Bab 12

Action Series 46880

3 tahun berlalu...
Alisya menyelit rambut di belakang telinga.Dia membuang pandangan ke arah orang yang lalu lalang di pintu airport. Betulkah keputusan untuk dia pulang ke Malaysia? Macam mana dia nak berdepan dengan puan nora dan encik Hasrul? Itulah yang selalu bermain dalam fikiran sejak dua menjak ni ikutkan hati dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan dua insan itu tapi dia perlu juga membetulkan kesalahan yang telah dia lakukan. Dari jauh Alisya dapat melihat dengan jelas dua sosok tubuh berlainan jantina datang ke arahnya dengan tergesa gesa iaitu Sharon dan Edwin.

"Sya are you sure nak balik sekarang? Tak nak ikut trip ke Italy dulu ke?"soal Sharon dia mahu memujuk Alisya untuk kali terakhir sebelum rakannya itu pulang ke Malaysia.

"Yeah I'm sure.. if ada rezeki kita jumpa lagi,I gonna miss you two"Alisya bangun memeluk tubuh sharon dia terpaksa menginjat kaki untuk samakan ketinggian mereka.

"Me too.. take care.. if you have problem remember call me.. I always be with you"pesan Sharon dia merungkai pelukan Alisya. Nak lepaskan wanita itu pergi rasa sukar sepanjang 3 tahun bersama Alisya adalah orang pertama yang sudi menjadi sahabatnya.

"You too.. Edwin take care her.."Alisya meletakkan tangan di bahu tanda perpisahan kepada Edwin. Dia berusaha menjaga batas yang telah ditetapkan dalam Islam walaupun sukar tapi dia tidak akan putus asa.

"I will"Edwin memberi sengihan kepada Alisya. Sepanjang 3 tahun bersama.. suka dan duka mereka rasai mengakrabkan lagi hubungan bersama.

"Hmm.. bye guys aku gerak lu assalamualaikum"Alisya melambai lambai kan tangan sebelum bergerak masuk bag sandang yang dipegang dengan tangan kanan digalas atas bahu. Senyuman terakhir diberikan sebelum dia menghilangkan diri dalam keremunan orang ramai.

"Waalaikumusalam"ucap mereka berdua serentak.

"Honey let's go we gonna late now"Edwin berjalan keluar dari airport sesak nafas bila terhimpit dengan orang-orang.Tangan kanan menarik lengan Sharon yang ditutup dengan baju lengan panjang agar keluar dari situ.

Alisya memasukkan bag sandang ke dalam cabinet sebelum duduk di kerusi bahagian tingkap. Pandangan dia menatap ke arah depan.Tidak banyak penumpang yang naik bersama mungkin hanya 40 orang bahagian economy. Perjalanan yang sehala memerlukan masa 20 jam untuk sampai ke destinasi. Alisya melihat sekilas jam tangan menunjukkan pukul 8 pagi mungkin dia akan sampai ke Malaysia dalam pukul 4 pagi mengikut waktu tempatan Barcelona. Malas Alisya nak mendengar pengumuman cabin crew dia lebih memilih untuk tidur sepanjang perjalanan.

Sesudah sampai..
Alisya memandang sekeliling keadaan airport yang lengang tak ramai orang yang berkeliaran dia melihat waktu di smartphone mengikut waktu tempatan Malaysia menunjukkan pukul 9 malam. Tanpa berlengah kaki dia berjalan keluar menuju ke arah grab yang baru sampai.

"Miss where you want go?"soal pemandu grab perempuan elok bertudung kulit yang sedikit gelap menghasilkam satu daya tarikan.

"Damansara"sahut Alisya setelah membetulkan tempat duduk penumpang hadapan supaya lebih selesa bag sandang diletakkan di atas paha.

"Miss this your first time come Malaysia? "soal pemandu wanita itu dia mengangap Alisya seorang pelancong mana taknya muka dia langsung tak dak iras macam orang Malaysia yang kebanyakkan kulit sawo matang.

"Hahaha I orang Malaysia la baru habis study dekat overseas"sahut Alisya dia menggunakan bahasa melayu takut dianggap lupa bahasa ibunda.

"Sorry miss I thought you pelancong your face. look like thailand people"Alisya geli hati dengan pemandu wanita grab haish mentang mentang raut wajah macam orang thailand sampai hati tuduh dia pelancong.

"Hahaha tak pa I dah biasa you dah lama ka bawak grab?"soal Alisya niat mahu beramah tak sanggup dia nak hadap kalau perjalanan ke rumahnya dalam keadaan sunyi sepi walaupun sekitar 20 menit.

"Dalam dua tahun macam tu tapi ni kerja part time I siang-siang I ada class so malam-malam I decide jadi grab cari duit lebih"selamba sahaja wanita itu membalas ini kali pertama dia mendapat penumpang ramah macam Alisya kalau tak selalu yang naik mesti sombong and yang paling teruk ada yang jenis suka lampiaskan kemarahan kepada dirinya.

"Bagus la I pun masa belajar selalu buat part time at least tak bebankan orang"Alisya membuang pandangan ke hadapan jalan lengang cuma ada 2 3 buah kereta memotong kereta mereka.Alisya sengaja menyuruh wanita memandu dengan kelajuan sederhana dia mahu mengumpulkan keberanian terlebih dahulu untuk berdepan dengan dua insan itu.

"Miss umur berapa?"soal wanita itu.Tangan dia focus mengawal stereng kereta.

"Umur 22"sahut Alisya singkat. Sekali sekala mata dia memandang wajah wanita itu. Dia seakan tertarik dengan kain yang menutupi kepala wanita itu. Bukan dia tak mahu menutup aurat sepenuhnya cuma masih belum bersedia.

"What? tapi you nampak macam umur 18 look younger that your age"puji wanita itu. Naik kembang kempis hidung Alisya apabila mendengar pujian wanita itu.

"Hahaha ada ada la you ni... Ha ni rumah I you boleh berhenti dekat sini"Alisya menunjukkan rumah banglo 2 tingkat yang diberi design modern dengan jari telunjuk.

"Ok semua 15 ringgit"wanita itu bersuara.

"Nah ni 100 keep the change I ikhlas"Alisya mengeluarkan sekeping note purple lalu dihulurkan kepada wanita itu.

"Alhamdulilah thanks miss"wanita itu menyambut huluran Alisya dengan senyuman. Bersyukur sangat-sangat jumpa penumpang macam empunya badan. Rezeki Allah nak bagi siapa yang tahu.

"Ni rezeki Allah yang telah tetapkan I cuma perantaraan ja I turun dulu assalamualaikum"Alisya keluar dari perut kereta dia memandang sekilas wanita itu sebelum bergerak masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Waalaikumussalam"kereta wanita itu terus meluncur laju dari kawasan rumah banglo itu. Memandang kan dia masih ada satu trip lagi sebelum selesai melakukan kerja part time.

Alisya meneguk air liur sebelum masuk ke dalam rumah dengan lafaz bismillah tombol pintu dipulas nasib tidak dikunci. Kaki Alisya bagaikan di gam bila melihat dua sosok tubuh insan yang amat dia rindui. Iris mata melihat wajah itu selang seli tiada kata-kata yang dapat diungkapkap ketika ini kerana takut dalam masa yang sama rindu.

"Umi dengan Abi boleh pukul adik.. adik terima apa saja hukuman umi dan abi"Alisya meluntut ke lantai kepala dia menunduk ke bawah tak sanggup melihat wajah orang yang dia sayangi terluka atas tindakan gila dia selama 3 tahun.

"Adik pergi mana? Abi rindu dengan adik.. maafkan Abi sebab buat keputusan bodoh tu"Encik Hasrul terus memeluk tubuh Alisya yang ramping. Sang pencipta telah mendengar doanya yang dipanjatkan setiap malam dalam solat tahajud.

"Sorry abi..adik pergi sambung belajar... adik tahu umi dengan Abi mesti benci adik.. kalau umi dan Abi nak halau adik...adik boleh pergi sekarang"terketar ketar bibir Alisya mengungkap kan isi hati dalam pelukan Encik Hasrul.

"Adik cakap apa ni? Umi tak kan halau adik...i love you so much girl maafkan umi sebab paksa adik kahwin"meluru tubuh Puan Nora memeluk anak bongsu yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Ibu mana dekat dunia ni yang sanggup menghalau anak keluar dari rumah kalau ada pun mungkin terpaksa. Sebab tu Allah jadikan wanita yang melahirkan anak kerana rasa kasih dan sayang yang disemat dalam nuraini mereka.

"Umi..Abi... a.. adik min.. mintak maaf..adik dah kecewakan umi dan abi...tapi waktu tu adik belum bersedia mungkin sekarang pun belum bersedia"tergagap gagap Alisya meluahkan isi hati. Selama tiga tahun menetap di Barcelona hati dia tidak tenteram memikirkan ayah dan ibu di Malaysia.

"Tak pa bukan salah adik tapi salah abi sebab paksa adik kahwin... tapi adik jangan pergi lagi ya"Tubuh Alisya dipapah encik Hasrul untuk berdiri. Lutut dia lemah hampir jatuh bertemu bumi namun dengan cepat Encik Hasrul memaut lengan Alisya agar berdiri utuh di hadapannya.

"Adik janji tak akan pergi lagi"Alisya memeluk tubuh Puan Nora dan Encik Hasrul dalam satu pelukan yang besar. Dia seolah-olah tak mahu melepaskan pelukan itu rasa bagaikan mahu digam saja.

"Good girl..adik dah makan?"soal Puan Nora sengaja mengalihkan topic perbualan dia tak mahu terus menerus menjadi watak utama dalam drama air mata.

"Belum.. umi ada masak benda yang sedap ka?"Alisya mengusap perut yang berbunyi.Nasib dah sampai rumah baru nak bunyi kalau dekat dalam flight tadi mesti malu tahap gaban.

"Adik nak makan apa? Bagitahu ja umi masakkan"Puan Nora merungkai pelukan Alisya. Wajah anak bongsu ditatap dengan penuh rasa sayang.Encik Hasrul meletakkan tangan di atas bahu Alisya.

"Masak Maggie tomyam ja la umi.. dah lama adik kepunan nak makan"sahut Alisya. Fikiran dia mula terbayang bayang kan semangkuk Maggie Tom yam ayam campur seafood kena pula dengan air milo ais memang sedap habis. Dekat Barcelona mana ada makanan macam tu.

"Boleh adik pergi la mandi dulu nanti turun makan"Puan Nora berjalan ke arah dapur.Dah lama semangat memasak dia tak menghantui tu pun sebab Alisya pergi tinggalkan mereka.

"Sayang!Abang pun nak jugak"teriak Encik Hasrul sengaja dia naikkan suara niat di hati mahu menganggu isteri tercinta.

"Saya tak pekak lagi"getus Puan Nora sebelum tubuh dia hilang di sebalik pintu yang menyatukan dapur dan dining hall.

"Hahaha abi kena marah dengan umi"usik Alisya dia berlari menaiki anak tangga kalau lambat dah lama kena ketuk dengan lelaki separuh abad itu.
Encik Hasrul mengeleng gelengkan kepala tak larat dia nak layan anak bongsu yang keanak anakan tu.

Usai mandi, Alisya turun ke bawah untuk menyantap Maggie Tom yam kecur liur bila terbayang. Tak lupa juga dia mencapai segulung sijil bewarna emas untuk ditunjukkan kepada puan nora dan Encik Hasrul.

"Umi tak makan ka?"soal Alisya dia menarik kerusi yang bertentangan dengan Puan Nora lalu melabuhkan punggungnya dia atas kerusi kayu beralaskan kusyen.

"Tak umi dah kenyang adik dengan abi makan la"sahut Puan Nora dia memandang sekilas segulung kertas bewarna emas yang diletakkan di atas meja bersebelahan mangkuk Maggie Tom yam Alisya.

"Hahaha kenyang la sangat bukan kitorang tak tahu yang awak tak suka Tom yam kan adik"sakat Encik Hasrul. Satu tamparan lembut dihadiahkan oleh puan Nora mengena bahu lelaki separuh abad itu.

"Haha kan dah kena abi"seloroh Alisya kepada encik Hasrul apabila bahu lelaki itu ditampar oleh Puan Nora.

"Adik tu kertas apa? boleh umi tengok"soal Puan Nora dengan senyuman manis dihadiahkan kepada Alisya.

"Ni la yang adik nak tunjukkan sijil diploma adik"Alisya menghulurkan sijil itu kepada Puan Nora sebelum masukkan suapan pertama ke dalam mulut.

"Alhamdulilah bangga nya umi dengan adik.. abang tengok la sijil diploma adik ni 4 flat bang"puji Puan Nora tangga dia menunjukkan sijil diploma kepada Encik Hasrul.

"Tarniah adik.. tapi lepas ni Abi tak mau adik kerja duduk rumah ja"ucap Encik Hasrul dia mahu lepas ni Alisya sentiasa ada di rumah mudah untuk dia kawal.

"Ala.. Abi nanti adik tak dak duit la nak shopping"keluh Alisya menyesal pulak dia tunjukkan sijil tu kan dah kena. Puan Nora pula menyokong cadangan Encik Hasrul mereka tak mahu kejadian tiga tahun lalu berulang kembali.

"Duit tu nanti Abi bagi tiap-tiap bulan esok Abi bagi card ATM abi adik guna ja card tu bila nak shopping keputusan Abi muktamad"tegas Encik Hasrul memberitahu Alisya.

"Hmm.. ok"sahut Alisya malas nak bersuara lebih lebih bila dah encik Hasrul kata muktamad tidak ada celah lagi dia mahu mengelak.

"Jom selfie along angah dengan alang mesti happy bila dapat tahu adik balik dengan sijil diploma"alih Puan Nora tak mau rosakkan mood happy.

"Jom guna phone abi memori adik dah full"Alisya mengambil iPhone encik Hasrul yang terletak di meja makan tanpa berlengah tangan dia menekan icon camera. Klik..satu kepingan gambar berjaya ditangkap Alisya menghantar gambar tersebut ke dalam group family

"OK dah umi adik nak masuk tidur dulu"ucap Alisya dia menapak masuk ke dalam bilik. Setelah selesai mencuci tangan dan mulut. Puan Nora dan Encik Hasrul mengangguk mata mereka masih melihat tubuh Alisya yang menaiki anak tangan dengan perlahan lahan.

"Abang awak nak teruskan jugak ka plan tu?"soal Puan Nora setelah tubuh Alisya tiada lagi di anak tangga.

"Hmm saya nak teruskan juga kesian pulak saya dengan budak hairil tu dah teruk sangat dah tu"sahut Encik Hasrul yang baru selesai menyantap semangkuk Maggie Tom yam.

"Ikut awak la tapi kali ni mesti jadi jangan bagitahu adik lagi takut jugak dia lari"Puan Nora mengangkat mangkuk ke singki sebelum dicuci oleh Mak Ton

"Hmm ok"sahut Encik Hasrul kaki dia melangkah ke living room mahu membaca surat khabar terlebih dahulu sebelum masuk tidur manakala Puan Nora telah masuk bilik kerana terlalu memgantuk.

sorry saya terpaksa delete bab ni sbb dia tertukar kedudukan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience