Kartini memeluk tubuh Alisya sebelum beredar kerana ada urusan yang perlu dia uruskan lagipun diorang dah tamat shift kerja jadi boleh la balik rehat.
“Oii Tini take care not love u”teriak Alisya dia langsung tak memikirkan mata mata yang sedang memerhati dirinya ketika ini.
“Kau pun take care jangan miang sangat”teriak Kartini sengaja mahu kenakan Alisya best juga tengok muka dia yang cuak sambil mata dia melilau melihat orang orang di situ.
“Siap kau tini tunggu hari kau aku pulak yang balas”getus Alisya dengan mengepal penumbuk ada ka patut panggil dia miang hey agak agak la dengan lelaki pun dia tak da nak kawan kawan pastu nak miang please la!
“Adik dah lama ka tunggu Abi sorry la tadi ada banyak kerja abi nak settelkan”ucap Encik Hasrul dengan tenang bersiri di samping anak gadisnya.
“Tak da la abi adik baru ja tunggu jom la gerak adik lapar la”rengek alisya sengaja nak tunjuk manja la tu dengan memaut lengan Encik Hasrul.
“Ha abi baru teringat yang kawan abi ada ajak dinner rumah dia malam ni hmm apa kata kita balik dulu tukar baju ambik umi lepas solat mahgrib kita tolak adik ok kan kalau kita tak pergi apa pulak kata diorang”ucap Encik Hasrul sambil mengeluar kunci kereta dari poketnya bukan tak mahu suruh Pak halim hantar cuma dia lebih suka pandu sendiri.
“Hmm boleh adik ikut ja tapi cepat sikit la adik dah lapar”tanpa berlengah Alisya masuk ke dalam kereta. Encik hasrul hanya tersenyum dia sangat menyukai dengan tingkah anak gadis bongsu nya yang jarang merungut. Tanpa mengambil masa yang lama kereta Honda yang dipandu Encik Hasrul meluncur laju keluar dari kawasan hotel fairy love.
Alisya keluar kereta last sekali dia segan sikit nak jumpa orang baru ni biasalah introvert sikit. Setelah melihat encik hasrul dan puan nora memberi isyarat tangan agar cepat keluar kereta sebab tuan rumah dah menunggu di depan pintu. Dengan malas dia menapak keluar lalu berdiri di samping Puan Nora.
“Assalamualaikum zahid sorry la susah susahkan kau ja jemput aku anak beranak datang ke rumah kau”ramah betul Encik Hasrul dengan Tengku zahid sambil berpelukan dan berjabat tangan begitu juga dengan Puan Nora dan Puan Ros cuma Alisya je la yang jadi pemerhati nak menyampuk takut nampak kurang ajar sangat walaupun dia ni bukan beradab sangat kan.
“Waalaikummusalam no hal la rul tu sapa anak kau ke? yang mana?”soal Tengku zahid bila mata dia terpandang kelibat Alisya yang mengenakan blous putih dengan skirt labuh rambut hitam dilepas terserlah kecantikkannya walaupun tidak memakai riasan biasalah Alisya ni malas sikit bukan dia tak reti pakai make up ya.
“Ha’ah anak aku Alisya anak bongsu aku ni….adik salam dengan uncle Zahid and aunty Ros”Encik Hasrul tersenyum banga memperkenalkan anak gadisnya kepada kawan lama mana la tahu lepas ni boleh jadi besan ke kan. Alisya hanya mengangguk lalu menyalami tangan Tengku zahid dan Puan Ros.
“Ya allah sekejap je kan masa berlalu dulu Alisya ni kecik ja kan bang”ucap Puan Ros dengan mengusap kepala Alisya ketika menyalami dia.
‘Topik orang tua tua macam ni la’runggut Aisya dalam hati.
“Hmm betul la tu sayang dulu budak alisya suka menangis bila saya datang ke rumah dia”sahut Tengku zahid berkenan pulak hati dia melihat Alisya.
“Ehh jom la masuk nanti makanan sejuk buat je macam rumah sendiri alisya kamu jangan la malu malu kalau nak borak anak aunty ada korang boleh kenal”ucap Puan Nora dengan kaki dia melangkah masuk ke ruang makan biasalah rumah orang kaya mesti la luas dan mewah.
‘Aduh nak kenalkan pulak tak yah la bukannya aku tahu nak cakap apa pun’rungut Alisya di dalam batinnya takut kurang ajar pulak kalau cakap macam tu.
“Ril kenalkan ni kawan papa dengan mama uncle hasrul and puan nora tu anak dara diorang Alisya sofea”ucap Tengku zahid kepada Tengku hairil yang sudah berdiri di samping meja makan. Tanpa basa basi dia menyalami tangan dua sejoli tu tapi bagi dia sekarang ni mata dia seakan tertarik dengan dia what her name again? Ohh Alisya that good name I love it. Alisya tanpa segan silu menarik kerusi lalu duduk naik lenguh kaki nak berdiri
‘Haish patutnya kena la bagi tetamu duduk ni tak biar dia berdiri sejak tadi’rungut Alisya di batinnya dia buat endah tak endah ja bila mata Encik Hasrul dan Puan Nora memandangnya. Tidak lepas juga Tengku hairil masih lekat memandang wajah Alisya entah la nak jelas macam mana pun tak tahu tiba tiba ja perasaan dia hangat bila terpandang wajah itu.
