Kring Kring Kring!!!!!
Bunyi jam loceng memenuhi ruangan bilik Alisya binti Hasrul dia masih mengeliat malas betul nak bangun lagipun nak solat tak boleh baik tidur ja nak kata sekolah dia dah habis tahun ni dia dah berusia 18 tahun. Alisya masih seronok bergelumang dengan selimut bergolek sana bergolek sini dah macam ulat bulu dalam keponpong.
“Adikk!!!!!! Bangun dah lupa ka hari ni adik start kerja dekat hotel abi!!! Anak dara apa ni malas betul bangun pagi nanti market jatuh baru tahu”Puan Nora mengoyangkan tubuh anak daranya yang masih kelumus dengan comforter bermotifkan flora.
“Alah umi ni bukan selalu adik bangun lambat selalunya adik la yang terpacak depan pintu bilik umi”Alisya bangun dengan malas lalu bersila di atas tilam double single miliknya bukan tak mahu guna tilam queen atau king cuma dia tak suka menyempitkan ruang nanti nampak serabut.
“Umi saja nak usik anak dara umi ni cepat la mandi hari ni adik start kerja kan dekat hotel abi tu jangan kata adik lupa semalam bukan main lagi beria ria nak kerja hari ni liat nak bangun”Puan nora mengusap kepala Alisya inilah buah jantung dia peneman hidupnya anak anak yang lain semua dah bekerja jauh ada yang belajar dekat luar negara tinggal la Alisya sorang ja dekat rumah ikutkan hati dia nak halang Alisya kerja tapi dah anak dia ni berkeras juga terpaksalah mengalah.
“Ya allah adik lupa nasib umi kejutkan adik.. adik mandi dulu dalam 20 menit adik turun”Alisya bingkas bangun masuk ke dalam bilik mandi nasib baik dia dah siap semua tak la kelam kabut sangat.
Puan Nora tersenyum melihat telatah Alisya yang kelam kabut dengan malas bangun meninggalkan bilik tidur anak dara nya itu.
Alisya terus membuka water heater dia mengunakan air sejuk baru segar badan sikit dulu Alisya bukan orang bandar dia orang kampung tapi disebabkan Encik hasrul nak buka cawangan hotel yang baru terpaksalah dia pindah ke bandar yang sesak ni setiap hari kena bangun awal kalau tak jem jalan lambat la pergi kerja. Setelah bersiap dia turun ke bawah. Rumah yang Alisya duduki rumah banglo dua tingkat bilik dia, Encik Hasrul dan Puan nora di tingkat atas. Jadi tingkat bawah digunakan sebagai ruang tamu dapur dan tempat makan dan ada satu bilik khas untuk tetamu selalunya bila adik beradik yang lain balik diorang akan tidur di rumah Encik Hasrul lagi satu.
“Sayang mana adik tak kan tak bangun tidur lagi? Now dah pukul 7.30 pagi nanti jem jalan”soal Encik Hasrul dia mengerling jam kulit yang dipakai di tangan kanan.
“Adik tengah bersiap latu sabar la kejap ha tu pun adik panjang umur”Puan Nora segera menuangkan segelas air milo untuk anak gadisnya.
“Umi dengan abi kutuk adik ehh dari jauh adik dengar”Soal Alisya lal menarik kerusi dia duduk bertentangan Encik hasrul dan Puan Nora dua insan yang selalu disayanginya.
“Huh tak dak masa abi nak umpat adik ni kenapa lambat semalam bukan main lagi nak bangun awal”Usik encik hasrul sebelum menghirup air milo yang dituang oleh Puan nora ke dalam mug bewarna putih.
“Hehehe adik lupa jangan kecam abi umi adik tak sengaja”dah macam kerang busuk dah Alisya ni tersengih sengih tak jadi Encik Hasrul nak marah anak bongsu dia ni tak pernah serious.
“Nasib adik cantik abi tak jadi marah by the way adik nak kerja apa dekat hotel abi tu nak jadi supervisor ka?”soal Encik Hasrul dia lupa nak bertanya semalam sebab dah terlalu mengantuk. Puan Nora hanya memasang telinga malas pulak nak bersuara pagi pagi ni.
