Alisya dan Kartini memandu kereta secara beransingan menuju ke airport. Tidak makan masa yang lama mereka berdua sudah terpacak di depan pintu utama KLIA.
"Sya abang abang kau dah sampai ke? dah lama kita tunggu ni"soal Kartini yang baru keluar dari kereta kelisa milik Alisya.
"Dah cuma tula bayang batang hidung pun tak nampak lagi"sahut Alisya dia menginjat ginjat kaki untuk mencari kelibat abang abangnya di dalam keremunan orang ramai.
"Cuba kau call mana la tahu diorang tunggu dekat dalam ke"cadang Kartini dah 15 menit menunggu depan pintu utama kelibat orang yang mereka tunggu belum juga muncul.
"Betul jugak jap aku call"Aliaya mengeluarkan smartphone dari chest bag no brand yang tersangkut di dada. Pantas sahaja dia mendail nombor abangnya yang sulong. "Hello.. along dekat mana adik dah tunggu lama dekat luar ni?".
"Sorry dik along Angah dengan alang kitorang terjumpa kawan masa nak keluar tadi so kitorang borak la kejap sebab tu yang lama sikit"jelas Along manakala angah dan alang melayan karenah isteri masing masing.
"Hmm okay tapi cepat la sikit adik dah berjanggut tunggu dekat luar ni"ucap Alisya. Manakala Kartini menyadarkan tubuh di kereta.
"OK bagi kitorang 2 menit"along terus mematikan panggilan lalu bergerak keluar bersama keluarga yang lain dari airport menuju ke arah adik mereka.
"Sorry la adik jangan marah nanti abang belanja shopping baju"pujuk Angah bila melihat wajah Alisya yang masam mencuka.
"Janji ehh..ni kunci keta you guys naik kereta ni adik nak drive sendiri naik kereta adik sebab ada hal sikit nak buat"ucap Alisya sambil menyerahkan kunci kereta kepada Along setelah itu dia memeluk tubuh mereka semua termasuklah kakak ipar.
"Adik nanti malam kak long datang ke rumah nak bagi hadiah dekat adik dengan tini"ucap Kak long sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"OK kak long hati-hati semua"pesan Alisya lalu menyelinapkan diri ke tempat penumpang hadapan kerana dihalang oleh Kartini ketika mahu memandu.
"Sya abang abang kau tak tahu ke pasal 3 years ago?"soal Kartini yang telah memulakan perjalanan setelah kereta Alphard putih yang dipandu along hilang dari pandangan.
"Tak umi ngan abi aku rahsiahkan dari diorang bukan kau tak tahu abang abang aku tu macam mana overprotective sangat"sahut Alisya dia mula teringat akan Tengku Hairil yang berangkat ke Jepun hari ini pantas sahaja jari jemari Dia menaip mesej lalu dia hantar ke lelaki itu.
"Kau nak pergi mana lepas ni?"soal Kartini setelah membelok kereta mereka ke sebelah kanan.
"Hah"Alisya terus mematikan smartphone miliknya lalu memandang wajah Kartini ralit sangat mesej Tengku Hairil sampai tak sedar kawan dekat sebelah.
"Aku tanya kau nak pergi mana? Tahu la chat Pak we pun tapi please hormat orang single macam aku ni"Kartini senyum miring apabila bahunya ditampar Alisya.
"Mana ada Pak we mandai mandai kau ni.."sahut Alisya dia menyimpan smartphone ke dalam chest bag sebelum menyambung perbualan mereka. "Aku cadang kita pergi rumah kau la dah lama jugak aku tak lawat Mak ayah kau"
"Hmm ok tapi sebelum tu kau tak nak makan dulu ke?"soal Kartini yang masih focus memandu.
"Boleh jugak kau cari la tempat mana mana yang sedap aku ok je"sahut Alisya dengan anggukan kepala tanda setuju untuk menjamah sebelum pergi ke rumah Kartini.
"Hmm depan tu ada kedai makan kita singgah dekat situ la"Kartini terus memberi signal kanan sebelum masuk ke lorong itu.
Mereka berdua memilih meja yang berada di samping pintu mudah nak keluar.
"Sya tu bukan ex kau ke?"ucap Kartini setelah duduk di salah satu bangku dalam kedai makan tersebut manakala Alisya duduk bertentangan dengannya.
"Mana?"soal Alisya dengan sebelah kening terangkat memandang wajah Kartini.
"Tu... dia datang sini dengan bini dia aku rasa kau buat der je jangan gelabah"sahut Kartini dengan memasang wajah tenang apabila melihat Abang syah yang datang ke arah mereka.
"Hmm.. malaih aku nak layan"sahut Alisya sambil menunggu pelayan untuk mengambil order mereka.
"Ehh tengok siapa yang makan dekat sini?"tegur seorang lelaki dari arah tepi meja mereka siapa lagi kalau bukan lelaki tak guna tu Abang syah.
"Aik ingatkan dah mampus"bidas Alisya bola mata diputar ke atas tanda menyampah.
"Amboi bahasa tak tahu adab ke"ejek Abang syah sambil memeluk bahu wanita yang berdiri di sampingnya.
"Dengan orang macam kau aku tak reti nak beradab kan tini"Alisya sengaja mengunakan nada kasar apabila berbual dengan abang syah hati dia sakit bila teringat kisah 3 tahun lalu.
"Tak pa la aku datang sini pun bukan sebab penting sangat cuma nak bagitahu yang aku dah berjaya dan ada keluarga yang bahagia itu je"sahut Abang syah dia sengaja mahu menyakitkan hati Alisya sekiranya gadis dihadapan nya masih menaruh perasaan.
"La ada kita tanya ke babe"sampuk Kartini dengan mimik muka mengejek.
"Ha'ah aku rasa kita tak tanya pun pasal lalat ni kan"Alisya membahasakan Abang syah sebagai lalat.
"Well.. salah ke aku nak bagitahu by the way thanks la sebab support bisnes kedai makan aku"Abang syah mengalihkan topic perbualan dia terkedu dengan Alisya gadis tu sudah berubah dia dah tak mengenali Alisya yang dulu.
"Kitorang berdua bukannya tahu ni kedai kau tapi dah alang alang tu datang la sini nak makan nak support pekerja kau takut tak cukup gaji bulan depan sebab sale turun"bidas Kartini dia menyesal pulak cadang makan dekat sini kalau dia tahu la siapa pemilik kedai makan ni tak hingin kaki nak melangkah masuk.
"Aku cakap dengan kawan kau bukan kau..lagi satu kawan kau ni mesti single sebab masih tunggu aku kan"perli Abang syah dia sengaja menunjuk tingkah mesra bersama isterinya di hadapan Alisya.
"Ops sorry aku dah nak kahwin ok dan penganti aku lagi hebat dari kau yang tak seberapa ada hati nak menunjuk"sahut Alisya dia memandang wajah Abang syah dengan rasa meluat yang membuak buak.
"Tipu la kalau kau dah nak kahwin kalau betul mana bakal suami kau aku nak tengok"ucap Abang syah dia tak percaya yang Alisya dah ada penganti entah mengapa walaupun dia sudah bahagia tapi dia tak suka kalau Alisya mengecapi kebahagian.
"Dia busy kerja tapi kau jangan risau masa weeding aku nanti aku jemput kau anak beranak merasa majlis mewah"Alisya bangun dari tempat duduk dia mahu keluar dari situ tak sanggup nak berhadapan dengan orang tak sedar diri.
"See kawan aku tu laku satu tolak sepuluh yang datang berpusu pusu"sembur Kartini lalu meninggalkan kedai makan itu kalau Alisya meluat dia lagi sepuluh kali ganda meluat.
Alisya menyadarkan kepala di kerusi penumpang bahagian depan rasa marah dia dengan jantan tak guna tu dah semakin redup.
"Babe sorry argh terbawak kau kesini"ucap Kartini setelah menghidupkan enjin.
"Tak pa kau pun bukannya tahu tapi ok tak lakonan aku tadi"sahut Alisya dengan ketawa apabila mengingati raut wajah terkejut Abang syah sayang pulak dia tak snap tadi.
"Terbaik betul tapi siapa yang kau maksudkan penganti tu?"soal Kartini.
"Entah aku main cakap je nanti aku fikir lain macam mana nak tayang dekat lalat tu"sahut Alisya tadi dia main sembur je baru puas hati.
"Apa kata kau mintak tolong Tengku Hairil"cadang Kartini setelah berhenti di dalam satu cafe untuk menjadi tempat mereka menyantap tengah hari ni.
"Ha'ah jugak kan nanti dia balik dari jepun aku mintak tolong"Alisya setuju dengan cadangan Kartini mesti gigit jari abang syah bila tengok penganti Alisya.
Daud melihat rumah banglo dari jarak 10 meter dia dapat melihat dengan jelas mangsa dia malam ni. Rokok yang dijepit antara dua jari di masukkan ke dalam mulut kepulan asap mula memenuhi ruang kereta velfire putih. Salah satu anak buahnya membuka tingkap apabila tidak tahan dengan asap rokok yang dah macam jerebu.
"Kau dah settel semua ke plan kita?"soal Daud putung rokok dilemparkan ke luar tingkap. Mata dia tajam merenung ke arah sosok gadis yang sudah hilang disebalik pintu kayu.
"Dah boss lagi 5 menit team 1 akan ceroboh masuk"terang anak buahnya yang duduk di kerusi hadapan.
"Hmm..aku bagi sepuluh menit saja untuk musnahkan perempuan tu kalau tak kepala kau orang yang aku pancung"Daud menyadarkan tubuh di kerusi penumpang mata dia tak alih dari memandang rumah banglo encik Hasrul.
"Baik boss! Boss budak-budak kita tanya boss nak masuk sekali atau diorang yang akan musnahkan"soal anak buah Daud.
"Aku masuk! Biar aku sendiri yang hancurkan perempuan tu berani dia masuk campur urusan aku!"bentak Daud buku lima kanan mengena tepat cermin kereta kaca yang retak jatuh ke luar tingkap.
"OK boss"anak buah Daud memberi arahan kepada team yang lain untuk bersedia.
Alisya melihat tetamu yang memenuhi ruang tamu tak terlalu ramai yang datang kerana encik Hasrul hanya menjemput jiran sebelah rumah 2 3 orang saja serta ahli keluarga mereka.
"Adik.. Kartini tak datang ke? Akak ingat nak bagi hadiah ni dekat dia"soal kak long yang sudah berdiri di samping Alisya mereka berdua berdiri di sudut dapur kerana tak mahu menganggu perbualan tetamu.
"Tak dia cakap kena jaga ayah dia malam ni sebab mak hana kena pergi rumah Mak saudara dia"jelas Alisya tangan dia meneguk segelas air putih hilang sikit dahaga dekat tengkak.
"Ohh tak pe la kalau macam tu nanti adik tolong bagi dekat dia ya akak pergi depan dulu"kak long berlalu ke hadapan meninggalkan Alisya yang berdiri di sudut dapur.
"Ok..kak long"deringan ringtone no lie dua lipa memgenjutkan Alisya dari lamunan pantas saja jemari kanan menekan tombol hijau.
"Assalamualaikum..dear"kedengaran suara garau di sebalik panggilan mata Alisya terbutang apabila mengenali suara lelaki itu.
"Waalaikumussalam..kenapa awak call saya? "soal Alisya dengan perasaan yang campur aduk rasa gembira dan menyampah menyatu sekali.
"Cause I miss you.. "kedengaran suara serak basah dia cuping telinga Alisya serta merta muka dia merah padam.
'oh my god kenapa dengan aku ni kenapa aku macam suka bila dia cakap I miss you'kutuk Alisya dalam batinnya telapak tangan kiri diletakkan di dada bunyi dengupan jantung semakin melaju.
"Alisya.. Sayang.. You ada dekat situ ke?"soal Tengku Hairil apabila Alisya tidak memberi sebarang sahutan.
"Err.. Ya..saya ada ni awak nak apa kacau saya malam malam ni"acuh Alisya tangan kiri menampar perlahan pipi yang sudah merah padam tak kan dia dah suka dengan Tengku hairil kot... Arghh itu tak sepatutnya terjadi never!!.
"Alah I nak dengar suara buah hati I pun tak boleh ke? Dah la I datang jepun sorang-sorang you tak pity lansung dekat I ke? You know I miss you so much"keluh Tengku Hairil di sebalik panggilan dia sudah mula merindukan Alisya seolah olah masa dia hampa kalau tiada Alisya di sisi.
"Tak.. buat apa saya nak kesian dekat awak tak berbaloi pun tau"sahut Alisya kaki dia melangkah kearah kerusi lalu menghenyak punggungnya di situ.
"Hahaha I will make you tak boleh tinggalkan I"ugut Tengku Hairil dengan selang seli ketawa.
"Buat la saya cabar awak"ucap Alisya dia terus mematikan panggilan apabila mendengar kekecohan di living room.
"I will"Tengku Hairil merebahkan tubuh di sofa cabaran Alisya menusuk ke hatinya baru pertama kali ada orang berani cabar dia selama ni semua orang tunduk siap meluntut lagi.
"Adikkk!! Lari!!! Diorang nak bunuh kita!!! "teriak Puan nora yang sudah berada di hadapan pintu utama bersama encik Hasrul dia terpaksa melarikan diri keluar dari banglo mereka setelah beberapa orang lelaki bertopeng hitam mengugut mereka berdua. Apa yang boleh dia harapkan sekarang adalah kuasa yang maha kuasa menyelamatkan anak mereka.
"Lepaskan umi dengan abi aku!! Korang sapa argh kalau nak duit cakap aku boleh bagi!!!.."teriak Alisya dia sudah tak mengendahkan rasa ngilu di betis yang seakan menucuk. Manakala saat ini Farhan yang baru mendapat maklumat akan rumah encik Hasrul diserang segera menghantar beberapa orang anak buahnya menyelamatkan Alisya termasuk diri nya sendiri.
Daud yang bersembunyi di sebalik anak buahnya mula bersuara dia paling benci kalau perempuan tinggikan suara kerana dia mengangap derajat perempuan macam tapak kaki.
"Well we'll.. Mak bapak kau memang tak dak kena mengena..tapi kau.. Yang ada kena mengena"kelihatan tubuh sasa dengan suara garau di sebalik lelaki bertopeng hitam mula menampilkan dirinya di hadapan Alisya tanpa menutupi wajahnya.
"Kau nak apa?!"ucap Alisya tanpa rasa getar dia mula memasang kekuda silat gayong sebagai langkah jaga jaga.
"Kau dah rosakkan plan aku!!!..korang tunggu apalagi cepat tangkap budak ni dah tak sabar aku nak rasa tubuh dia"teriak Daud kepada anak buahnya. Alisya yang mendengar ucapan Daud tanpa menunggu lama dia lompat lalu menendang tepat mengenakan sasaran kepala.
"Jangan harap binatang macam kau boleh sentuh tubuh aku"teriak Alisya sambil lompat lalu menendang kepala Daud untuk kali kedua hingga tersungkur.
"Kurang ajar pompuan...."bentak Daud setelah bangun dia menyerang Alisya semula namun sia sia kerana gadis itu lebih pantas 2 kali ganda darinya.
"Shoot"arah Daud pada anak buahnya. Bola mata dia memerah memandang Alisya tangapan dia salah gadis Tengku Hairil bukan sebarangan orang.
Alisya segera merampas pistol dari badan salah satu lelaki bertopeng tanpa basa basi beberapa das tembakan tepat mengena sasaran. "Jahanam korang semua!!!.."maki Alisya setelah melihat Daud yang gagah tadi mula melarikan diri.
"Alisya jom keluar dari sini nyawa awak dalam bahaya"ucap Farhan yang baru tiba mata dia terbutang luas melihat 4 orang mayat lelaki bertopeng tergeletak di lantai marmar putih elegant. Darah segar hampir menutupi ruang lantai.
"Huh diorang yang dalam bahaya"sahut Alisya dengan tubuh dia hampir terjatuh ke lantai tapi pantas saja disambar oleh anak buah Farhan perempuan yang datang bersamanya tadi.
"Wow..Alisya awak hebat tapi now better kita pergi sebelum diorang datang balik dengan senjata yang lagi bagus"arah Farhan dia membantu anak buah dia memapah tubuh Alisya.
"Tak pa saya boleh jalan sendiri"Alisya menolak perlahan tangan Farhan yang mahu memegang bahunya dia tak rela kalau lelaki yang tiada ikatan sah dari sisi agama Islam memegang tubuh dia yang masih suci.
"Hmm..ok awak masuk dalam kereta dengan yana saya nak uruskan mayat mayat tu"ucap Farhan setelah Alisya masuk ke dalam dalam perut kereta.
"Farhan umi dengan Abi saya macam mana?"soal Alisya dengan cemas kening saling bertaut dia bertekad kalau jadi apa apa dekat encik Hasrul dan puan nora dia tak maafkan diri dia sampai bila-bila.
"Diorang dah ada dekat rumah hairil... Yana jaga awek boss baik baik"Farhan terus masuk ke dalam banglo encik Hasrul semula dia perlu selesaikan semua bukti bukti sebelum pihak berkuasa tahu akan kejadian ini.
"Ganas betul awek kau ril"ucap Farhan bibir dia dijuih ke depan sambil melihat tubuh tubuh lelaki yang sudah mengeras. Bau hanyir darah mula menyusuk ke hidung tanpa berlengah Farhan memberi arahan kepada anak buahnya untuk selesai apa yang patut.
"Hmm.. Awak yana kan? Boleh saya tanya satu soalan?"ucap Alisya setelah kereta Mitsubishi lancer proton ispira bewarna dark purple mula bergerak meninggalkan kawasan banglo encik Hasrul yang agak berselerak. Nasib baik semua tetamu selamat tanpa kecederaan.
"Boleh"sahut Yana mata focus memandang jalan raya yang agak lengang.
"Tengku hairil tahu tak pasal ni?"soal Alisya dengan teragak agak.
"Tahu boss dah ambil ticket flight pulang ke Malaysia hari ni jugak maybe esok pagi sampai"sahut yana bibir dia tersenyum melihat gelagat Alisya yang cemas.
"Emm.. Awak rasa apa yang Tengku hairil akan buat Ehh?"soal Alisya walaupun kedengaran seperti soalan orang bodoh.
"Maybe boss akan bunuh orang yang cuba cederakan cik"jelas Yana sambil memandu.
"Omg...tapi siapa diorang tu? Tiba tiba serang rumah saya apa pasal?"soal Alisya.
"Cik kita dah sampai jom saya hantar ke bilik.. "alih yana dia dah diberi peringatan oleh Farhan agar tak ceritakan apa apa dekat Alisya.
"Umi dengan Abi saya mana?"soal Alisya dia terpaksa tukar soalan apabila yana berdalih.
"Diorang dah ada dekat bilik tetamu"ucap yana dengan hati-hati dia memapah tubuh Alisya masuk ke dalam.
'Ish baru 2hari lepas aku keluar dari tempat puaka ni tup tup today kena suck balik'rungut Alisya setelah duduk semula di dalam bilik yang menjadi tempat tidur dia selama diculik oleh Tengku Hairil tempoh hari. Manakala yana terlebih dahulu meminta diri untuk turun ke lantai satu kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.
"Entah-entah ni semua plan Tengku hairil supaya aku balik semula ke sini and then aku tak boleh berpisah dengan dia"serkap jarang Alisya kedengaran logik dibenak fikirannya macam manalah dia nak larikan diri lelaki tu.....
sorry Ada masalah dngn system
Share this novel