapter if you guys like comment below let me know your opinion kalau hampa semua rasa ada chapter yg x dpt hayati boleh comment aku pun nak tau juga opinion hampa semua mana la tau boleh dpt inspirasi baqu
Share this novel