“Adik nak kerja sebagai housekeepimg boleh tak Abi?”sahut Alisya sebelum mengunyah nasi goreng kampung yang dimasak Puan Nora. Sebelum ni ada la juga Encik Hasrul tegah Puan Nora buat kerja rumah kerana mahu mengambil pembantu rumah sementara tunggu Mak Ton pulang dari kampung selama sebulan kerana anak Mak Ton baru bersalin tapi puan nora tak mahu kerana dia sukar percaya orang baru.
“Adik biar betul nak kerja housekeeping awat tak jadi supervisor ja”soal Puan Nora hampir saja nak tersembur nasi goreng yang memenuhi mulut kalau tak terpaksa la anak dia tukar baju lain
“Betul la lagipun adik mana ada pengalaman nak kerja sebagai supervisor walaupun abi owner hotel adik tak boleh suka suka hati mintak kerja yang berpangkat kerja bawah bawah pun ok boleh adik dapat pengalaman”jelas Alisya dia tak kisah kerja apa asalkan halal. Encik hasrul mengangguk setuju dengan permikiran Alisya selalunya orang lainkalau ibu bapa dah ada syarikat sendiri mesti nak kerja hebat hebat kan
“Hmm umi setuju ikut adik la nak kerja apa apa pun asalkan adik pandai jaga diri”Puan Nora juga mengangguk setuju anak dara dia ni bukan jenis ambil kesempatan.
“Abi pun ok dah jom gerak dah lambat ni tak pasal pasal first day adik dapat surat warning”seloroh Encik Hasrul dengantangan dia menyampai briefcase dan kunci kereta Alisya juga segera bangun dia menyalami tangan Puan Nora terlebih sebelum berangkat.
Alisya dengan Encik Hasrul keluar dari perut kereta Honda setelah parking kereta di tempat yang disediakan. Ini bukan kali pertama alisya menjejak kan kaki ke hotel Fairy love sebelum ni ada ja dia ikut Encik Hasrul bekerja jadi hampir semua pekerja kenal diri nya.
“Syaaaaaaaa!!!!!!”teriak Kartini dia berlari anak mendapatkan tubuh sahabat dia kartini memang macam tu langsung tak kisah dengan orang yang memerhati tingkah laku nya.
“Ohh patutlah nak kerja housekeeping rupa-rupanya ada geng”bisik Encik Hasrul Alisya hanya tersenyum tanda setuju bukannya apa dia tak mahu kerana latar belakang dia yang sedikit berada membuatkan kartini rasa rendah hati.
“Oii Tini agak-agak la kau ni tak nampak ka semua orang tengok tu”tegur Alisya setelah melepaskan pelukan
“Hahahaha tak de lah aku excited sikit bila tengok kau by the way sanggup juga kau kerja bahagian housekeeping ni sepatutnya kau tu dah kaya mintak la kerja elok sikit kan uncle”ucap Kartini dia mengangkat kening kepada Encik Hasrul.
“Uncle tak kisah pun lepas ni Alisya boleh temankan kamu bila kerja kan”sahut Encik Hasrul dia tak kisah pun tentang persahabatan kartini dengan anak gadisnya.
“Abi jom la gerak adik dah tak sabar nak kerja ni”ucap Alisya dia menarik tangan Encik Hasrul dan Kartini agar mengikuti langkahnya menuju ke bahagian housekeeping. Encik hasrul hanya mengikuti langkah kaki alisya manakala kartini tidak habis berborak dengan alisya.
“Maria ni anak saya start today dia jadi anak buah awak lepas ni kalau dia buat masalah apa apa pun awak buat seperti pekerja yang lain jangan pilih kasih”jelas encik hasrul. “Adik dengan Tini kerja elok elok ini bukan taman permainan tau”ucap Encik Hasrul dengan mencium dahi Alisya sebelum meninggalkan anak gadisnya kepada supervisor Maria yang mengurus bahagian housekeeping.
“Alisya Kartini ni nametag dan uniform korang pergi la tukar dulu lepastu datang jumpa saya ye”ucap Puan Maria walaupun tegas tapi dia baik hati selama alisya datang menemani encik hasrul bekerja alisya akan ditemani oleh Puan Maria. Mereka berdua mengangguk lalu segera menukar baju di bilik changing room staff bahagian ladies. Setelah itu, mereka menemu puan maria semula untuk mengetahui tugas yang perlu mereka jalani.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tengku Hairil memangku dagu dia termenung melihat timbunan fail yang semakin meninggi dari semalam dia tak balik rumah kerana perlu selesaikan kerja tapi nampak gayanya masih banyak yang tersangkut ni.
“Ril, kau tak nak balik lagi ke sekarang dah pukul 8 pagi dari semalam kau stay kat pejabat jangan sampai tukar jadi zombie sudah”tegur seorang lelaki dengan tubuh yang tidak terlalu sasa dia berdiri di hadapan pintu pejabat Tengku hairil.
“Paan kau ni memang tak reti ketuk pintu ke ops lupa tangan kau tak de kan”seloroh Tengku Hairil kepada Farhan yang masih tercegat di hadapan pintu bukan tak mahu undang masuk tapi kalau tetamu macam Farhan tu tak payah nak undang dia tahu sendiri.
“Ha’ah aku tak de tangan ni kau bila nak balik aku dah tak tahan bau pengap pejabat kau ni macam ada bangkai je”mulut puaka Farhan ni kalau orang yang lemah mental memang sentap habis tapi Tengku Hairil dah masak sangat dengan Farhan ni diorang dah kawan 14 tahun nak terasa dengan usikan tu apalah sangat.
“Bukan aku tak mau balik Paan kau tak tengok ke fail tu nak tinggi macam menara klcc dah naik gila aku macam ni”Tengku hairil berdiri menghadap tingkap wajah dia yang kacak kelihatan lesu tubuh sasanya dah tak mampu tanggung rasa kantuk yang amat sangat.
“Kau ni memang workaholic la dah la balik dulu kerja kau tu nanti aku tolong settle apa yang patut”sahut Farhan tak tergamak biar kawan dia seorang ni gila dengan kerja.
“Hmm ok thanks maybe aku masuk esok kot sebab aku nak kena balik ke rumah parents aku entah ada apa hal pulak papa aku nak discuss”Tengku Hairil mencapai kot dan briefcase dia berjalan meninggalkan pejabat Farhan mengangguk sebelum masuk ke bilik nya sendiri setelah mengambil beberapa fail yang masih belum terusik.
“Assalamualaikum Ma Pa”teriak Tengku Hairil setelah masuk ke dalam rumah. Mama Tengku Hairil segera mendapatkan tubuh anak kesayangannya itu dah seminggu tak jumpa sebab tengku hairil busy sangat.
“Waalaikumussalam Ril mama ingatkan kamu tak datang dah lawat mama kata busy dengan kerja”sahut Mama Tengku Hairil atau Puan Roszana@Ros.
“Pasal kerja tu Paan tolong Ril jadi boleh la datang sini Papa mana kata ada hal penting nak bagitahu”Tengku Hairil memandang sekeliling setelah melepaskan pelukannya di tubuh Puan Ros mencari kelibat Tengku Zahid iaitu papa Tengku Hairil.
“Papa kamu dah ada dekat meja makan jom la makan sekali hari ni mama masak your favorite dish”Puan ros menarik tangan anak terunanya menuju ke ruang makan kalau tak tarik memang tak la dia nak ikut bukan dia tak tahu hubungan anak dengan suami dia macam mana.
“Wow ayam masak kicap, Ikan tiga rasa ya allah sedapnya kejap ril nak cuci tangan dulu”Tengku hairil meluru ke singki untuk mencuci tangan cepat cepat mau kecur liur tengok makanan kegemaran tersidang elok dekat atas meja lagipun dari semalam dia tak makan nasiblah tak da gastrik. Tengku hairil menarik kerusi lalu melabuhkan pungungnya tubuh dia bertentangan dengan Tengku Zahid tanpa berkata banyak Tengku hairil terus menyedok ayam masak kicap kedalam pinggan dia dah tak sabar nak melahap ni. Puan ros tersenyum melihat anak teruna dia berselera semacam sebelum ni nak ajak makan pun susah.
“Ril bila kamu nak kahwin umur kamu tu papa dengan mama dapat kamu tak kan nak tunggu 30 tahun baru nak kahwin”soal Tengku zahid bukan dia tak tahu yang Tengku hairil tak suka kalau bincang pasal bab bab kahwin ni dia belum bersedia.
“Pa bukan ril tak nak kahwin tapi tengoklah kerja dekat office tu berlambak mana sempat ril nak cari girlfriend lagipun ril baru 24 tahun muda lagi”sahut Tengku hairil tu dah jawapan paling selamat yang dia boleh bagi.
“Alah alasan je tu mama pun nak juga timang cucu boring la asyik borak dengan papa kamu dia ni dah la suka keluar main golf dengan kawan dia tinggal mama sorang dekat rumah ni bila ril kahwin boleh la mama keluar shopping dengan my future menantu”sampuk puan ros dia juga kalau boleh nak Tengku hairil kahwin cepat cepat tak payah tunggu lama lama.
“Aik habistu mak senah dengan pak din tu bukan orang la mama”sakat Tengku hairil dengan tersengih sengih menunjukkan barisan giginya yang putih.
“Ish kamu ni ril memang la mak senah dengan pak din tu ada tapi diorang cuma kerja sampai pukul 8 malam je lepas tu diorang balik rumah so mama sunyi la sikit papa kamu ni kadang kadang tu balik lambat terpaksa la mama hadap juga duduk sorang sorang kamu tak kesian dekat mama ke”Puan Ros sengaja mengunakan nada merajuk cuma tu saja cara dia nak bagi Tengku hairil dengar cakap.
“Hmmm macam ni la mama bagi ril habis tahun ni settle kan semua kerja dekat office lepas tu ril kahwin boleh kan ma pa”sahut Tengku hairil terpaksalah dia mengalah kalau tak makin lama topic ni dibincangkan.
“Betul ni Ril but one more thing kamu nak cari sendiri or nak papa dengan mama yang cari”soal Tengku zahid dengan teruja dia tak sabar sabar nak dapat menantu kalau boleh sekarang pun tak pa.
“Ikutla ril tak kisah kalau papa dengan mama ada calon yang sesuai ril ikutkan saja”balas Tengku hairil yang telah selesai menyantap dia mahu mencuci pinggan sendiri tapi ditegah oleh Mak Senah.
“Ril tak pe biar mak senah yang buat kamu pergilah borak dengan Tengku zahid dan ros”tegah mak senah dia tahu Tengku hairil penat dan inilah masa dia untuk luangkan masa bersama majikan dia. Tengku hairil tersenyum lalu meninggalkan Mak Senah setelah mencuci tangan.
“Ma Pa ril nak masuk tidur dari semalam tak dapat rehat maybe 2 hari ril stay sini sebelum balik ke condo ril boleh kan ma pa”ucap Tengku hairil dia berdiri di hadapan anak tangga kerana bilik dia berada di tingkat dua.
“Apa pulak tak boleh pergilah rehat nanti dah masuk zohor mama kejutkan kamu”sahut puan ros yang sedang bersandar di sofa bersama Tengku zahid. Tengku hairil mengangguk lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
“Ya allah penatnya aku mandi dulu la baru tidur dah belengas ni”bebel Tengku hairil sendiri lalu dia mencapai handuk yang tersangkut indah di belakang pintu. Keadaan bilik tidurnya masih sama walaupun dia jarang jarang balik ke rumah Tengku zahid dan puan ros kerana condo yang dia tinggal hanya bersebelahan dengan syarikat jadi lebih dekat dan menjimatkan masa. Usai mandi Tengku hairil baring di atas katil queen dengan cadar bermotif kotak kotak bewarna hitam ya dia ni lebih suka dengan warna hitam sebab simple dan nampak cool je tak payah dia nak pilih pilih warna lain dah lepas ni.
kalau Ada salah kata boleh Komen Saya terima dengan hati yang terbuka
Share this novel