“Ehem Ril jangan tenung lama sangat anak dara orang satgi bapak dia colek mata kamu baru tahu”tegur Tengku zahid saja nak menyakat tapi hairan pulak sebelum ni anak dia tak da la pulak nak pandang perempuan macam tu. Alisya pulak naik tersipu malu bila mendengar ucapan Tengku zahid.
“Apa salahnya pa mana la tahu Alisya jadi menantu papa ke kan”balas Tengku hairil acuh tak acuh saja nak simpan malu dia segera duduk lalu mencedok lauk masuk kedalam pinggan.
“Ehh Papa ok je Alisya kamu dah berpunya ke kalau tak uncle nak masuk meminang”ucap Tengku zahid serious dia kalau boleh memang nak alisya jadi menantu dia. Semua mata memandang wajah dia encik hasrul dan puan nora hanya tersenyum mereka sengaja tak mahu tolong seronok menyakat Alisya ni comel je.
“Apa pulak uncle fikir sampai situ Alisya muda lagi la baru 18 tahun maybe dalam masa terdekat ni Alisya nak sambung belajar so bab kahwin kahwin ni tak penting bagi Alisya lagi”sengaja dia tekan di perkataan ‘kahwin’ supaya mereka faham.
“Alah yang tu uncle dengan aunty boleh tunggu ril pun next year baru nak fikir pasal kahwin bab belajar tu lepas kahwin pun boleh belajar lagi”ucap Tengku zahid dah tak senang duduk alisya sekarang ni dia pandang sekilas wajah Tengku hairil memang la kacak tapi dia tak nak lepaskan masa bujang dia sekarang ni.
“Abang sudah sudah la tu kesian alisya naik gelabah dia insyaallah kalau ada rezeki kita nak berbesan dengan Hasrul dan Nora tak kemana jugak kan Nora”sampuk Puan Ros kesian pulak dia dengan Alisya kecut perut dah agaknya.
“Saya ok je”balas puan nora tanpa berlengah dia menyaup suapan pertama. Semua orang menikmati makan malam kecuali Tengku hairil dia masih menatap alisya sofea walauoun sekejap sekejap dia mengalihkan pandangan bukan alisya tak tahu yang dia diperhatikan cuma malas dia nak ambil endah.
“Terima kasih la rul nira sebab sudi datang ke rumah kitorang”ucap Tengku zahid dengan berjabat tangan dengan Encik Hasrul begitu juga dengan Puan Nora dan Puan Ros. Tetapi Alisya sudah berdiri di samping kereta dia dah tak larat nak duduk dekat rumah ni lama lama mengantuk dah mata ni.
“Hi Alisya you single ke?’soal Tengku hairil yang sudah terpacak disamping alisya
“Astafirullah apa ni tak reti bagi salam ka nasib la saya ni tak da sakit jantung”ucap Alisya dengan reflex dia menampar lengan Tengku hairil yang ditutupi dengan baju lengan panjang bewarna hitam.
“Woah sorry saya tanya you single ke tak”soal Tengku hairil lagi tamparan Alisya di lengannya tidak diendahkan yang dia nak tahu tentang status Alisya.
“Yang awak kalut sangat dah kenapa tepi saya nak masuk kereta”ucap Alisya dah la mengantuk nak layan pulak mamat sewel ni boleh naik hantu dia satgi kot.
“Hey I tanya je pun tak payah la marah by the way I boleh cari sendiri kalau You tak bagitahu pun”Tengku hairil dengan selamba menahan pintu kereta dari ditutup oleh Alisya.
“Ikut awak la cari la kalau dapat dah sekarang saya nak tutup pintu or awak yang nak tolong tutup kan”kesal alisya dengan mamat sewel ni.
“For you girl I tolong tutupkan tapi I akan cari maklumat you sampai lubang cacing tau”ucap Tengku hairil Daniel dengan senyuman menakutkan dia menutup pintu kereta untuk alisya sebelum berlalu pergi.
“Dah gila agaknya dia tu apa ingat aku ni boleh senang senang diperbodohkan”balas alisya sebelum tersenyum semula bila puan nora dan encik hasrul dah masuk ke dalam kereta.
Tanpa berlengah kereta Honda meluncur laju keluar dari kawasan rumah Tengku zahid. Setelah sampai alisya mandi terlebih dahulu sebelum merebahkan badan di atas tilam double single.
“Hmm bestnya dapat tidur”ucap Alisya sebelum terlelap dia sudah membaca doa tidur ya.
Di sisi lain Tengku hairil membuat pangilan di dalam bilik tidurnya wajah dia serious dengan bibir dia tersenyum sinis.
“Hello kau dah dapat kan gambar tu aku nak kau siasat pasal perempuan tu semua pasal dia jangan terlepas sikit pun faham”arah Tengku hairil sebelem baringkan badan di tilam.
“Wait my girl lepas ni semua pasal you I akan tahu”ucap Tengku hairil dengan tersenyum puas. Tanpa sedar mata dia katup melalut dibuai mimpi dunia.
Share this novel