Bab 16

Action Series 46880

Alisya lambat-lambat memulas tombol pintu setelah pintu bilik diketuk beberapa kali. Wajah Tengku Hairil tersembul di hadapan Alisya dengan tangan dia menghulurkan bag sandang Alisya semula.

"Apa yang Tengku nak?"soal Alisya kening kirinya terangkat sedikit kepada Tengku Hairil.

"I nak bagi bag you"sahut Tengku Hairil bag sandang bertukar tangan.

"Thanks"balas Alisya dia mahu menutup semula pintu tetapi dihalang oleh Tengku Hairil. "Tengku jangan macam-macam nanti penumbuk ni melekat dekat muka handsome Tengku tu baru tahu Alisya"dia mengempal penumbuk lalu diacukan kepada Tengku Hairil yang tersenggih senggih dah macam kerang busuk nampaknya.

"You tak nak balik ke or you memang suka tinggal dengan I"usik Tengku Hairil tangan kanan mengacak rambut Alisya tubuh dia terpaksa dibongkokkan sedikit untuk samakan ketinggian mereka.

"Erghh tak dak maknanya...tapi betul ka saya boleh balik?"soal Alisya tangan kanan menolak tubuh Tengku Hairil agar jauh darinya naik rimas kalau nafas lelaki tu pun dia boleh rasa.

"Yes, I bagi you 10 menit untuk siap kalau lambat I tarik balik niat I nak hantar you balik"Tengku Hairil menegak kan kembali tubuhnya melihat raut wajah Alisya yang cuak.

"Ok dalam masa 2 menit saya siap"Alisya menutup pintu lalu bergerak keluar arah wardrobe. Dia memakai semula bajunya yang telah dicuci oleh Kak hajar iaitu pembantu rumah Tengku Hairil. Tengku Hairil masih terpacak di hadapan pintu bilik Alisya tanpa berganjak walaupun sedikit. Setelah siap Alisya memulas tombol pintu.

"Astagfirullah,Tengku ni terkejut saya nasib tak dak sakit jantung kalau tak dah go rasanya"Alisya mengurut dada setelah terkejut melihat tubuh Tengku Hairil yang terpacak di hadapannya.

"You so cute honey"Tengku Hairil mencuit hidung Alisya yang tidak mancung naik merah muka Alisya menahan malu dengan pegawal-pegawal Tengku Hairil yang menertawakannya.

"Ish jangan sentuh sentuh saya I don't like it"rengus Alisya dia paling tak suka kalau orang bukan mahram suka sentuh sentuh tak tahu dosa ka.

"Whatever..jom breakfast I ada meeting pulak pukul 10 pagi satgi"Tengku Hairil menarik lengan Alisya yang berlapik dengan kemeja kotak-kotak.

"Tengku kereta saya tu macam mana kalau umi ngan abi tanya nak jawap apa?"soal Alisya yang sudah duduk bertentangan dengan Tengku Hairil di meja makan.

"You don't worry dear I tahu nak buat apa now makan"Tengku Hairil mencedok nasi goreng lalu diletakkan ke dalam pinggan kaca lalu diberikan kepada Alisya.

"Thanks"ucap Alisya selepas lafaz bismillah Alisya terus menyuap suapan pertama. Tiba-tiba lagu maroon 5 memories mengenjutkan dua insan yang sedang menikmati makanan.

"Honey you makan bagi habis tau I nak kena angkat call ni"ucap Tengku Hairil dengan senyuman mengoda di bibir gadis mana yang melihat mesti cair. Alisya mengangguk sambil melihat dengan ekor mata tubuh Tengku Hairil yang berjalan menuju ke rumah tamu.

Tengku Hairil menerima panggilan itu lalu iPhone 13 pro max diletakkan di cuping telinga kanan.
"Assalamualaikum ma,ada apa call ril?"

"Waalaikumussalam,mama call sebab nak bagitahu 2 hari lagi keluarga Hasrul ajak kita sekeluarga ke majlis di hotel fairy love pukul 8 malam"kedengaran suara puan ros di sebalik panggilan.

"Hmm...ok kalau kerja ril tak banyak ril pergi la"sahut Tengku Hairil.

"Kamu kena pergi jugak sebab Alisya dah balik ada la chance kamu nak ngorat dia"tegah Puan ros.

"Mama tahu mana yang Alisya dah balik papa ke bagitahu"soal Tengku Hairil dengan nada tenang sengaja dia buat buat tak tahu tentang keberadaan Alisya.

"Ha'ah papa kamu la bagitahu dia kata yang Hasrul nak jadikan majlis ni sebagai pertunangan kamu berdua"jelas puan ros dengan teruja bukannya apa 3 tahun dia tunggu nak jadikan Alisya menantu mintak-mintak kali ni menjadi la.

"Are you serious mama?"soal Tengku Hairil

"Yes tapi all of us kena rahsiahkan daripada Alisya"jelas Puan Ros.

"Ok mama I gotta go"ucap Tengku Hairil lalu menekan button merah untuk menutup panggilan.

"Yeah my wish came true"teriak Tengku Hairil mengejutkan isi rumah. Alisya yang baru sahaja menghabiskan sepinggan nasi goreng segera mendapatkan tubuh Tengku hairil yang berlompat lompat mengalahkan monyet.

"Tengku tak apa apa ka saya tengok dah teruk ni nak kena call rumah bahagia"soal Alisya.

"Nothing jom I hantar you balik"sahut Tengku Hairil lengan Alisya agar mengikuti langkahnya menuju ke arah kereta Mercedes hitam.

"Eh kejap Tengku tak nak makan nanti gastrik macam mana?"soal Alisya risau jugak dia kalau lelaki tu sakit nanti dia jugak yang susah.

"Nah it's okay I already full cause I dah makan sebelum panggil you tadi"sahut Tengku Hairil sambil membuka pintu kereta bahagian penumpang hadapan untuk Alisya.

"Why dear diam I ada buat salah ke?"soal Tengku Hairil yang telah meluncur laju keluar dari kawasan Markas menuju ke rumah Alisya yang memakan masa selama 45 menit.

"Diam pun tak boleh ka nak kena ada masalah dulu baru boleh diam"bidas Alisya dengan Tengku Hairil ni tak boleh cakap lembut lembut nanti cepat sangat masuk perangkap.

"Boleh tu boleh tapi I suka dengar your voice"usik Tengku Hairil yang focus memandu.

"Apa apa jala lambat lagi ka nak sampai?"soal Alisya naik jemu dia dengan Tengku Hairil.

"Lagi 10 menit sampai kenapa you nak cepat sangat lambat lambat kan lagi bagus boleh la you kenalkan lebih dalam tentang I your future husband"sahut Tengku Hairil dia sengaja memandu dengan kelajuan sederhana supaya dia dapat bersama dengan Alisya lebih lama.

"What? Future husband.. nak termuntah saya"geli Alisya dengan Tengku Hairil sapa la yang nak kahwin dengan dia fikir handsome sangat kerrr.

"Nasib you belum jadi isteri I lagi kalau tak dah lama I makan bibir merah you tu"sahut Tengku Hairil geram pulak dia dengan mulut pot pet Alisya bila dengan dia tak pernah nak cakap elok elok cuba la sopan sikit.

"Pervert"Alisya menjuih bibir menyampah dia dengan ugutan Tengku Hairil fikir dia takut ke.

"Tapi I pervert yang handsome tau untung you dapat I"puji Tengku Hairil kuat perasan betul la mamat ni.

"Dah La saya nak keluar dulu"baru sahaja Alisya mahu membuka pintu kereta tiba-tiba tangan dia disambar Tengku Hairil.

"Biar I yang buka kalau tak pipi you I kiss"gertak Tengku Hairil lalu keluar dari perut kereta untuk bukakan pintu for pujaan hati.

"Erghhh Tengku ni tak habis-habis ugut elok sangat ka perangai tu"Alisya memutarkan bola matanya kepada Tengku Hairil setelah dia keluar dari perut kereta.

"I memang elok pun you jangan la puji puji naik malu I macam ni"sahut Tengku hairil sambil berjalan mengikuti Alisya sehingga ke depan pintu rumah.

"Ish yang Tengku ikut saya ni kenapa balik la"soal Alisya dengan muka marah ingatkan dah sampai rumah tak perlu berkepit dengan mamat tu ni tak sampai depan pintu ikut

"I nak jumpa bakal mertua I salah ke?"Tengku hairil tidak mengendahkan rungutan Alisya sebaliknya dia menekan loceng beberapa kali supaya Tuan ruang datang menjemput nya masuk.

"Sapa bakal mertua Tengku setahu saya anak mak ton semua dah kahwin"sengaja Alisya buat buat tak faham dengan menayakan soalan bodoh.

"You ni tak faham or buat buat tak faham sape lagi kalau bukan parents you tu bakal mertua I"Tengku Hairil menarik pipi Alisya yang gebu geram dia dengan budak ni ikutkan hati nak saja tumbuk bagi lumat.

"Tengku fikir umi dengan abi berkenan ka dekat Tengku saya akan pujuk diorang jangan ambik Tengku jadi menantu"ugut Alisya dengan bangga apa fikir mamat tu sorang boleh ugutan ugut dia pun boleh la. Belum sempat Tengku Hairil membalas tubuh Puan Nora sudah terpacak di pintu rumah.

"Adik dah balik.. Amboi siap bawak Tengku Hairil lagi korang ada apa-apa ke?"sakat Puan Nora tangan dia dihulurkan ke arah Alisya Dan Tengku hairil untuk disalami oleh mereka.

"Mintak simpang malaikat empat puluh empat la orang gila ja nak dekat dia"sahut Alisya laju saja tubuh dia meloloskan diri ke dalam rumah.

"Ala aunty Sya malu nak bagitahu yang ril future husband dia"sampuk Tengku Hairil. Dah berpakat diorang berdua ni untuk kenakan Alisya.

"Hahahaha... adik mana kereta?"soal Puan Nora apabila tidak melihat kereta anak bongsunya di depan rumah melainkan hanya kereta Tengku Hairil sahaja.

Alisya menoleh ke arah Tengku Hairil untuk meminta bantuan tak kan dia nak bagitahu yang Tengku hairil culik dia bawak balik ke rumah lepas tu hantar dia balik boleh meroyan Puan Nora satgi. Tengku hairil tersenggih mana taknya tadi bukan main jual mahal sekarang mintak tolong dia pulak.

"Aunty tadi ril nampak kereta sya rosak dekat xxxxx jadi ril hantar kereta dia ke bengkel kawan ril dah alang alang satu jalan tu ril hantar la sya balik takut pulak nak bagi dia naik taksi zaman sekarang banyak kes jenayah"jelas Tengku hairil mana pulak datang idea kelentong dia tu.

"Oh terima kasih sebab hantar anak aunty balik macam ni la calon suami terbaik"puji Puan Nora. Terbutang mata Alisya apabila Puan Nora senang senang puji mamat tu kalau dia tahu cerita sebenar entah apa yang terjadi.

"Sama-sama aunty ril nak bawak Alisya ke office boleh"soal Tengku Hair kena LA mintak izin nak bawak anak dara orang.

"Boleh apa pulak tak boleh adik pergi bersiap hairil nak bawak adik keluar"arah Puan Nora kepada anak bongsunya yang berdiri di samping

"Tapi umi.. "belum sempat Alisya membalas Puan Nora terlebih dahulu menyampuk.

"Tak dak tapi tapi hairil dah hantar adik balik dengan selamat jadi adik kena la berterima kasih"bantah Puan Nora. Alisya masuk ke dalam bilik dengan perasaan kesal dia begang kenapa setiap kali Tengku hairil yang dibelakan sedangkan dia anak kandung.

"Hairil jemput la duduk dulu sementara tunggu Alisya"pelawa Puan Nora kepada Tengku Hairil agar duduk di sofa.

"Terima kasih by the way aunty mana uncle tak nampak pun?"soal Tengku Hairil apabila tidak nampak kelibat bakal ayah mertua dia sekitar.

"Uncle pergi meeting dengan client..aunty tengok hairil makin handsome sekarang"puji Puan Nora setelah dia perasan wajah lelaki yang duduk bertentangan dengannya bersih kalau tak mesti serabut dengan jambang dan rambut pun dah kemas.

"Hahaha...biasa biasa saja"sahut Tengku Hairil mata dia sekilas memandang jam menunjukkan pukul 9.00 pagi kelibat Alisya belum kelihatan.

"Tu Alisya dah turun"ucap Puan Nora apabila melihat Alisya yang baru turun dengan pakaian lengkap di tubuh dia mengenakan skirt labuh cream dan kemeja emerald diselit ke dalam serta sling bag elok disangkut di bahu.

"Ok la aunty ril pergi dulu assalamualaikum"ucap Tengku Hairil lalu menyarung kasut dia menunggu Alisya di depan pintu rumah.

"Waalaikumussalam adik jaga diri jangan susahkan hairil"pesan Puan Nora sambil mencium dahi Alisya.

Alisya yang baru sampai ke aras 6 di mana pejabat Tengku Hairil mata dia meliar sekeliling melihat beberapa orang pekerja yang memandang dia semacam kerana berdiri di samping boss mereka sapa lagi kalau bukan lelaki paling perasan dalam kamus hidup Alisya iaitu Tengku Hairil.

"Awak kena meeting lama ka?"soal Alisya dengan nada perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Tengku Hairil.

"Dalam sejam macam tu honey you boleh tunggu I kan"sahut Tengku Hairil yang masih mencari kelibat Farhan.

"Ril cepat la client dah tunggu"ucap Farhan setelah berdiri di hadapan sahabat yang merangkap boss.

"Kejap lagi aku datang kau pergi la masuk dulu"atah Tengku Hairil dia perlu bercakap dengan Alisya sebentar sebelum masuk ke dalam meeting room.

"Hmm cepat sikit jangan nak berdrama cinta sangat"usik Farhan lalu berjalan meninggalkan mereka.

"Dear you tunggu I dalam office I boleh kan?"soal Tengku Hairil kepada Alisya dia terpaksa membongkokkan tubuh supaya ketinggian mereka sama. Pekerja perempuan yang mendengar Tengku hairil memanggil Alisya 'dear's panas telinga dek rasa cemburu.

"Hmm ok mana office awak"sahut Alisya dia nak cepat cepat masuk dalam office Tengku Hairil apabila melihat ada mata yang memandang dia dengan perasaan tidak puas hati.

"Good girl"Tengku Hairil terus berjalan ke arah safiya untuk menghantar Alisya ke pejabatnya.

"Safiya tolong bawak my beautiful girl ke office I"arah Tengku Hairil kepada setiausaha nya itu. Alisya hanya diam tapi dalam masa yang dia berasa seronok apabila Tengku Hairil memanggil dia dengan gelaran 'beautiful girl's' boleh cair macam ni.

"Baik boss"sahut safiya dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

"Dear you tunggu I kalau nak apa-apa you bagitahu safiya or nak order ape ape I izin kan nanti I bayar"Tengku Hairil terus berjalan meninggalkan Alisya yang masih tercegang di hadapan safiya.

"Cik jom saya hantarkan ke office boss"ucap safiya dengan sopan Dia berjalan ke arah office Tengku hairil Alisya hanya mengikuti tanpa bersuara. Dia masih terkejut dengan tindakan Tengku Hairil kenapa lelaki tu sangat mengambil berat tentangnya.

"Cik kita dah sampai kalau cik nak apa-apa bagi tahu saya"ucap safiya yang mahu meninggalkan Alisya tak jadi apabila gadis itu memanggilnya.

"Hmm safiya kan.. awak boleh panggil saya Sya jangan la asyik cik cik saya rasa akward"ucap Alisya.

"Baik sya"ucap safiya lalu meninggalkan gadis itu banyak lagi kerja yang perlu dia settle. Alisya masuk ke dalam office Tengku Hairil terpegun dia melihat decorate pejabat Tengku hairil yang bertemakan classic sesuai dengan perwatakan lelaki yang dingin dan tak betul tu.

"Fuyoo besar jugak office dia ni"puji Alisya tanpa segan silu dia melabuhkan punggung dia atas sofa yang empuk. Sedang asyik meliar mata melihat keluasan pejabat Tengku Hairil lagu no lie dua lipa memgenjutkan dia dari lamunanya. Dengan pantas jari dia menekan button hijau setelah melihat nama pemanggil ialah Kartini.

"Assalamualaikum babe, kau Kat mana sekarang"soal Kartini.

"Waalaikumussalam aku dekat office Tengku Hairil kau apahal call aku"sahut Alisya malas dia nak berselindung dari Kartini lambat laun kawan dia sorang tu tahu jugak.

"Kau buat apa dekat office dia?"soal Kartini terkejut dia dulu bukan Alisya tak suka dengan mamat tu ni apahal pulak boleh ada dekat office tu.

"Panjang ceritanya.. lupakan hal tu.. ayah kau macam mana"dalih Alisya malas dia nak bagitahu macam mana dia boleh terjebak dengan mamat tu.

"Ni la sebab aku call kau operation ayah aku dah berjaya kau tahu tak diorang awalkan operation ayah aku dari masa yang ditetapkan"jelas Kartini.

"Alhamdulilah so ayah kau macam mana?"soal Alisya.

"Ayah aku dah stabil cuma sekarang dia belum sedar lagi apa apa pun Sya aku nak cakap terima kasih sebab tolong aku"ucap Kartini kalau bukan sebab Alisya belum tenth ayah dia dapat lakukan operation tu sebab kos dia tinggi.

"Dah la aku ok kau ada duit nak guna seminggu dua ni tak?"soal Alisya.

"Hmm duit tu ada cuma tak banyak la setakat sehari dua tu boleh la"jelas Kartini dia malu sekiranya perlu meminta bantuan Alisya sekali lagi.

"Tak pa kau jangan risau japgi aku transfer 2000 kau guna la duit tu sementara kau nak dapat kerja"ucap Alisya setelah mengecek balance bank miliknya masih berbaki 2020 ringgit.

"Sya tak payahla aku ada duit lagi kau pun dah banyak tolong aku"tolak Kartini.

"Tak payahla nak malu malu aku bukan kenal kau sehari dua dah bertahun aku kenal kau guna ja aku ikhlas nanti bila aku susah kau pulak tolong aku"pujuk Alisya dia tak mahu Kartini berasa terbeban.

"Terima kasih babe I love you so much"Kartini tak tahu berapa kali pun dia mengucapkan terima kasih masih tidak dapat menandingi budi Alisya.

"No hal aku dah transfer ke akaun kau hmm ok la babe aku cau dulu bye"Alisya mematikan panggilan dia menyadarkan kepala ke sofa sambil menyentuh peruk yang berbunyi.

"Hmm apa kata aku order makanan lapar sangat dah aku ni nak tunggu tengku memang kepunan aku"bebel Alisya jari dia menekan apps grab food yang menjadi pilihan utama dia selama ini.

"OK done"ucap Alisya yang telah selesai memilih menu yang dia sukai lagi 20 menit sampai la tu.
Tak memakan masa grab food telah terpacak di hadapan pintu bilik office Tengku Hairil.

"Semua sekali 30 ringgit cik"ucap lelaki yang berpakaian hijau sambil memegang makanan yang ditempah oleh Alisya.

'Alamak aku lupa nak ambik card ATM abi duit cash pun tak dak'rungut Alisya apabila memeriksa bag dompetnya.

"Emm awak boleh tunggu tak boyfriend saya tengah meeting nanti dia akan bayar now saya tak dak duit"ucap Alisya malu bukan kepalang lagi baru pertama kali berlaku dalam sejarah hidupnya.

"Ok tak pe lagipun lepas ni saya tak kena hantar makanan dah"sahut lelaki dengan sabar.

"Sorry"ucap Alisya perlahan kepala dia mencari cari sosok tubuh Tengku Hairil. 'Lambat lagi ka dia nak habis meeting'rungut Alisya di dalam batin.

"Tak pe"sahut lelaki itu dengan sabar menanti 'bf' Alisya.

"Ha tu pun dia"ucap Alisya kepada lelaki grab itu apabila melihat Tengku Hairil yang berjalan ke arahnya bersama Farhan. "Awak pinjam duit boleh tak?"soal Alisya apabila Tengku Hairil berdiri di hadapannya.

"Nak buat ape?"soal Tengku Hairil sebelum mengeluarkan dompet dari poket seluar.

"Nak bayar grab food"sahut Alisya dia menunduk malu kerana ego dia terpaksa jatuh di hadapan lelaki itu

"Berapa?"soal Tengku Hairil kepada lelaki grab food yang berdiri di sampingnya.

"30 ringgit bang"sahut lelaki itu.

"Ni seratus keep the change"ucap Tengku Hairil sambil tangan dia menghulurkan note purple kepada lelaki itu.

"Terima kasih abang"Lelaki itu memghulurkan makanannya kepada Tengku Hairil

"Sweet betul kau bro kalau macam tu aku pun nak jadi gf kau"bisik Farhan dia telinga Tengku Hairil sebelum berlalu pergi.

"Jom masuk mesti you dah lapar kan"ucap Tengku Hairil lalu menarik tangan Alisya masuk ke pejabat apabila melihat beberapa orang pekerja perempuan nya memandang serong kepada Alisya.

"Emm awak sorry susahkan awak bukan saya tak mau bayar cuma account saya dah negatif pastu lupa pulak nak ambik duit dekat abi"jelas Alisya sambil melihat Tengku Hairil yang menghidang makanan untuknya.

"It's okay honey duit I ni semua untuk you now you makan I nak sambung kerja make sure bagi habis jangan nak membazir"ucap Tengku Hairil sebelum bergerak keluar arah meja.

"Thank you"ucap Alisya perlahan. Tangan dia ligat memasukkan suapan demi suapan mee goreng dan ayam goreng spicy.

Ada tak laki macam hairil ni nak satu boleh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience