Alisya menyarungkan t-shirt polos dan kain batik kepunyaan kartini kerana saiz badan mereka berdua sama jadi bila dia tidur rumah kartini dia boleh menggunakan hak tuan rumah begitu sebaliknya.
“Mak cik pak cik terima kasih la tumpangkan sya bermalam dekat sini”Alisya duduk bersipuh dia atas lantai kerana rumah kartini tidak mempunyai sofa seperti rumahnya.
“Sepatutnya mak cik yang kena berterima kasih dengan sya sanggup jemput mak cik lagipun bagus juga sya bermalam sini ada la juga orang nak teman bergurau dengan anak mak cik ni kalau tak terperuk aje dalam bilik biasalah anak tunggal”sahut ibu kartini mak cik hana.
“Ala kau ni sya buat segan pulak sebelum ni pun kau main terjah je bilik aku bagi salam pun tak”sampuk kartini yang baru selesai menunaikan solat isya.
“Tini aku baru nak jadi gadis melayu terakhir”Alisya muncungkan mulutnya kedepan tanda merajuk. Gedik betul la minah ni.
“Sya Tini ada bagitahu pak cik yang kamu berdua dapat sambung belajar ke luar negara betul ke?”soal pak cik sham ayah kartini dia sedang duduk bersila menatap televisyen tangan kanan dia mengepit sebatang rokok daun yang baru dicucuh.
“Betul la pak cik sebab tu saya datang tidur sini ingatkan nak pergi buat pastport siap siap”sahut Alisya sebelum menghirup segelas air milo kesukaannya.
“Alhamdulilah kamu berdua dapat sambung ke mana?”soal pak cik sham dengan teruja dia bersyukur sangat-sangat anak tunggalnya dapat sambung ke luar negara.
“Ha’ah sya kau tak bagitahu pun aku kita nak sambung ke mana”sampuk kartini dia juga memasang wajah teruja begitu juga dengan mak cik hana.
“Nila yang sya nak surprise ni kami berdua dapat sambung ke Tsinghua University dekat Beijing china”sahut Alisya dia juga teruja kerana itulah tempat idaman yang dia mahu kunjungi bila dapat menapak ke luar negara.
“Alhamdulilah aku tak sangka sya kita dapat sambung belajar ke tampat yang kita nak”ucap kartini dia memeluk tubuh Alisya tak tahu dah berkata bersyukur macam mana. Hati dia berkali kali memuji sang pencipta yang kurniakan rezeki ini untuk dirinya.
Tubuh Alisya dipeluk oleh mak cik hana dan kartini pak cik sham melakukan sujud syukur. Alisya melepaskan pelukan mak cik hana dan kartini kerana dia mahu menyuarakan sesuatu.
“Mak cik pak cik esok kitorang nak pergi daftar kelas khas bahasa cina yang ditanggung kerajaan jadi pak cik dengan mak cik jangan risau pasal yuran sebab dia percuma”jelas Alisya
“Alhamdulilah syukur kalau macam tu pukul berapa kamu berdua nak pergi biar mak cik sedia kan pakaian semua”soal mak cik hana.
“Pukul 8 kitorang nak gerak dah sebab nak pi buat passport dulu lepas tu baru nak pi daftar kelas bahasa cina tu”sahut alisya kartini terlal teruja sehinggakan tidak dapat mengeluarkan kata-kata.
“Hmm ok kamu berdua pergi tidur sekarang dah pukul 12 malam esok nak bangun awal pulak”arah mak hana dengan lembut dia mahu mereka berdua bereha secukupnya. Pak cik sham hanya tersenyum entah berapa kali mulutnya memuji allah.
“Pak cik mak cik and tini boleh tak sya nak mintak hal ni dirahsiakan sari umi ngan abi sya sebab sya ingat nak diorang tahu dari sya sendiri”pinta alisya sebelum berdiri. Mak cik hana dan puan syam angguk setuju begitu juga dengan kartini. Mereka semua masuk tidur.
Kartini berdiri di kaki lima sambil memegang kad putih dan buku merah sementara alisya masih di dalam.
“Oii tini kau mengelamun apa tu?”tegur alisya setelah selesai mendaftar dia terpaksa daftar selepas kartini kerana tadi pergi toilet.
“Ish kau ni tak reti bagi salam ke?”Kartini mengurut dada dia yang terkejut. Alisya ketawa melihat kartini yang cuak.
“Sorry la dah jom balik sekarang dah pukul 3 petang aku nak balik rest esok nak kerja pulak lagipun kita dah makan sebelum ke sini”Alisya mengeluarkan kunci kereta lalu menekan punat unlock sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta begitu juga dengan kartini.
“Jom aku pun nak rest tapi kan sya tak ramai pun yang daftar kelas ni so senang la kita tak dak la sesak sangat tak silap aku termasuk kita dalam 20 orang je kut”ucap kartini mata dia melilau mleihat jalan raya yang agak sesak.
“Betul juga senang sikit kita nak focus kan”alisya tetap focus memandang jalan raya kerana dia takut sekirannya berlaku kemalangan. Kartini mengangguk tanda mengiayakan.
Setelah menghantar kartini alisya pulang ke rumah memandangkan hari sudah menjelang asar dia hampir seharian berada di luar puan nora juga ada menelefon agar cepat pulang ke rumah.
Kaki Alisya kaku apabila melihat beberapa pasang kasut berada di rak kasut di luar rumah. Dia mengaru kepala dia yang tidak gatal sambil melihat sekeliling untuk mencari tahu siapa yang datang ke rumahnya sekarang.
“Along balik?”soal Alisya perlahan setelah melihat kereta audi TT yang dibeli alongnya minggu lepas terparking indah di belakang kereta encik hasrul.
“Along!!!!!!! Adik rindu along lama ka along balik”teriak Alisya setelah kakinya menapak masuk ke ruang tamu. Lantas dia melompat masuk ked lam pelukan along.
“Dah besar dah adik along yang sorang ni”ucap along dia mengucup perlahan rambut adik bongsunya sudah hampir setahun mereka tidak bertemu tak tahu macam mana nak menguraikan rasa rindu.
“Of course adik besar sebab tiap-tiap hari umi masak sedap”balas Alisya dengan gaya menjilat jari. Along mengacak acak ramut lurus hitam Alisya.
“Aik rindu along ja angah dengan alang tak rindu ke?”usik angah dengan membuat gaya merajuk dia berdiri di samping along.
“Mestilah adik rindu tapi sikit jala sebab angah tu selalu juga adik nampak”sahut Alisya tanpa berlengah dia memberi pelukan hangat kepada angah dan alang.
“Amboi meriah sangat keluarga kau rul tak macam keluarga aku ada anak sorang je”Tengku zahid sedikit iri melihat kemeriahan keluarga kawan nya itu.
“Ala biasa saja”sahut Encik Hasrul yang masih duduk di sofa. Alisya yang baru menyedari suara Tengku zahid cepat-cepat dia melepaskan pelukan lalu berjalan ke arah Tengku zahid dan Puan Ros untuk berselaman.
“Sorry.. sya tak perasan yang tak perasan yang uncle dengan aunty datang”Alisya menyalami tangan kedua insan itu nanti kalau tak salam nampak macam tak hormat tetamu pulak. “Ehh Tengku pun ada”sapa Alisya dengan malas setelah terpandang Tengku hairil yang duduk di samping Tengku zahid. Tengku hairil Daniel mengenakan baju t-shirt polos biru muda dengan seluar jeans hitam simple tapi tampan.
“Ehh ingatkan you tak perasan”peril Tengku hairil dengan sebuah senyuman dihadiahkan kepada Alisya rindu yang dia rasa 2 3 hari ni terubat bila melihat wajah jelita Alisya.
‘Podah menyesal aku tegur mamat sewel ni’getus Alisya dalam hati nak kata depan-depan tak berapa nak berani dah la keluarga dia ada dekat sini.
“Aunty uncle sya minta diri dulu nak mandi lepastu solat dah lambat ni”ucap Alisya sebelum menapak pergi malas betul dia nak melayan mamat sewel tu buat sakit hati aje!
“Umi abi adik nak naik atas dulu boleh ya”bisik Alisya di telingan Puan Nora dan Encik Hasrul yang sudah berdiri di sampingnnya.
“Hmm pergilah umi tengok adik pun penat nanti kalau nak rehat rehat la umi tak paksa turun pasal keluaga Tengku zahid serahkan pada umi you don’t worry my sweetie pie”bisik puan nora sambil mengelus pipi Alisya dia boleh melihat anak gadisnya penat melalui kelopak mata.
“Adik jangan kisah pasal diorang biar abi settelkan sekarang pergilah naik atas rehat”sampuk encik hasrul sebelum pergi mendapatkan tubuh Tengku zahid sekeluarga. Alisya mengangguk lalu menapak ke tingkat atas.
“Uncle ril mintak diri dulu sebab ril ada hal”ucap Tengku hairil yang sudah berdiri dia membetulkan pakaian dia yang sedikit terangkat menunjuk tubuh dia yang berotot lagipun buat apa nak stay kalau dah buah hati tak de kan.
“Ril kau balik dah ka baru aku nak ajak kau lepak”tegur along dia ingatkan nak luangkan masa bersama Tengku hairil Daniel iaitu junior dia masa sekolah menengah sekaligus rakan angah dan alang mereka tingal bersama ketika di asrama.
“Sorry la Min, jan and roy aku nak kena gerak dulu tak pa next tima kita lepak nanti aku roger”tolak Tengku hairil dengan lembut bukan dia tak nak luangkan masa dengan rakan lama tapi dah tiba-tiba Farhan call ada masalah berlaku terpaksa lah dia gerak.
“Ok”balas Min iaitu along Alisya. Jan dan Roy hanya mengangguk tanda memahami. Tengku zahid dan puan ros meminta diri setelah anak tunggal mereka menghilangkan diri diorang ingat nak rapatkan silaturrahim dengan keluarga encik hasrul tapi anak teruna dia ada hal terpaksalah simpan hasrat dia hari lain.
Tengku hairil menapak masuk ke dalam ruangan gelap yang sama ketika dia berjumpa dengan penyiasat alisya tempoh hari. Farhan sedang bermain gadjet kesayangan sebelum menongkat dagu setelah menyedar akan kehadiran Tengku hairil di hadapannya.
“Apa hal kau call aku?”soal Tengku hairil setelah melabuhkan punggung di atas kerusi panjang bersebelahan dengan Farhan.
“Aku nak bagitahu dalam company kita ada pengkhianat diorang cuba nak lesapkan duit ke dalam akaun semasa diorang”jelas farhan dia mengepalkan tangan menahan marah.
“What? Macam mana boleh berlaku setahu aku kita tak de ambil pekerja baru pun kan”soal Tengku hairil mendengar apa yang dijelaskan oleh farhan tiba-tiba dia naik berang.
“Memang kita tak ambil orang baru masalah nya sekarang ni orang lama yang buat”sahu Farhan dia membuang pandangan ke hadapan setiap inci bilik ini hanya dilapisi dengan wallpaper art hitam.
“Kau dah tahu ke siapa punya kerja ni”soal Tengku hairil dia cuba untuk melampiaskan kemarahannya kepada farhan.
“Kau mesti tak caye bila aku bagitahu ni”balas Farhan dengan tenang setelah rasa marah dia reda.
“Cepat la bagitahu sape?”soal Tengku hairil sekali lagi keringat dingin memenuhi dahi lincinnya.
“Fathia bahagian akauntan tu”balas farhan
“Fathia cousin aku tu”soal Tengku hairil untuk kepastian dia seakan tidak percaya bila nama tersebut terpancul dari mulut Farhan.
“Ya mana ada lagi nama fathia dalam company tu”Farhan menghirup coffee yang dibeli olehnya sebelum masuk ke sini dia juga beli untuk rakan merangkap bos sendiri.
“Aku macam tak percaya haish menyesal aku buat baik dengan dia aku nak kau fired dia sekarang”balas Tengku hairil Daniel dengan hampa dia menghirup ice coffee untuk mengurangkan rasa panas dia ketika ini.
“Dah belum kau cakap pun aku dah fired ril aku nak balik dulu sekarang dah pukul 8 malam”farhan bangun meninggalkan Tengku hairil Daniel yang masih bersandar di kerusi panjang.
15 menit berlalu barulah Tengku hairil bangun meninggalkan ruangan gelap yang menjadi tempat rahsia untuk berbincang hal sulit.
Usai solat Tengku hairil duduk di birai katil di rumah condo miliknya dia mencapai telefon bimbit yang terletak dia atas almari tepi katil.
Tut..tut..tut..
Panggilan sudah tersambung cuma masih tiada sahutan dari penerima.
Alisya yang baru selesai solat isya dia mencapai telefon bimbit kerana sudah berkali kali bordering sehingga dia mempercepatkan solat kerana takut ada hal penting.
“Assalamualaikum ni siapa” sapa Alisya sebaik sahaja menerima pangilan tersebut.
“Waalaikumussalam sweetie tak kan tak kenal I siapa”kedengaran suara lelaki yang amat dikenali oleh Alisya.
“Mana Tengku dapat number saya Tengku stalk saya ka”bentak alisya kenapa lah dia selalu bertembung dengan mamat sewel ni.
“Cakap la elok elok I masih boleh dengar by the way your father yang bagi kenapa salah ke”Tengku hairil sengaja menyakitkan hati Alisya.
“Awak guna guna dengan abi say ka sampai dia bagi number saya”tuduh Alisya nada dia amsih dingin.
“Ish apa pulak you ni ape ingat I tak tahu hukum hakam agama ke salah ke I nak dengar suara cinta hati I ni”sahut Tengku hairil suara dia kedengaran hampa.
“Yala tu dah la saya nak rehat mengantuk”Alisya mahu menekan tombol tutup panggilan.
“You jangan la tutup lagi kalau you nak tidur tidur lah tapi jangan la tutup I sunyi la”rayu Tengku hairil.
“Whatever please jangan ganggu saya boleh tak”Alisya terus mematikan panggilan telefon. Dia terus melelapkan mata.
“It okay now you boleh jual mahal but nanti you akan menyesal”Tengku hairil berjalan keluar menuju ke bilik bacaan yang terletak bersebelahan bilik tidurnya.
what do you guys think tentang character Alisya dia org mcm mana? boleh Komen jngn segan2
Share this novel