Bab 17

Action Series 46880

Alisya menyadarkan badan di sofa setelah selesai mengemaskan bekas makanan. Dia memandang Tengku Hairil yang masih sibuk menyiapkan kerja entah apa yang lelaki tu buat pun Alisya tak tahu. Alisya mengambil peluang kali ni untuk menilik wajah Tengku Hairil dengan teliti dia dapat melihat wajah lelaki itu tenang seolah olah tiada masalah yang bermain dalam benak fikirannya.

"Ehem..I tahu la I ni handsome tapi jangan la tengok sampai nak tembus muka I ni"ucap Tengku Hairil mata dia memandang Alisya yang berpura pura sibuk.

"Tak dak masa saya nak pandang muka Tengku buat sakit mata saja"Alisya mengalihkan pandangan ke arah pintu dia cuba menahan malu macam mana la dia boleh kantoi dengan mamat tu.

"Hahaha...nanti I dah jadi hak you jangan kata tenung nak sentuh tiap-tiap hari pun boleh tau"usik Tengku Hairil sebelum menundukkan kepala semula menatap dokumen berkaitan pemasaran syarikat bulanan yang semakin mencanak naik tapi dia tak boleh leka sebab takut pesaing melakukan serangan mengejut yang boleh menyebabkan pihak dia menanggung kerugian yang besar.

"Erghh... malas nak cakap dengan Tengku buat sakit hati saja"Alisya berjalan ke arah pintu pejabat dia mahu keluar dari situ sudah 5 jam dia tunggu Tengku Hairil menyiapkan kerja dah naik bosan jadinya pastu kena tinggal sorang-sorang bila mamat tu pergi meeting mana tak jemu.

"You nak kemana?"soal Tengku Hairil setelah melihat Alisya yang sudah berdiri di hadapan pintu.

"Nak keluar boring tau duduk dekat sini lama lama tambah tambah duduk dengan awak boleh naik gila tau"sahut Alisya dia membalikkan tubuh menghadap Tengku Hairil yang masih menatap wajah nya di meja kerja.

"Duduk balik bagi I lagi 30 menit lepas tu I bawak you jalan jalan"pujuk Tengku Hairil.

"Ok tapi jangan lebih boring tau tak"sahut Alisya dia kembali duduk di sofa nasib la dia datang sini dengan Tengku hairil kalau tak dah lama dia cau nak balik dengan teksi pun bukannya ada duit.

"Good girl sabar ye I kerja ni pun sebab nak sara you nanti lepas kahwin"ucap Tengku Hairil dia kembali meneliti dokumen yang terakhir.Dia cuba cepatkan pekerjaan nya kesian pulak dekat Alisya yang asyik temenung.

"Hmm ok"sahut Alisya malas nak berdebat sebab last last dia yang kalah.

knock.. knock.. knock..

"Masuk"arah Tengku Hairil dengan Nada yang tinggi walaupun dia masih focus meneliti kertas kerja.

"Ril..Kevin nak jumpa kau dekat xxxxx diorang dah tunggu kita untuk bincang pasal usaha sama kita dengan pihak diorang"ucap Farhan yang baru masuk ke dalam office. "Alisya saya nak pinjam bakal suami awak kejap boleh?"soal Farhan dia hampir terlupa perempuan itu masih setia duduk di sofa.

"Berapa lama?"soal Alisya singkat dia berharap sangat Tengku Hairil tolak pelawaan itu supaya dia dapat keluar jalan jalan.

"Dalam 1 jam macam tu"jelas Farhan dia menyadarkan tubuh di dinding yang kosong dengan mata dia menghadap ke arah Alisya Dan Tengku Hairil secara selang seli. Nampak sangat sepadan dua merpati tu di matanya.

"Paan tak kan kau tak boleh cancel.. aku dah janji nak bawak my love keluar"soal Tengku Hairil dia mula menyusun dokumen dan kertas kerja yang telah selesai supaya kelihatan kemas.Baru saja dia nak keluar dengan Alisya dah ada penghalang baru.

"Tak boleh bro sebab banyak kali dah kita extend dateline dengan diorang kalau kau tak pergi kali ni maybe kita yang rugi"jelas Farhan. Dia tahu yang Alisya dah tunggu Tengku Hairil lama dalam office ni tapi nak buat macam mana dah nama pun kerja kan.

"Hmm ok kau tunggu aku dekat kereta bagi aku 10 menit nanti aku turun"arah Tengku Hairil kepada Farhan.

"Ok bro bye Alisya"ucap Farhan dia melambai tangan kepada Alisya sebelum luput dari pandangan gadis itu.

"Tengku dah janji nak bawak saya jalan jalan"rungut Alisya. 'Kalau kau tahu yang kau tu busy kenapa la gedik gedik nak bawak aku teman kau kerja dekat sini' rungut Alisya di dalam batin.

"Sayang sorry la I janji yang I akan pergi kejap je lepas semua dah settle terus I bawak you pergi jalan jalan"pujuk Tengku Hairil dengan nada lembut. Dia berlutut di hadapan Alisya.

"Ish tadi janji sekarang janji tapi tak tunaikan pun"bidas Alisya dia paling tak suka dengan orang-orang yang suka berjanji tapi bila nak tunaikan hampeh!

"Ok macam ni esok I cuti I bawak ke mana saja you nak pergi"Tengku Hairil cuba mencari idea memujuk Alisya

"Tak nak esok saya nak duduk rumah cause Tengku tu bukannya tahu pegang pada janji"Alisya memalingkan wajah dari ditatap Tengku Hairil kena la jual mahal sikit.

"Hmm how about this I bawak you pergi makan dekat xxxxx and pergi taman tema nak tak"Tengku masih meluntut di hadapan Alisya baru dia tahu nak pujuk perempuan ni bukannya senang.

"Betul jangan tipu kalau tak habis muka handsome Tengku tu makan penumbuk saya ni"Alisya mengacukan penumbuk ke arah Tengku Hairil terpaksa la dia bersetuju kes makan punya pasal.

"Ok I promise honey"Tengku Hairil mengangkat jari kelingking tanda janji.

"Ok deal dah Tengku pergi la nanti lambat pulak"Alisya mengarah Tengku Hairil keluar dengan belakang tangan.

"Bye love you"Tengku Hairil terus keluar dari office memandang kan dia sudah terlambat.Alisya baringkan tubuh dia atas sofa dia mahu melelapkan mata dah tak tahu nak buat apa baik tidur je.

Tengku Hairil yang baru masuk ke dalam kereta melihat Farhan yang bermain smartphone di kerusi penumpang hadapan. "Paan aku nak kau bagitahu budak-budak kita suruh standby dekat tempat xxxxx aku rasa mesti ada benda yang tak elok nak jadi"Tengku Hairil menghidupkan enjin kereta lalu meluncur laju keluar dari kawasan parking.

"Ok aku pun rasa macam tu kalau tak buat apa si Kevin tu sanggup tunggu padahal banyak lagi syarikat yang boleh terima dia"sahut Farhan sambil menghubungi anak buah mereka menggunakan walkie talkie.

"Tak pe kita ikut je game diorang aku nak tengok sampai mana diorang boleh pergi"Tengku Hairil senyum sinis dia mahu menikmati dulu macam mana dengan permainan pesaing dia yang sorang tu.

Tengku Hairil dan Farhan bergerak masuk ke dalam ruang VIP yang telah ditempah oleh Kevin. Mereka berdua duduk bertentangan dengan Kevin mereka dapat melihat yang pesaing mereka membawa sekumpulan anak buah di dalam ruang tersebut.

"Long time no see man"tegur Kevin. Dia memberi isyarat kepada pelayan untuk tuangkan soju kepada Tengku Hairil dan Farhan.

"We don't drink alcohol"ucap Farhan kepada pelayan wanita yang tak cukup kain tu apabila tangan dia mahu menuang soju ke dalam cawan.

"You get out"arah Kevin kepada pelayan wanita itu. Dia senyum sinis melihat dua lelaki yang dianggap gagah dan berkuasa duduk di hadapannya.

"So kau nak discuss apa dengan aku?"soal Tengku Hairil pandangan dia tajam merenung wajah lelaki berbangsa cina itu.

"Relax la man wa mau lu orang enjoy dulu baru kita bincang"Kevin memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mengacu pistol kepada Tengku Hairil dan Farhan.

"Wow cantik game kau tapi sayang anak buah kau tu semua konco kitorang"sampuk Farhan dengan senyuman sinis dia memberi isyarat agar menganti target.

"Hahaha wa main-main saja jangan macam ini"kecut perut Kevin apabila satu pucuk pistol menghala tepat di belakang kepala. Air liur ditelan kasar rasa pahit dikerongkong menambahkan lagi rasa gerunnya.

"Kau nak main kitorang bagi main so kau nak apa? siapa yang upah kau?"soal Tengku Hairil dia berjalan merapati Kevin lalu pipi lelaki berbangsa cina itu dicenkam kuat oleh Tengku Hairil.

"Tak dak siapa yang upah wa"tipu Kevin. Tidak semena mena kepala dia dihempuk ke meja darah segar mengalir di pipi.

"Kau nak bagitahu atau nak aku buat sampai kau nak bagitahu"soal Tengku Hairil sambil mengelap darah Kevin yang terpecik di tangan kanan menggunakan tisu.

"Wa tak boleh bagitahu nanti anak bini wa dalam bahaya"sahut Kevin mata dia mula kabur hanya warna merah yang dia dapat melihat dalam keadaan samar samar.

Prang!..
Pinggan kaca dihentak di kepala Kevin oleh Tengku hairil tanpa perasaan. "Bawak dia ke markas kita nanti malam aku datang"arah Tengku hairil kepada budak-budak nya. Mata dia melihat mereka mengusung tubuh Kevin yang pengsan.

"Ril tangan kau berdarah"tegur Farhan setelah melihat darah yang keluar dari telapak tangan Tengku Hairil.

"Bandage and iodine"arah Tengku Hairil singkat sambil menahan darah yang keluar nasib luka dia tak terlalu dalam kalau dah makan jarum.Farhan menghulurkan bandage dan iodine yang berada di dalam briefcase miliknya. Dia memang akan bawak ke mana mana sebagai langkah berjaga jaga kerana ini bukan kali pertama mereka diserang melulu macam tu. Tengku hairil terus menyambut lalu membalut luka di telapak tangan.

"Aku nak balik office nanti fahmi ambik kau and paan aku nak kau make sure yang hal ni orang luar tak tahu"arah Tengku hairil dia terus menapak keluar untuk balik ke office mengambil Alisya.

Farhan mengarah dua orang budak dia yang masih berada di dalam ruang VIP itu untuk membersihkan kepingan pinggan kaca agar tiada pihak yang curiga.

Tengku Hairil terkelu melihat Alisya yang terlelap di atas sofa. Perlahan lahan dia menapak kearah Alisya lalu melabuhkan punggung dia sisi gadis itu. Tanpa segan silu dia mengelus lembut pipi putih dan gebu.

"Dear bangun jom I hantar you balik"Tengku Hairil menepuk perlahan pipi Alisya. Kelopak mata dibuka dengan malas.

"Eh bila Tengku sampai?"soal Alisya yang masih terbaring malas betul nak bangun bila dapat tidur atas sofa yang empuk ni.

"Baru je"sahut Tengku Hairil mata dia masih memandang wajah Alisya dengan tangan kanan mengusap rambut hitam gadis itu. 'Sabar ril sikit lagi je dia akan jadi hak sah kau' pujuk Tengku hairil dia dalam batin.

"Apa Tengku ni duk pegang rambut saya pulak"rengus Alisya bingkas dia bangun dari baringan naik gerun dia bila melihat tingkah lalu Tengku Hairil yang pelik.

"Saja I cuma tengah imagine lepas you dah jadi isteri I setiap hari I usap kepala you"usik Tengku Hairil dia menyadarkan tubuh di sofa penat di tubuh mula berasa dah la hari ni dia cuma makan sekali sebab banyak sangat kerja yang perlu dia selesaikan.

"Kenapa dengan tangan Tengku? Tadi elok saja"soal Alisya dengan beraninya dia memegang tangan kanan Tengku Hairil yang dibalut dengan bandage.

"I terjatuh masa turun lift tadi"tipu Tengku Hairil walaupun dia rasa macam tak logik pula jawapan yang dia bagi tu.

"Yela tu entah-entah pergi pukul orang"sahut Alisya perlahan dia melepaskan tangan Tengku hairil lalu mencapai sling bag untuk mengambil fisherman's friend sugar supaya nafas dia berbau segar.

"Tak kan la orang baik macam I nak pukul orang kan"Tengku Hairil melarikan pandangan dari bertembung dengan Alisya takut jugak kantoi.

"Tengku jom pergi hospital kejap"ucap Alisya dia memasukkan kembali candy ke dalam sling bag. lalu menghadap Tengku Hairil.

"Why? you sakit ke?"soal Tengku hairil dengan cemas. Dahi dia berkerut memikirkan Alisya nak kata sakit tengok sihat walafiat saja.

"Bukan saya yang sakit tapi nak lawat ayah Kartini boleh tak?"jelas Alisya.

"Boleh jom"ucap Tengku Hairil sambil berjalan ke. arah meja kerja untuk mencapai briefcase dan kot navy blue plain yang tersangkut dia kerusi.

"Thanks"ucap Alisya pantas saja kaki dia melangkah keluar dari office setelah dibukakan pintu oleh Tengku Hairil.
Tengku hairil meletakkan tangannya dibayar bahu Alisya apabila melihat tubuh pujaan hati sedikit mengeletar apabila pekerja perempuan menatap dengan pandangan yang tak puas hati. Siapa la yang tak jealous bila boss yang handsome plus kaya dah berpunya. Awek awek tu mampu gigit jari jela.

"Apa pandang pandang tak dak kerja ke apa ingat I gajikan you guys untuk tenung future wife I ke"teriak Tengku Hairil kepada pekerja perempuan mana tak berang bila mereka sengaja mahu menakutkan Alisya.

"Sorry boss"ucap mereka serentak menyesal pulak cari pasal dengan Alisya kan dah mendapat. Lepas ni terpaksalah mereka semua kuburkan saja impian nak berdamping dengan Tengku Hairil.

"Tengku jangan nak ambik kesempatan sangat ye"Alisya mengangkat tangan Tengku hairil yang berada di atas bahunya lelaki ni pantang dapat peluang mesti digunakan.

"You ni I baru nak tunjuk hero"sahut Tengku Hairil sambil menekan button lift. Tak berapa lama kedua insan itu masuk ke dalam perut lift.

"Erghhh hero tak berbayar"ejek Alisya dia menjarakkan tubuh dia dari Tengku Hairil naik rimas dari office sampai dah berjalan ke tempat asyik nak berkepit ingat dia anak patung ke.

"Siapa kata tak berbayar setiap kali I jadi hero muka manis you tu la jadi upah I"goda Tengku Hairil sambil membuka pintu penumpang hadapan kepada Alisya.

"Ril!!! "teriak Farhan yang hanya berjarak 5 meter dari tempat dia berdiri. Alisya hanya memandang mereka berdua dari dalam tingkap kereta.

"Aku tumpang kau balik kereta aku rosak nak suruh fahmi dia dah balik rumah teman isteri dia pantang"ucap Farhan yang sudah berdiri di hadapan Tengku Hairil.

"Hmm ok tapi aku nak kena temankan my love ke hospital dulu sebelum hantar kau balik"sahut Tengku Hairil yang masih bermain dengan kunci kereta.

"Asal Alisya sakit ke?"soal Farhan dahi dia berkerut yela tak dak angin tak dak ribut Alisya nak ke hospital tengok sihat walafiat je awek boss dia tu.

"Kau dah lupa ke ayah Kartini baru habis operation dah cepat masuk nanti awek aku merajuk lagi"arah Tengku Hairil sebelum meloloskan diri ke tempat pemandu manakala Farhan duduk di kerusi belakang. Fikiran Farhan mula mengingati raut wajah Kartini yang bujur sirih rambut dia kerinting dan lesung pipit di pipi kiri telah menawan hatinya.

"Hi Alisya sorry suruh bakal suami awak hantar saya"tegud Farhan setelah masuk ke dalam kereta.

"Buat apa nak sorry bukan dia hak saya pun"sahut Alisya sambil menekan nombor Kartini.

"Bro awek kau merajuk"usik Farhan habislah kawan dia sorang ni lepas ni kena ubah profesi kerja dari CEO ke pemujuk bakal isteri.

"Ni semua sebab kau la"ucap Tengku Hairil setelah meluncur laju keluar dari kawasan syarikat T&T holding. Alisya memekakkan telinga menyampah betul nak menjawap.

"Assalamualaikum babe kau kat mana sekarang?"soal Alisya setelah panggilan dia diterima.Tengku Hairil dan Farhan diam mereka tak mahu menganggu perbualan Alisya dan Kartini.

"Waalaikumussalam aku dekat hospital teman ayah aku mak aku baru je balik why?"soal Kartini.

"Cantik aku otw ke hospital kau nak order apa-apa tak CEO T&T holding belanja"Alisya memetik nama Tengku Hairil saja mahu kenakan lelaki tu.Farhan ketawa dibelakang tanpa keluarkan suara dia impressive dengan Alisya pandai awek boss dia ni kenakan Tengku Hairil.

"Hahahaha kau tak jealous ke kalau aku guna duit dia nanti kau pulak yang meroyan"sahut Kartini. Alisya tersenyum kelat ingatkan nak kena Tengku Hairil tapi terkena badan sendiri.

"Ok la aku tutup dulu dah nak sampai"sahut Alisya dia terus mematikan panggilan lalu masukkan gadjet kesayangan ke dalam sling bag. Tengku hairil mencari tempat parking memandang kawasan hospital yang penuh dengan kereta pekerja sukar untuk dapat tempat parking yang bagus.

Alisya menyalami tangan Pak syam yang terbaring dah makin sihat lelaki separuh abad itu.
"Sya datang dengan siapa tu kacak pulak orangnya?"soal Pak syam apabila melihat tubuh Tengku Hairil yang berdiri di samping Alisya.

"Saya bakal suami Alisya Pak cik"sampuk Tengku Hairil bersahaja walaupun dia melihat anak mata Alisya tajam memandamgnya.

"Pandai Sya cari"puji Pak syam.Dia berkenan melihat Tengku hairil yang tampan dari segi tingkah laku nampak beradap.

"Hahaha sya kot kau nak bagitahu yang kau dah ada bakal suami"usik Kartini melihat wajah begang Alisya nampak seronok bila dapat kerjakan sahabatnya itu.

"Pak cik Tini pun dah ada bakal suami tu yang bersandar dekat dinding nama dia Farhan Pak cik"Alisya terpaksa memetik nama Farhan untuk kenakan Kartini.

"Sya kau..."Kartini terus hilang kata kata malu dibuatnya suka suka hati saja Alisya memetik nama Farhan.

"Tini tak bagitahu ayah pun yang Tini dah ada bakal suami panggil la Farhan tu datang jumpa ayah"ucap Pak syam. Alisya ketawa kecil walaupun dia ada rasa bersalah kerana menipu Pak syam.

"Ha betul tu Tini kau sepatutnya kenalkan Farhan dengan ayah kau ni tak apa nak jadilah dengan kau ni"Alisya masih memainkan peranan dalam drama ni.

"Paan ayah mertua kau nak jumpa"Tengku Hairil pun terjebak sekali masa ni la dia nak kenakan kawan dia tu atas perbuatan Farhan yang selalu menyatukan temujanji dia dengan pelbagai perempuan selama 3 tahun berturut turut.

"Pak cik salah faham ni"jelas Farhan gelabah jugak dia dengan Kartini kurang ajar betul dua makhluk yang berdiri di hadapannya.

"Pak cik paan memang macam tu dia ni malu malu sikit bila nak kenalkan diri dengan bakal Pak mertua takut fail test"sampuk Tengku hairil tak habis Alisya ketawa kecil. Kartini dah cuak dia nak jawap apa dengan Ayah dia ni sedangkan dia tak pernah keluar dengan Farhan.

"Pak cik berkenalan la dulu dengan bakal menantu Pak cik Sya mintak diri dulu"Alisya terus melarikan diri dia dan tak tahan memainkan peranan.Tengku hairil juga terus melarikan diri.

"Pandai you kenakan kawan you"ucap Tengku hairil yang telah memulakan pemanduan. Alisya membuang pandangan ke luar tingkap yang semakin gelap tanpa sinaran matahari.

"Hahaha saja sebab dia selalu kenakan saya kali ni biar dia pulak merasa"sahut Alisya. Mata dia memandang wajah Tengku Hairil yang tenang nampak keikhlasan dalam raut wajah itu. Hati dia berbelah bagi sama ada mahu buka hati untuk lelaki itu atau biarkan perasaan itu berlalu.

"Sama la macam paan.. so you nak pergi mana mana lagi tak?"soal Tengku Hairil senyuman tipis. dihadiahkan untuk Alisya.

"Tak dak saya nak balik rumah terus"sahut Alisya dia dah penat sehari terperuk dalam office Tengku Hairil baik dia balik and then lena.

"Ok"sahut Tengku Hairil singkat. Tak makan masa yang lama Alisya telah selamat dihantar oleh Tengku Hairil sampai di depan rumah banglo encik Hasrul. Setelah memastikan pujaan hatinya masuk dengan selamat ke dalam rumah barulah dia beredar dari situ.

Tengku Hairil merebahkan tubuh dia atas katil dengan kasar dia melemparkan tali leher bewarna cyan ke lantai. Dengan malas dia menapak kaki ke kamar mandi untuk bersihkan diri menghadap sang pencipta.

Tepat pukul 12 malam barulah Tengku Hairil pergi ke markas dia tidak lupa dengan lelaki berbangsa cina itu. Sekali orang cari masalah dengan dia Tengku hairil akan balas balik 10 kali ganda.

Emm Tengku hairil dah mula tunjuk belang...agak2 apala yang dia nak buat dengan si Kevin tu seronok betul Alisya and tengku hairil kenakan si Farhan dengan Kartini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience