4 bulan sudah berlalu sejak kejadian Alisya makan malam di rumah Tengku zahid dia langsung tidak mengendahkan ucapan Tengku hairil dia juga telah lupa akan hal itu.
Alisya berlari anak mendapatkan Encik Hasrul dan Puan Nora yang sedang menikmati sarapan di meja makan sementara menunggu dirinya.
“Abi umi hari ni adik pergi kerja sendiri boleh lagipun adik kan dah dapat lesen memandu minggu lepas boleh kan?”soal Alisya dia menunjukkan expresi manja supaya mendapatkan kebenaran.
“Hmm kenapa nak pergi sendiri tempat kerja adik tu kan hotel abi nanti bazir minyak kereta”bantah Encik Hasrul dia tak mahu membiarkan anak gadis kesayangannya keluar seorang diri.
“Ala boleh la Abi lepas kerja adik nak keluar dengan kartini lama dah kitorang tak hang out umi boleh la adik janji akan jaga diri adik baik-baik so umi ngan abi jangan risau”pujuk Alisya dengan sedaya upaya dia tak mahu asyik pergi kerja dengan encik hasrul dia pun mahu juga keluar lepak dengan kawan lagipun bukan selalu kan.
“Abang bagi jala kesian pulak saya dekat adik dia tu selalu duduk dekat rumah dah macam katak bawah tempurung lagipun kalau awak tak bagi dia berdikari macam mana kalau lepas ni dia tinggal jauh dari kita awak rasa dia boleh survive ke”sampuk Puan Nora dia tak kisah kalau Alisya nak memandu sendiri asalkan pandai jaga diri.
“Hmm yala yala tapi adik kena janji yang adik kena balik rumah sebelum pukul 9 malam”Encik Hasrul terpaksalah mengalah kalau dah cinta hati masuk campur sekali. “Adik ni duit abi adik boleh la belanja Tini tu beli baju ka seluar ka makan ka whatever la asalkan you guys happy hang out and ni kunci kereta kelisa yang abi beli untuk adik minggu lepas jaga diri elok-elok”Encik Hasrul menghulurkan note purple 5 keping dengan kunci kereta kepada Alisya yang sudah duduk menikmati makanan di sampingnya puan nora hanya tersenyum sambil menikmati makanan.
“Thanks Abi Umi love you guys muahh”Alisya bangun dan cium pipi Encik Hasrul dan Puan Nora sebelum berangkat ke tempat kerja.
“Abang adik dah besar kan tapi dia tak mahu sambung belajar ka?”soal Puan Nora yang masih melihat kerusi yang menjadi tempat duduk Alisya tadi.
“Hmm pasal tu adik ada bagitahu saya yang dia nak belajar tahun depan maybe dia nak release tension untuk tahun ni”sahut Encik Hasrul yang sudah habis menyantap sepinggan nasi lemak sotong sambal yang dimasak oleh puan nora. “Sayang abang pergi dulu awak tu jangan buat kerja berat berat sangat kalau nak keluar dengan kawan keluar la saya izinkan”Encik Hasrul mencapai briefcase dan kot sebelum menapak ke pintu keluar. Puan Nora hanya mengangguk tanda faham.
Alisya melambai lambaikan tangan sebagai isyarat kepada Kartini untuk datang kemari. Kartini yang baru selesai menyarung kasut segera berlari anak mendapatkan Alisya yang berdiri di samping kereta kelisa bewarna gold.
“Oii sya kereta sapa ni kau curi ehh?”soal kartini acuh tak acuh sambil memerhati setiap inci kereta kelisa milik Alisya.
“Ha’ah aku curi pastu aku nak jadikan kau kambing hitam masuk jail boleh kan”seloroh Alisya
“Sebelum kau jadikan kambing hitam aku terlebih dahulu bunuh kau tapi ni betul betul la kereta sapa ni?”soal kartini
“Kereta aku la dah jom masuk lepas ni aku akan jadi driver free untuk kau”balas Alisya sebelum masuk ke dalam kereta.
“Aku ok ja nanti minyak kereta aku tolong bayar sekali deal ehh”sahut Kartini. Alisya mengangguk tanda setuju. Tidak berapa lama mereka berdua sampai ke tempat kerja.
“Tini balik satgi kita pi mall nak tak aku cadang nak beli baju dengan tengok wayang kau jangan risau abi aku bagi duit suruh belanja kau”ucap Alisya ketika berjalan menuju bahagian housekeeping bersama kartini.
“Aku ok je tapi aku malu la kalau macam ni satgi orang fikir aku kikis duit kau”sahut kartini serba salah jadinya nak tolak takut Alisya kecil hati tapi kalau terima rasa macam gunakan kawan.
“Tini kau pahal nak malu bagai habis sebelum ni pun ada ja kau belanja aku habis aku pun dikira kikis duit kau ka”balas Alisya dia tak kisah pun nak habiskan duit bila bersama kartini sebab dia tahu sahabat dia yang sorang ni tak kan ambil kesempatan.
“Hahahaha yela yela kita pergi now kita kena buat kerja dulu takut takut orang ingat kita curi tulang”sahut kartini tangan dia ligat mengambil peralatan untuk melakukan perkejaan mereka. Setelah itu mereka bergerak ke tingkat 2 untuk bersihkan beberapa bilik yang baru check out.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tengku Hairil menunggu seseorang di bilik gelap dia di sebelah Farhan yang sedang minum segelas juice apple dengan tangan dia bermain gadjet kesayangan dia itu.
“Oii paan lambat lagi ke diorang nak datang aku ada banyak kerja lagi nak settle ni”soal Tengku hairil kaki kanan dia disilang ke atas kaki kiri dengan tangan dia mendakap tubuh. Farhan memandang wajah Tengku hairil sebelum mengeluarkan suara.
“Sabar la kau ni dia dah masuk tu”sahut Farhan setelah menyedari kehadiran seseorang yang ditunggu sejak 5 menit yang lalu.
“Ha kau mana maklumat yang aku minta cepat sikit bagitahu aku tak de masa ni”arah Tengku hairil yang masih dalam kedudukanyang sama.
“Bos budak perempuan tu nama penuh dia Alisya binti hasrul, umur dia 18 tahun asal alor setar sebelum ni dia tinggal dekat kampung sebelum datang ke kuala lumpur sebab ayah dia ada buka cawangan hotel yang baru, dia bercadang nak sambung belajar dalam yang terdekat not sure when, status dia single lagi, dia ada seorang kawan perempuan diorang lebih kurang macam bff nama kartini, favourite colour dia putih, dia tinggal dengan family dia dekat damansara, dia minat sangat cerita anime, sekarang dia kerja dekat hotel ayah dia iaitu Encik Hasrul sebagai housekeeping petang ni dia dengan kawan dia nak ke mall xxxxxxx hmm itu saja maklumat yang saya dapat tapi bos jangan risau saya akan siasat lagi”jelas lelaki itu dengan suara garau tinggi dia lebih kurang Farhan.
“Hmm ok kau boleh pergi sekarang”arah Tengku hairil Daniel “Paan jom balik office aku nak kena settle kerja aku cepat sebab aku tak sabar nak stalk my girl”Tengku hairil terus keluar dari bilik gelap menuju ke tempat parking. Farhan mengikuti tanpa banyak bicara malas dah dia nak nasihat tapi kalau dah tuan badan berkeras juga terpaksalah dia mengalah. Setelah itu, kereta Mercedes putih meluncur aju menuju ke syarikat T&T holding berhad.
“My girl lepas ni semua pasal you I dah tahu you wait and see”ucap Tengku hairil sendirian sebelum melanjutkan pekerjaan tiba tiba rasa semangat nak settelkan kerja datang dia dapat selesaikan fail yang bertampuk selama 2 jam saja hebat kan.
Farhan hanya diamkan diri kalau itu saja cara dapat bahagiakan kawannya dia biarkan asalkan jangan melampau.
Alisya berjalan beriringan dengan kartini menuju ke kereta kelisa miliknya apabila sampai dia melihat sekeping nota tersidai indah di bawah wiper.
“Sya kau ada secret admire tak heran la kau kan cantik”ucap kartini tangan dia laju saya membaca isi yang ditulis.
Alisya
‘My girl you cannot run from me’
From your, future husband
“Kepala kau tini agak agak la secret admire nak tulis macam ni dah jom cepat masuk dah meremang bulu tengkuk aku”ucap Alisya dia merampas nota yang dipegang oleh kartini lalu masuk ke dalam perut kereta. Kartini juga masuk ke dalam dengan cepat.
“Ha’ah kan creepy jugak nota ni ade ke patut dia tulis you cannot run from me psiko agaknya orang ni”sahut kartini setelah sel otak dia berfungsi.
“Tula kita fikir positif maybe dia silap orang kot mana la tahu orang yang dia suka tu nama sama ngan aku kan”kereta yang dipandu Alisya meluncur laju keluar dari tempat parking sebelum pergi Alisya dah menghantar mesej dalam family group jadi tak da la encik hasrul dengan Puan Nora risau.
“Kau ni dari dllu asyik positif ja apa apa pun aku harap sangat dia silap orang aku tak nak kehilangan kawan aku”kartini ketawa bila mendengar tahap positif kawan dia ni kalau dia la dah kecut perut agaknya.
“Ish kau ni betul la kalau kita bersangka baik tak da perkara buruk berlaku betul la kan”sahut Alisya dengan tangan dia menyerong stereng sebelah kanan untuk masuk ke kawasan mall.
“Yela yela menang kat kau tapi sekarang kit nak buat apa dulu”soal kartini.
“Hmm kita makan dulu nak tak lepas tu shopping baju nak tengok wayang tak sempat kot sebab abi suruh aku balik sebelum pukul 9 malam”sahut alisya yang sudah keluar dari pintu kereta kartini juga mengikutinya.
“Hmm ok aku tak de hal jom kita makan dekat café tu”balas kartini dengan menarik tangan Alisya agar mengikuti langkah kakinya.
“Yes what do you want order”soal seorang remaja perempuan yang seumuran dengan mereka berdua sambil menunggu Alisya dan kartini yang masih membelek belek menu.
“I want nasi ayam dengan air milo ais pastu ice cream vanilla after meal”mulut alisya laju saja membuat pesanan kepada gadis itu. “Tini kau nak apa”soal Alisya kerana kartini masih melihat menu.
“Aku nak makan char keow teow seafood dengan sirap lima itu je”sahut kartini setelah puas mentelaah buku menu. Alisya mengangguk lalu memberitahu kepada pelayan itu.
“Ok saya repeat sekali lagi ye, 1 nasi ayam, 1 milo ais, 1 ice cream after meal, 1 char keow teow seafood and 1 sirap limau betul kan”ucap pelayan itu.Alisya dan kartini hanya mengangguk sebelum kembali berborak setelah pelayan itu pergi.
“Sya kau nak sambung belajar bila?”soal kartini dia memandang tepat wajah Alisya.
“Maybe bulan February next years ni kot sebab aku ada dapat tawaran sambung belajar ke luar negara biasiswa penuh”Alisya membalas bersahaja. “And kau nak tahu tak Tini aku ada berita happy nak bagitahu kau”ucap Alisya mata dia bercahaya tidal sabar untuk menyampaikan berita itu kepada Kartini.
“Ape??? Yang happy sangat tu kau nak kahwin ke?”teka kartini basa basi.
“Ish kau ni bukan pasal kahwin ni pasal belajar la kau pun dapat tawaran yang sama dengan aku kita berdua dapat sambung belajar ke luar negara and dapat biasiswa penuh….. Mesti kau tertanya macam mana aku tahu kan?”jelas Alisya dia mengangkat kening kepada kartini.
“Macam kau tahu?”soal kartini dia focus mendengar ucapan Alisya tak sangka cita cita dia untuk sambung belajar tercapai juga akhirnya.
“Hahahaha kau silap letak alamat yang kau letak alamat rumah aku tu dah kenapa”balas Alisya dengan ketawa yang agak kuat beberapa orang memandang nya.
“Hahaha aku tak perasan wey nasib aku letak alamat rumah kau kalau aku bubuh alamat pelik pelik sampai tahun depan la aku tak dapat tahu”seloroh kartini membalas. Mereka berdua ketawa dengan selang seli berborak sehingga makanan sampai. Setelah itu mereka berdua menikmati makanan.
Kartini berjalan ke arah Alisya setelah selesai melakukan panggilan.“Sya aku tak boleh balik dengan kau la sebab ibu aku ajak pergi supermarket dia dah tunggu aku dekat depan mall ni sorry ehh”jelas kartini.
“Tak pa ibu kau lebih penting kalau macam tu kau gerak la dulu aku nak duduk sini kejap sebelum balik”sahut Alisya lalu duduk di kerusi sementara menghilangkan rasa penat.
“Hmm ok thanks sebab belanja aku take care”balas kartini lalu meninggalkan tubuh Alisya yang masih duduk di kerusi dengan tangan dia penuh dengan beg shopping.
“Hi my girl, seronok shopping kalau tak cukup I boleh belanja lagi duit I kan untuk you”tegur seorang lelaki yang duduk di hadapan Alisya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.
“Tengku buat apa dekat sini lepas tu ikut suka ja panggil saya my girl apa ingat saya ni anak patung ka”bidas Alisya tanpa takut dia ni menyampah la dengan Tengku hairil ingatkan makan malam di rumah Tengku zahid adalah kali terakhir diorang berjumpa.
‘Ish apa pulak la mamat sewel ni datang sini hilang terus mood aku'getus Alisya di dalam hati nak kata depan depan rtakut hilang rasa sabar dia.
“Comel la you ni bila marah, by the way you datang dengan sape?”soal Tengku hairil dengan lembut biarlah Alisya nak layan dia macam mana sekali pun tapi dia tetap akan berbaik selagi tahap kesabaran dia tak tercabar.
“Saya nak datang dengan sapa pun ikut suka hati saya la dah tepi saya nak balik makin lama duduk sini makin sesak nafas bila jumpa orang macam Tengku”sahut Alisya dengan pantas kaki dia meninggalkan Tengku hairil yang masih tersenyum senyum kearah nya.
“Meh sini shopping bag tu I tolong bawakan”pelawa Tengku hairil dengan cuba mengambil dari tangan Alisya namun dengan patas gadis tersebut memindahkan shopping bag yang dipegang tangan kiri kepada tangan kanan.
“Jual mahal betul you nak balik dengan apa ni nak I hantar tak?”soal Tengku hairil setelah dia dan Alisya berada di luar mall atau lebih tepat tempat parking.
“Tak payah susah susah saya balik sendiri dah tepi menyemak ja”bidas Alisya dia segera meloloskan diri ke dalam kereta belum sempat dia menutup pintu Tengku hairil menahan dengan tangan kanannya. Tengku hairil mendekatkan wajahnya di muka Alisya.
“Ish Tengku ni memang tak dak adab ka suka suka hati nak dekat dengan anak dara orang saya hempuk kepala Tengku baru tahu”amarah Alisya sudah tidak dapat dibendung lagi dia rasa menyampah betul lelaki ni apa masalah dia pun tak tahu la.
“Hmm dengan orang lain mungkin I ade adab tapi bila dengan you I terus tak tahu nak beradap by the way you tak boleh ke nak cakap lembut lembut dengan I macam you cakap dengan lelaki lain”sahut Tengku hairil setelah menjauhkan wajahnya.
“Tengku boleh pi dak saya nak kena balik dah ni”ucap Alisya dia menarik pintu yang ditahan oleh Tengku hairil dengan sekuat hati sehingga dia berjaya tutup tanpa berlengah Alisya lock dari dalam. Dengan cepat kereta yang dipandu Alisya meluncur laju keluar dari kawasan parking.
“You so sweet I akan buat you tak boleh lari dari I”Tengku hairil bersiul sambil masuk ked lam kereta Mercedes miliknya.
“Eiiiii!!!!! Geram aku dengan mamat tu tak habis habis kacau aku!!! Tak pa aku berdoa setiap hari supaya aku tak perlu jumpa dia lagi”teriak Alisya. Tak makan masa yang lama kereta dia sudah selamat parking di hadapan rumah bangle milik encik hasrul.
“Adik sekarang dah pukul 9.10 malam kan dah janji dengan abi sebelum pukul 9 adik dah balik”ucap Encik Hasrul yang berdiri di hadapan Alisya yang masih berdiri di hadapan pintu. Puan Nora yang masih bertelekung bergegas keluar dari bilik solat apabila mendengar suara suaminya yang sedang memarah seseorang.
“Sorry abi tadi adik lambat sikit sebab berehat sat kaki adik lenguh sebab shopping lama sangat”balas Alisya dengan menunduk dia tak berani nak pandang wajah encik hasrul.
“Bang sudah la tu adik tak sengaja tu balik lambat… Adik kali ni ja umi bagi peluang kalau lepas ni adik lambat lagi siap adik”sampuk Puan Nora dia mengusap bahu encik hasrul agar tidak mengikut perasaan.
“Ingat adik sekarang pergi mandi lepas tu solat and then abii nak adik tidur dengar tak abi cakap apa”arah Encik Hasrul dia tak mahu bagi muka sangat takut naik lemak.
“Dengar”balas Alisya lalu berjalan ke tingkat dua menuju ke biliknya.
“Ni semua sebab mamat sewel tu ish aku mintak sangat lepas ni aku dah tak jumpa dia buat sakit hati ja”bebel Alisya sambil mencapai tuala mandi lalu menghilangkan dirinya di sebalik pintu kamar mandi. USai solat dia terus memejamkan mata.
“Bang awak jangan la keras sangat dengan adik tu sampai semua benda nak dikonkong nanti dia memberontak bang”tegur Puan Nora setelah berbaring di samping suaminya.
“Bukan macam tu sayang saya cuma tak nak adik tu naik lemak awak bukan tak tahu budak zaman sekarang ni macam mana”balas Encik Hasrul dia juga menyedari sifat dia yang selalu mengongkong Alisya tapi nak buat macam mana cuma Alisya ja anak perempuan yang dia ada lagi lagi anak bongsu mesti la kena dikawal ketat.
“Hmm ikut abang la jangan kata saya tak pesan ok la saya tidur dulu.. assalamuualaikum”sahut Puan Nora lalu melelapkan mata dia dah malas nak tegur suami dia yang sorang ni keras kepala betul.
“Waalaikumussalam”balas Encik hasrul dia juga memejamkan mata setelah memandang jam dinding yang menujuk angka 12 malam.
Share this novel