Bab 18

Action Series 46880

Tengku Hairil berdiri di hadapan Kevin yang sudah longlai di atas kerusi. Farhan mengacukan pistol tepat di kepala Kevin untuk mengugut lelaki berbangsa cina itu supaya memberitahu siapakah dalang di sebaliknya.

"Tolong jangan tembak wa..kesian dekat anak bini wa"rayu Kevin perlahan kerana bibir dia hampir pecah akibat pukulan dari anak buah Tengku hairil.

"Kau bagitahu aku sebab apa aku tak boleh tembak aku tanya elok elok kau tak mau bagitahu and then rasakan nasib kau"ejek Tengku Hairil langsung tidak ada detik penyesalan di lubuk hatinya.

"Wa janji akan bagitahu lu tapi wa mintak lu tolong jaga anak bini wa diolang dalam bahaya"sahut Kevin dia dah tak kisah untuk bocorkan maklumat asalkan keluarga dia dalam keadaan selamat.

"Aku tak janji tapi aku nak dengar dulu siapa yang plan semua ni aku bagi kau masa 10 saat untuk jelaskan kalau kau tak nak bagitahu nyawa kau dan family kau akan melayang"Tengku Hairil mencengkam pipi Kevin yang dipenuhi dengan darah segar. Siapa yang tak tahan mesti dah muntah dengan bau hanyir yang kuat menusuk ke lubang hidung.

"Itu..si.. Daud ketua gangster yang paling ganas di asia"jelas Kevin dengan menahan kesakitan apabila rambut perangnya ditarik sehingga terangkat punggung dari kerusi oleh Tengku Hairil.

"Daud...hmm.. dia ada plan apa apa lagi tak?"soal Tengku Hairil dia terus menghempas kepala Kevin sehingga terjatuh ke lantai.

"Ada ada.. dia bagitahu mau kacau lu punya bisnes bagi jatuh itu saja dia bagitahu masa dia upah wa bunuh lu"sahut Kevin terketar ketar menyesal dia cari pasal dengan Tengku Hairil kalau dia tahu nasib dia akan jadi macam ni.

"Hmm ok..paan urus dia and family dia.. aku nak kau pastikan mulut dia kunci jangan sampai hal ni tahu oleh pihak luar"arah Tengku Hairil. Dia berjalan kearah singki untuk membersihkan telapak tangan dia dari darah Kevin yang berbaur hanyir.

"Ok kau nak pergi mana lepas ni?"soal Farhan setelah keluar dari bilik itu bersama Tengku Hairil.

"Aku nak balik"sahut Tengku Hairil singkat kepada Farhan yang berdiri di sampingnya.

"Bro Daud tu bukan orang yang buat semua tu ke?"soal Farhan setelah dia mengingati gerangan Daud lelaki yang hampir musnahkan hidup Tengku Hairil 10 tahun yang lalu.

"Yes tapi kali ni aku tak kan lepaskan dia sampai dia mati dalam tangan aku"sahut Tengku Hairil yang sudah berdiri di samping kereta Mercedes hitam.

"Kau jangan risau aku akan buat anjing kurap tu tak boleh lari dari kau"ucap Farhan dia tekad kali ni Daud tak kan terlepas lagi dia akan pastikan jantan tu masuk dalam perangkap mereka.

"Nice game man aku cau dulu and paan suruh budak-budak kita jadi bodyguard untuk Alisya masa aku tak dak dengan dia pastikan my love tak tahu yang dia ada bodyguard"arah Tengku Hairil kereta Mercedes terus lesap dari pandangan Farhan.Farhan mengangguk tanda faham.

"Aku nak korang jaga awek boss"arah Farhan kepada anak buahnya yang berdiri di pintu markas setelah Tengku Hairil pergi.

"Ok bro"sahut mereka. Farhan terus keluar dari markas setelah menyelesaikan masalah Kevin.

Dua orang lelaki terus masuk ke dalam bilik hotel. VIP mereka berdua berlutut di hadapan boss mereka seperti anjing.

"Boss target dah tangkap Kevin"ucap seorang lelaki berkulit sawo matang dengan wajah yang menunduk tanda kesal dengan tindakannya.

"Macam mana budak Kevin tu boleh kena tangkap kan aku dah suruh korang berdua intip time jumpa dekat tempat tu"soal sosok tubuh sasa badan dia penuh dengan tattoo dengan parut torehan possible dibahagian pipi kanan.

"Sorry boss budak-budak kita belot diorang semua konco-konco target"jelas lelaki yang lagi satu.

"Arghhhh korang berdua tak boleh harap aku nak kau berdua pergi tangkap anak bini Kevin"arah lelaki itu dengan raut wajah bengis sambil tangan kanan mengeluarkan sebatang rokok dunhil dari poket jacket kulit hitam yang dikenakan di tubuhnya.

"Target dah hantar orang jaga family Kevin silap haribulan kita pulak yang masuk perangkap dia"jelas lelaki kulit sawo matang.

"Korang berdua berambus sebelum aku hilang sabar"bentak lelaki itu kaki kanan menendang dua orang anak buahnya yang telah merosak mood dia malam ini untuk berasmara dana dengan pelacur yang telah ditempah olehnya.

"Hairil kau tak boleh lari dari aku.. aku Daud lelaki yang pantang mengalah sama ada 10 tahun lalu ataupun sekarang kau tetap akan sungkur depan aku"teriak Daud habis semua benda dalam bilik hotel tu jadi mangsa nya.

Alisya yang baru selesai mandi turun ke dapur dia bercadang mahu menyediakan sarapan pagi untuk orang dalam rumah ni. Dah lama jari jemarinya tak menyentuh dapur.

"Mak ton tengah buat apa tu?"soal Alisya apabila melihat sosok tubuh mak ton yang sedang membelek belek isi peti sejuk.

"Hmm mak ton tengah fikir nak masak apa pagi ni.. adik ada idea tak?"soal Mak ton senyuman manis dihadiahkan untuk anak bongsu majikannya.

"Mak ton tak payah susah susah hari ni biar adik yang masak"sahut Alisya dia menolak perlahan tubuh Mak ton ke arah kerusi.

"Adik mengelamun apa tiba-tiba nak masak pagi ni?"sampuk Puan Nora yang baru menjejak kaki ke dapur apabila mendengar suara anak bongsunya yang sedang berborak dengan mak ton.

"umi ni sepatutnya bagi semangat dekat adik untuk masak barulah boleh jadi chef terbaik di dunia"seloroh Alisya sambil mengeluarkan satu bekas udang harimau dari freezer.

"Yela chef adik awak nak masak apa hari ni?"soal Puan Nora yang masih berdiri di pintu dapur.

"Adik mahu memasak nasi lemak udang sambal untuk puan nora encik Hasrul dan juga mak ton"sahut Alisya sambil memotong bahan bahan yang perlu dikisar.

"Adik nak mintak umi tolong apa apa tak?"soal Puan Nora sambil kedua tangan memeluk tubuh sejuk hati dia melihat Alisya sudah besar dan pandai jaga diri.

"Tak pa umi dengan mak ton pergi duduk dekat ruang tamu ni semua biar adik yang masak dalam 1 jam kita dah boleh makan"sahut Alisya dengan tangan dia ligat mengupas bawang.

"Amboi chef dah sibuk puan jom kita ke depan"ucap Mak ton lalu menarik tangan Puan Nora keluar dari dapur. Alisya masih focus dengan menu yang dia mahu masak hari ni.

1 jam berlalu..
Alisya sibuk menyusun pinggan dan mangkuk yang berisi lauk untuk sarapan di atas meja.

"Adik pinggan ambik lebih satu pagi ni kita ada tetamu"ucap Puan Nora yang baru masuk ke dapur.

"Tetamu...siapa?"soal Alisya tanpa membantah dia menyusun pinggan lagi satu di sebelahnya.

"Ada la dah siap ka umi nak panggil abi dan tetamu kita makan"soal Puan Nora dengan tersenyum senyum.

"Dah umi"sahut Alisya lalu dia menghenyak punggungnya di atas kerusi setelah siap menuang air teh ke dalam semua gelas.

Terbutang Alisya melihat Tetamu yang dikatakan oleh Puan Nora sebentar tadi adalah Tengku Hairil kenapa la malang sangat nasib dia hari ni pagi pagi mood dah rosak tengok muka mamat tu.

"Adik jangan buat muka masam macam tu dekat tetamu"tegur Encik Hasrul setelah melihat raut wajah anak bongsunya masam mencuka.

"Oops lupa nak kena sengih sampai ke telinga kan untuk tetamu yang tak diundang"ejek Alisya satu jelingan dihadiahkan untuk Tengku hairil.

"Sudah adik jangan nak melampau sangat tak malu ka dengan hairil"tegur Puan Nora dengan perangai degil anak bongsunya semakin menjadi jadi.

"Buat apa nak malu adik pakai baju semua cukup lengkap"sahut Alisya sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. Tengku Hairil masih tenang sengaja tingkah lalu Alisya sedikit pun dia tak terasa.

"Pandai menjawab"getus Encik Hasrul yang masih berdiri di hadapan meja makan. "Hairil kamu duduk sebelah Alisya"ucap Encik Hasrul lalu duduk di kerusi utama.

"Banyak lagi tempat duduk tu Tengku duduk la dekat sana"tegah Alisya apabila Tengku Hairil duduk di sampingnya dengan selamba badak.

"Dear kan bagus kalau future husband duduk dekat samping pujaan hati dia"sahut Tengku Hairil dengan selamba dia menghirup segelas air teh yang telah dituang oleh Alisya.

"Ha betul tu adik tak lama lagi adik nak jadi isteri Hairil Bagus la duduk tepi dia"sampuk Puan Nora dia menyetujui kata-kata Tengku Hairil.

"Adik jangan nak mengada sangat"tegur Encik Hasrul.

"Fine"sahut Alisya dia terus memasukkan nasi lemak banyak ke dalam mulut kerana malas untuk berborak dengan Tengku Hairil.

"Hairil ni semua Alisya yang masak sedap tak"ucap Puan Nora setelah melihat Tengku Hairil yang makan tanpa berhenti sedap sangat nampak.

"Wow lepas ni Ril tak payahla makan luar kalau ada isteri yang pandai masak macam Alisya"puji Tengku Hairil sambil memandang Alisya yang dari tadi makan tanpa henti nak mengelak berborak dengan dia la tu.

"Bagus la nanti Tengku kahwin dengan Candice kumai cantik pun cantik"seloroh Alisya naik muak telinga dia dengar perkataan kahwin hukum kahwin sunat bukannya wajib.

"Nope I nak kahwin dengan you you more beautiful dear"sahut Tengku Hairil dia tak mahu kahwin dengan orang lain selain Alisya.

"Kalau saya kata tak nak"soal Alisya yang sudah selesai menghabiskan sepinggan nasi lemak.

"You have to aunty dengan uncle dah setuju"sahut Tengku Hairil dia juga baru selesai melahap sepinggan nasi lemak sedap betul Alisya masak kalau setiap hari macam ni memboyot la perut dia.

"Whatever"Alisya memutarkan bola mata sambil berjalan ke arah singki menyampah betul dia Tengku Hairil tak habis habis nak kahwin dengan dia haish bukan main banyak lagi perempuan dekat luar sana Alisya juga yang Tengku Hairil nak.

"Dear lepas ni siap I nak bawak you pergi jalan jalan"ucap Tengku Hairil yang telah berdiri di samping Alisya tanla segan silu dia meletakkan pinggan kotor miliknya kerana dalam singki supaya Alisya mencucinya.

"Tak nak nanti Tengku mungkir janji lagi yesterday pun cakap macam tu last last saya terperuk dalam office Tengku"sahut Alisya yang sudah selesai mencuci pinggan dia sengaja mengungkit kisah kemarin.

"You masih merajuk dengan I ke?"soal Tengku Hairil dia menghalang pintu dapur dengan tubuh dia supaya Alisya tak dapat lari.

"Tak kuasa saya nak merajuk cuma saya benci sebab Tengku dah janji last last you broke that promise"sahut Alisya dia mengalihkan pandangan dari menatap wajah Tengku Hairil yang semakin kacak cenkung di pipi semakin hilang. Tambah Tambah hari ni lelaki itu mengenakan kemeja putih lengan panjang yang disunting sehingga paras siku, seluar pendek paras lutut dan cermin mata hitam diselit di poket kemeja.

"OK I promise tak buat macam tu dah please keluar dengan I"rayu Tengku Hairil bola mata sengaja dibenarkan untuk kelihatan comel.

"Nope kalau Tengku nak jugak tanya la Abi kalau Abi izin saya pergi tapi saya yakin yang Abi tak kan setuju"ucap Alisya dengan keyakinan tahap gaban.

"Oh yang pasal tu I dah tanya uncle izinkan jom la pergi I tunggu dekat ruang tamu you bersiap la tapi kalau boleh pakai seluar hari ni kita buat aktiviti lasak"sahut Tengku Hairil misi dia dah berjaya nak bawak Alisya keluar. Yang pasal Encik Hasrul tu dia tipu je supaya Alisya setuju.

"Hmm ok kalau lama jangan marah"sahut Alisya kaki dia pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik nak tolak memang tak boleh kalau dah Encik Hasrul yang setuju.

"Uncle Aunty Ril nak bawak Alisya keluar boleh tak?"soal Tengku Hairil kepada kedua insan itu yang duduk di sofa yang tamu.

"Alisya setuju ka kamu nak bawak dia keluar ni?"soal Puan Nora dia tak berani nak ambik tindakan memaksa Alisya takut jadi benda lain pulak.

"Dia setuju"sahut Tengku Hairil.

"Kalau Alisya dah setuju uncle izinkan tapi jaga dia elok elok"ucap Encik Hasrul yang sedang membaca surat khabar dari muda hingga sekarang surat khabar menjadi pilihan encik Hasrul walaupun zaman semakin maju.

"Saya janji"ucap Tengku Hairil dia duduk di sofa single menanti kehadiran si buah hati.

"Ril kamu dah tahu ke plan kita esok malam?"soal Puan Nora kepada pemuda itu.

"Dah mama ada bagitahu tapi aunty tak boleh ke kalau kita percepatkan terus ril risau jugak uncle kan pemilik hotel fairy love banyak musuh dekat luar yang rancang nak jatuhkan uncle ril risau kalau diorang jadikan Alisya sebagai umpan"sahut Tengku hairil dia telah memikirkan hal ni dari semalam dengan kedudukan Encik Hasrul dan dirinya dalam bidang perniagaan kemungkinan besar musuh telah pasang perangkap.

"Maksudnya kahwinkan terus macam tu"soal Encik Hasrul dia sedikit sebanyak setuju dengan pemuda tu nyawa anak bongsunya mungkin dalam bahaya nak harapkan kudrat dia yang sekarang sudah tak mampu jamin yang dia dapat lindungi Alisya dengan sebaiknya.

"Ya ril janji akan jaga Alisya dengan baik bila kitorang dah bersama lagi mudah untuk ril pastikan musuh tak boleh apa apa kan Alisya"jelas Tengku Hairil dia serious tentang hal ni nyawa pujaan hatinya lebih penting dari segala galanya.

"Ok uncle dengan aunty setuju tapi ril kena pujuk Alisya"ucap Puan Nora.

"Yang tu Aunty jangan risau Ril akan cuba pujuk dia ok la ril pergi dulu tu Alisya dah turun"ucao Tengku hairil dia menyalami tangan Puan Nora dan Encik Hasrul sebelum pergi ke arah Alisya yang telah berdiri di depan anak tangga.

"Umi abi adik pergi dulu love you"ucap Alisya setelah mengenakan kasut sneakers putih. Tengku Hairil juga mengenakan semula kasut sneaker Gucci di kakinya.

"Cantik baju you saja ke nak matching dengan I"puji Tengku Hairil akan baju yang dikenakan di tubuh Alisya iaitu baju t-shirt putih yang ditutup dengan cardigan putih atas pinggang seluar jeans longgar bewarna koko nampak macam couple yang serasi gitu.

"Perasan hari ni saya memang nak pakai macam ni"ucap Alisya dia sudah berdiri di samping kereta Honda civic bewarna putih.

"Hahaha relax I gurau je"sahut Tengku Hairil dia membuka pintu kereta untuk Alisya.

"Ni kereta siapa sebelum ni saya tak pernah tengok pun Tengku drive kereta ni"soal Alisya yang telah selesa membetulkan tempat duduk penumpang bahagian depan.

"My car I kan kaya so I beli kereta ni khas untuk bawak you jalan jalan"sahut Tengku hairil setelah keretanya meluncur laju keluar dari kawasan rumah Alisya.

"Kalau kaya sangat bagi duit dekat saya tiap-tiap hari saya nak shopping"ucap Alisya sengaja dia mahu menguji Tengku Hairil kata sayang sangat kan.

"Okay ni black card I you nak beli apa-apa guna card tu"ucap Tengku Hairil sambil menghulurkan black card miliknya semasa di traffic light merah.

"Are you serious saya main main ja ambik la balik"Alisya ingin memulangkan semula tetapi dihalang oleh Tengku Hairil.

"Ambik la I memang kerja kuat semata mata nak sara you"ucap Tengku Hairil yang memandu kereta dengan kelajuan sederhana.

"Tengku dah lama saya nak tanya why you want married me saya rasa banyak lagi orang dekat luar sana yang lebih layak"soal Alisya dia hairan dengan Tengku hairil kenapa dia jugak yang mamat ni pilih.

"Cause I falling in love with you honey"Tengku hairil mencuit hidung Alisya dengan tangan kiri sementara tangan kanan diletakkan di atas stereng.

"Kita nak pergi mana?"soal Alisya dia membuang pandangan ke luar tingkap apabila menyedari pipinya yang sudah merah.

"Pergi taman tema nak tak lagipun yesterday I dah janji dekat you"sahut Tengku Hairil dia mahu menunaikan janjinya tak mahu mengecewakan Alisya lagi.

"Ok"sahut Alisya pendek.

Alisya mengigil ketakutan apabila melihat kereta yang dipandu Tengku Hairil terbabas ke dalam hutan tapi syukur Alhamdulilah apabila mereka berdua selamat.

"Honey are you okay?"soal Tengku Hairil sambil memeluk tubuh Alisya ke dalam dakapannya dia tidak menyangka yang perkara ni akan berlaku baru sahaja dia mahu meluangkan masa dengan Alisya last-last jadi perkara yang tak diigini.

"Saya okay Tengku ada cedera dekat mana mana tak?"soal Alisya dia melepaskan pelukan Tengku Hairil lalu mengecek lengan dan kaki lelaki itu sama ada terluka.

"Hey hold on I okay you boleh jalan tak ni"Tengku Hairil berusaha berdiri walaupun dia rasa sakit di bahagian lutut sambil melihat betis Alisya yang berdarah.

"Boleh tapi slow la sikit"ucap Alisya dia berusaha bangun setelah memaut lengan Tengku Hairil.

"Jahanam engkau Hairil berani kau lawan aku"teriak lelaki berpakaian hitam di dalam kereta Mercedes yang lalu berhampiran mereka sebelum pecut laju.

"Tengku kenal ka orang tu nampak macam orang gila ja"soal Alisya dia memegang betis dia berdarah rasa gilu menucuk urat urat saraf.

"Lantak la yang sekarang keselamatan you lagi penting I'm sorry sepatutnya I tak bawak you pergi jalan hari ni"kesal Tengku Hairil dia menunduk pandangan ke bawah malu menatap Alisya bukan main dia mahu melindungi gadis tu tapi apa yang jadi pujaan hatinya terluka.

"Dah la jangan salahkan diri sendiri sekarang macam mana kita nak balik tak dak kereta yang lalu lalang dekat sini"ucap Alisya setelah melihat jalan raya yang lengang.

"Wait I call farhan"ucap Tengku Hairil dia terus menghubungi Farhan menggunakan alat kecemasan khas anti rosak. "Hello paan ambik aku dekat xxxxx aku dengan Alisya accident"arah Tengku hairil lalu memasukkan semula alat tu ke dalam poket.

"Alat apa yang awak guna tak pernah saya nampak pun?"soal Alisya dia hairan melihat alat yang digunakan Tengku hairil berbentuk bulat peris duit styling lima puluh sent yang warna perak.

"Nothing dah you duduk sini jangan pergi mana mana bahaya tau"ucap Tengku Hairil dia mengangkat tubuh Alisya duduk di atas ribanya sementara menunggu Farhan.

"Tengku suka ambik kesempatan bukannya saya tak boleh duduk dekat tepi"Alisya cuba mengangkat lengan Tengku Hairil yang melingkari pinggang nya tapi tak berjaya apabila lelaki itu mengetatkan lagi.

"Nice try"ucap Tengku Hairil dia terus mengetatkan lagi pelukannya sehingga Alisya tak bergerak lagi.

"Paan dah sampai biar I bawak you masuk ke dalam kereta"ucap Tengku Hairil dia mencempung tubuh Alisya dan diletakkan di tempat duduk belakang Tengku hairil duduk di sisi Alisya.

"Macam mana boleh jadi macam ni nasib aku memang lalu sini hari kalau tak malam la baru sampai"bebel Farhan tapi dia impressed dengan Alisya yang langsung tak menangis walaupun dia luka teruk kalau dia duduk dekat tempat Alisya dah lama meraung raung.

"Paan bawak aku terus ke klinik swasta"ucap Tengku Hairil dia tak mahu jelaskan apa yang berlaku kerana Alisya berada di dalam kereta ini.
Takut pujaan hatinya mengelabah tak tentu pasal.

"Ok"sahut Farhan dia memahami isyarat mata yang diberikan oleh Tengku Hairil yang bermaksud 'jangan cakap apa apa'.

"Tengku agak agak kereta tu boleh baiki lagi tak sayang betul kalau kena buang kan baru lagi"soal Alisya setelah memikirkan kereta Tengku Hairil yang terbabas melanggar tiang elektrik.

"Tak yah fikir la pekerja I dah uruskan semua kalau kena beli baru pun I tak kisah I kan banyak duit"jelas Tengku Hairil dia menghadiahkan senyuman mengoda kepada Alisya.

"Farhan macam mana la awak boleh kawan dengan orang sombong macam ni mentang mentang la kaya"Alisya memberi jelingan tajam kepada Tengku Hairil.

"Hahahaha saya dah biasa Alisya sebelum ni lagi teruk"ucap Farhan.

"Yela tu kau pun sama tak payahla berlagak yang kau tu soleh sangat"sampuk Tengku Hairil tak boleh dibiarkan nanti dua ekor ni melampau.

Puan Nora dan Encik Hasrul bergegas ke arah Alisya yang duduk di atas kerusi sementara doktor perempuan menjahit betisnya yang terkoyak. Begitu jugak dengan Puan ros dan Tengku Zahid mereka berlari anak mendapatkan tubuh Alisya.

"Adik ok ka macam mana boleh jadi macam ni"soal Puan Nora cemas rasa nak lucut jantung bila dapat panggilan dari Tengku Hairil tadi.

"Hairil macam mana boleh jadi macam ni? kamu cakap nak jaga Alisya"soal Encik Hasrul Dia rasa dikhianati oleh Tengku Hairil apabila melihat anak bongsunya tercedera siap kena 12 jahitan lagi.

"Err... "Tengku Hairil mencari ayat untuk kelentong tak kan dia nak bagitahu cerita sebenarnya yang dia kena serang dengan musuh.

"Umi abi adik yang salah sebab masa Tengku tengah drive adik pergi tampor kepala dia sampai dia terbabas"tipu Alisya tak sampai hati pulak Dia dengan Tengku Hairil bila encik hasrul mula bertanya macam macam. "Aunty uncle Sya mintak maaf sebab Sya kitorang accident"ucap Alisya kepada Puan ros dan Tengku zahid.

"Tak pe asalkan kamu berdua selamat lepas ni jangan buat macam tu lagi tau"sampuk Puan Ros dia mengusap kepala Alisya.

"Dengar tu adik jangan buat lagi boleh lemah jantung umi kalau hari-hari macam ni"ucap Puan Nora dia mengusap perlahan tempat jahitan Alisya yang sudah berbalut.

"Umi umi this Alisya binti Hasrul setakat kena jahit ni apala sangat sebelum ni adik dah pernah patah kaki"ucap Alisya dengan bangga memberitahu kisah dia patah kaki 4 tahun lalu masa form 5 waktu tu dia dengan Kartini langgar pokok.

"Ish pandai nya menjawab"Encik Hasrul menarik pipi Alisya yang gebu geram dia dengan anaknya yang selalu menjawap.

"Dah dah jom balik adik kena rehat nanti melarat"Puan Nora memapah tubuh Alisya rasa gilu terpaksa gadis itu tahan.

"Uncle Aunty maafkan ril sebab tak dapat jaga Alisya dengan baik"ucap Tengku Hairil kepada kedua insan yang sudah berada di luar bilik doktor.

"Eh tak pa bukan salah ril tapi salah Alisya..kamu tu balik rehat jaga tempat luka tu elok elok nanti berjangkit"ucap Puan Nora sebelum memapah Alisya semula.

"Alisya thanks"ucap Tengku Hairil perlahan hanya dirinya sahaja yang dapat didengari.

"Ril mama dengan papa balik dulu kamu jaga diri baik baik"ucap Puan ros sebelahnya berlalu bersama Tengku zahid.

Tengku Hairil hanya mengangguk tanda faham sebelum berjalan terjengket jengket ke arah kereta Farhan setelah semua orang hilang dari situ.

"Ril kau nak buat apa dengan daud"soal Farhan setelah memulakan perjalanan.

"Aku nak kau awasi dia jangan sampai dia lukakan Alisya lagi"arah Tengku Hairil dia marah dengan Daud kerana telah memyebabkan pujaan hatinya terluka.

"Baik aku dah suruh budak-budak kita settle kan semua kau balik rehat esok client kita dari syarikat America datang nak gabungkan perniagaan dengan kita"sahut Farhan setelah berhenti di hadapan kondo mewah Tengku Hairil.

"Hmm"Tengku Hairil. terus keluar dari perut kereta walaupun terpaksa terjengket jengket menahan rasa perih di lutut. Dia menghempaskan tubuh ke sofa.Rasa berang dengan Daud masih tidak hilang walaupun dia cuba beristigfar beberapa kali.

"Arghh jaga kau Daud sebab kau dah lukakan my love"teriak Tengku Hairil wajah dia diraut kasar rambut diselak ke belakang menahan amarah.

sorry lambat update I try my best

Share this novel

Rohani Hussin
2022-03-30 22:13:10 

Makin menarik...x sabar tggu next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience