Alisya memerhati doktor lelaki yang sedang memasukkan darah ke dalam tubuh Tengku Hairil. Konco-konco Tengku Hairil menempatkan boss mereka di bilik kerja kerana Tengku Hairil tidak suka untuk ditempatkan di bilik sakit.
"Emm doc macam mana dengan Tengku?"soal Alisya setelah lama diam membeku di dalam bilik kerja yang hanya ada mereka bertiga.
"Keadaan boss dah makin stabil cuma... "doctor lelaki itu memberhentikan kata kata dia memandang tepat wajah Alisya yang telah menjadi pujaan hati boss mereka.
"Cuma apa doc?"soal Alisya dia cemas dan takut sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diigini.
"Semalam boss ada sedarkan diri that's time dia cuma panggil nama mistress saya risau if you tak de dekat samping boss boss akan lemah semangat"jelas doctor lelaki itu dia berdiri menghadap Alisya dia berharap sangat gadis yang berdiri di hadapan dia saat ini dapat berada di samping Tengku Hairil sehinggalah boss dia sedarkan diri.
"Maksudnya saya kena stay dekat sini"Alisya memandang wajah Tengku Hairil yang lesu hati dia terdetik rasa kasihan kepada lelaki itu yang selama ini cuba mencari tempat di lubuk hatinya.
"Ye saya merayu dekat mistress untuk jagakan boss kitorang sebab boss memang susah nak percayakan orang luar kecuali Farhan tapi buat masa sekarang Farhan tak boleh stay sini dia ada tugas yang perlu diselesaikan"jelas doctor itu dia betul betul berharap supaya Alisya sentiasa berada di samping Tengku Hairil.
"Baik saya akan stay dekat sini tapi saya nak mintak awak bagitahu dekat kak hajar tolong pinjamkan baju dia saya memang sehelai pinggang sekarang ni"sahut Alisya dia baru teringat yang dia cuma sehelai pinggang dekat sini baju yang dia pakai pun baju Tengku Hairil yang ada dalam almari.
"Ok nanti saya suruh hajar letak dalam bilik mistress saya pergi dulu"ucap doctor lelaki itu lalu keluar dari bilik kerja Tengku Hairil.
Alisya duduk di birai katil queen Tengku Hairil dia menatap setiap inci wajah lelaki itu dia tak faham dengan perasaan dia sendiri kenapa kadangkala dia suka dan selesa bila bersama Tengku hairil tapi kadangkala dia takut jika Tengku hairil akan tinggalkan dia seperti abang syah.
"Aku kena call umi bagitahu yang aku stay kejap dekat rumah Tengku nanti tak pasal pasal umi cari"bebel Alisya dia mengeluarkan gadjet segi empat dari poket seluar kotak-kotak lalu menaip mesej dan dihantar ke whatsapp Puan Nora
Setelah selesai dia masukkan semula ke dalam poket.
"Tengku..kalau awak bangun sekarang saya janji yang saya akan kahwin dengan awak tolong la jangan diam macam ni"ucap Alisya dia mengelus perlahan pipi Tengku Hairil buat pertama kali hati dia berdebar apabila kelopak Tengku Hairil terbuka memandangnya.
"You cakap ape tadi? I tak berapa dengar"soal Tengku Hairil dengan suara serak basah bola mata dia mencari anak mata Alisya apabila gadis itu melarikan pandangan ke arah pintu.
"Mana ada cakap apa apa Tengku yang salah dengar kot"sahut Alisya dia mahu bangun dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila tangan dia digengam erat oleh Tengku Hairil.
"Tolong jangan tinggalkan I"rayu Tengku Hairil entah sudah berapa kali ego dia terpaksa menunduk di hadapan Alisya.
"Saya tak kan tinggalkan Tengku saya nak pergi cari doktor untuk inform yang Tengku dah sedar"jelas Alisya dengan lembut dia menolak tangan kanan Tengku hairil yang masih melekap di lengannya.
"Tak perlu dia dah tahu yang I dah sedar cuma I suruh dia tipu you"sahut Tengku Hairil dia berusaha bangun untuk menyadarkan tubuh di kepala katil tidur dalam jangka masa yang lama membuatkan tubuh dia lemah.
"Kalau Tengku dah sedar saya nak balik dulu"ucap Alisya sekali lagi tangan dia ditarik sehingga jatuh ke dalam pelukan hangat Tengku Hairil.
"You can't run from me dear please stay here for a while kalau tak I tak kan lepaskan you..auch"rintih Tengku Hairil apabila bahu kirinya terasa sakit ketika ditolak oleh Alisya.
"Huh menyesal saya stay sini kalau tak saya dah balik pagi tadi"rengus Alisya dia berusaha melepaskan diri dari pelukan Tengku hairil semakin lama dia berada dalam keadaan sebegitu semakin memberontak jantungnya.
"Hahahaha tapi you tak pergi cause you love me right"goda Tengku Hairil dengan suara yang serak basah dia mula mencium rambut Alisya yang berbaur sakura bauan itu membuat dia leka dalam dunia sendiri.
"Lepaslah..ok macam ni if awak lepaskan saya saya akan stay sini sampai pagi esok ok tak?"ligat Alisya memikirkan idea untuk lepaskan diri tubuh dia mula tak selesa apabila merasakan sesuatu yang keras di punggungnya yang seakan akan menekan tubuhnya.
"Hmm let me see kalau you tipu macam mana"ucap Tengku Hairil dia berusaha menahan nafsunya yang semakin membuak buak apabila Alisya mengerakkan tubuhnya. Diri dia saat ini seakan terseksa.
"Saya tak tipu please lepas"rayu Alisya dia terus melarikan diri apabila pelukan Tengku Hairil longgar. "Saya nak rehat dekat bilik"Alisya terus melarikan diri dia takut dengan Tengku Hairil buat sesuatu yang tak elok dengan dia.
"Hmm aku kena banyak bersabar"Tengku Hairil terus membaringkan tubuh secara melentang fikiran dia hanya memikirkan Alisya.
Alisya duduk di atas sofa dalam bilik yang dia menginap selama di rumah 'markas'Tengku Hairil. Tangan kanan mengusap dada dia merasakan jantung mahu terkeluar setiap kali bersama dengan Tengku Hairil. Tengku hairil membuat dia gila.
Lagu ringtone no lie dua lipa mengenjutkan Alisya yang masih terkejut dengan Tengku Hairil pantas saja tangan dia mencapai smartphone dari poket seluar. Dalam kiraan milisaat jari jemari Alisya mengetik tombol hijau tanda menerima.
"Hello babe"ucap Alisya dia cuba mengawal nafas dia supaya teratur.
"Hello Sya kau kat mana? Aku datang rumah kau tapi umi kau bagitahu yang kau tak de?"soal Kartini suara dia kedengaran di gegendang telinga Alisya.
"Aku..aku dekat rumah Tengku Hairil semalam dia kena tembak teruk juga keadaan dia so aku stay sini jaga dia kejap esok baru aku balik"jelas Alisya dia menyadarkan tubuh di sofa.
"Kau tak takut ke dia buat yang bukan bukan dekat kau nanti macam mana"bebel Kartini risau dia dengan keadaan Alisya takut takut jatuh ke dalam perangkap Tengku Hairil.
"Yang tu kau jangan risau dekat sini ada ramai orang lebih kurang 20 orang tak silap aku 10 lelaki 10 perempuan"jelas Alisya.
"Fuhh lega aku so kau nak balik macam mana nak aku pick up tak?"soal Kartini.
"Tak payahla esok aku call grab kau macam mana tak dak luka dekat mana mana kan"hampir terlupa Alisya mahu menayakan akan keadaan sahabat nya sendiri.
"Aku ok Farhan selamatkan aku semalam sekarang pun aku dengan dia la datang rumah kau nak tengok kau macam mana"sahut Kartini.
"Patutlah aku bau bau cinta ok la aku tutup dulu aku nak mandi"Alisya terus mematikan panggilan dia berjalan ke arah katil kerana melihat beberapa helai baju yang sudah disusun dengan kemas.
Tengku hairil menyadarkan tubuh di kepala katil sambil menatap iPad miliknya walaupun keadaan dia memburuk sekarang ni tapi kerja perlu diselesaikan kerana syarikat dia telah dipercayai oleh ramai pihak takut pula para pelabur melarikan diri.Sedang asyik menatap iPad focus dia terganggu apabila pintu bilik kerja diketuk beberapa kali.
"Masuk"tegas Tengku hairil bukankah dia telah berpesan kepada para pegawal supaya tidak menganggu dia hari ni.
"Emm Tengku...ni saya Alisya"terketar ketar Alisya bersuara dia melangkah perlahan lahan masuk ke dalam bilik kerja Tengku Hairil dengan menatang sedulang makanan.
"Kenapa you cari I ada masalah ape ape ke?"soal Tengku Hairil dia lansung tidak memandang Alisya kerana perlu segera selesai kerja yang tertangguh.
"Tengku marah saya ka?"soal Alisya dia berdiri di hadapan pintu yang sudah tertutup takut jugak bila berada dekat dengan Tengku hairil.
"Nope buat apa I nak marah you?"sahut Tengku Hairil dia meletakkan iPad di samping mungkin Alisya terasa apabila dia tidak memandang wajah gadis itu apabila bersuara. "You bawak ape tu?"soal Tengku hairil apabila mata dia memandang ke arah tangan Alisya yang menatang sedulang makanan.
"Saya bawak bubur daging untuk Tengku tadi kak hajar bagitahu yang awak belum makan"sahut Alisya yang masih tercegat di hadapan pintu.
"Tak nak la bubur tak sedap"sahut Tengku Hairil dia mengambil semula iPad yang berada di samping.
"Try la sikit saya yang masak kalau tak sudi tak pa la saya keluar dulu"sahut Alisya dia membalikkan tubuh ke. arah pintu baru saja mahu memulas tombol pintu tetapi dihalang oleh suara Tengku Hairil.
"Ok I nak try jangan la merajuk"pujuk Tengku hairil dia menampar mulutnya yang lansung tidak menjaga hati Alisya.
"Serious nah try"Alisya meletakkan dulang makanan di atas meja di samping kepala katil dengan mata yang bersinar.
"Tolong la suapkan tangan I sakit"mengada ngada betul Tengku hairil ni.
"Suapkan sendiri yang sakit sebelah Kiri bukan kanan"bantah Alisya malas nak melayan karenah Tengku Hairil.
"Fine"Tengku hairil berusaha mengambil semangkuk bubur yang dibawak Alisya dengan tangan kanan walaupun pergerakan itu tetap memberi tindak balas receptor sakit pada bahu Kiri.
"Biar saya yang suap tapi jangan nak sentuh sentuh saya nanti penumbuk melekat dengan bahu Kiri Tengku"Alisya terus mengambil mangkuk bubur dia duduk di birai katil lalu dengan berhati hati menyuap ke dalam mulut Tengku Hairil setelah lafaz bismillah.
"Delicious I ingatkan bubur rasa tawar tapi tak sangka sedap pulak"puji Tengku Hairil kenapala semua air tangan Alisya kena dengan tengkak dia.
"Kalau sedap makan bagi habis baru cepat sihat"ucap Alisya dia terus menyuap Tengku Hairil dengan hati-hati.
"Kalau dah sihat boleh kahwin dengan you tak sabarnya"sambung Tengku Hairil.
"Saya tak setuju pun nak kahwin dengan Tengku"ucap Alisya dia belum pasti dengan perasaan dia sama ada dia sudah mula mencintai Tengku Hairil atau tidak.
"Bukan you nak kahwin dengan I ke bila I dah sedar you tahu tak kalau dah berjanji kena tepati"sampuk Tengku Hairil.
"Entah la saya lupa bila masa saya cakap macam tu ehh"ucap Alisya dia menghulurkan air kosong kepada Tengku Hairil sambil mengambil tisu mengelap bubur daging yang terjatuh dia atas tangan kanan Tengku Hairil lalu mengelap mulut lelaki itu dah macam mengasuh budak.
"Tak pe kalau you lupa I ingatkan"sahut Tengku Hairil selamba.
"Whatever...hmm Tengku kereta saya mana?"soal Alisya dah lama dia tak pandu baby dia rindu bukan kepalang lagi.
"Ada dekat garaj kunci you ambil sendiri dalam laci tu"Tengku Hairil menunjuk laci yang berada di meja kerja.
"Thank you Tengku love you"sahut Alisya dengan keriangan laju saja kaki dia melangkah keluar arah laci.
"You cakap you love I tadi I tak salah dengar kan?"soal Tengku Hairil dengan penuh harapan.
"Kenapa tak boleh Kerr?"sahut Alisya dia berjalan semula ke arah Tengku Hairil untuk mengambil dulang yang tinggal mangkuk dan gelas kosong tanpa sisa.
"Boleh boleh I lagi suka can you say it again"pinta Tengku Hairil dengan membulatkan matanya kepada Alisya.
"Tak nak saya keluar dulu kalau nak apa apa panggil saya sementara saya tinggal sini"Alisya terus keluar dari bilik kerja Tengku Hairil dia menyumpah mulutnya yang lancang melafazkan kata kata yang bermakna itu.
"Adakah doa aku dah termakbul"Tengku Hairil mengulum senyum pertama kali dalam hidup dia rasakan rasa cinta yang membuak buak.
Daud menghempas gelas kaca ke lantai dia begang dengan anak buahnya kenapa kerja mudah je dia bagi iaitu bunuh Tengku hairil tapi tak berjaya jaya dah 3 bulan tapi habuk pun tak dak.
"Korang semua kerja makan gaji buta ke susah sangat ke nak bunuh budak tak guna tu"bentak Daud dia memandang sorang-sorang wajah anak buahnya yang menunduk bukan makin senang tapi makin sakit hati jawapan yang keluar dari mulut mereka boleh buat telinga dia menanah.
"Boss kitorang dah hampir berjaya nak bunuh target tapi ada sorang perempuan tu halang kerja kitorang"ucap salah seorang and buahnya.
"Perempuan? sapa dia?"soal Daud dengan wajah bengis.
"Saya dah siasat perempuan tu ada kena mengena dengan Tengku Hairil boss nak kitorang buat apa sekarang"jelas anak buahnya itu lagi.
"Aku nak kau musnahkan orang yang ganggu plan aku tapi ingat kalau kali ni gagal kepala korang semua aku pancung"tegas Daud dia melempar tubuh ke sofa tali leher direntap lalu dilempar kasar ke lantai. Amarah dia membuak buak kenapa la budak tak guna tu nyawa dia liat sangat.
"OK kitorang akan pastikan plan kali ni berjaya"ucap anak buahnya itu lalu keluar dari bilik itu bersama anak buah yang lain.
"Hairil kenapa kau ni susah sangat nak mati 10 tahun lalu sepatutnya aku bunuh kau bukannya simpan kalau menyusahkan aku sampai macam ni"teriak Daud dia menyesal menyimpan Tengku Hairil 10 tahun lalu sekarang dia yang susah apabila lelaki itu mahu membalas dendam dengan menjatuhkan empayar miliknya yang telah susah payah dibina selama 15 tahun.
Alisya berjalan ke arah garaj bersama Tengku Hairil yang sudah semakin membaik dari semalam dia kelihatan lebih bermaya.
"Alhamdulilah nasib tak dak calar apa apa"ucap Alisya dia mengusap body kereta kelisa miliknya tiada secalit calar pun yang terdapat di setiap inci makhluk besi itu.
"Dear esok I nak kena pergi Jepun can you take care yourself"ucap Tengku Hairil yang berdiri di hadapan Aliaya.
"Jepun? nak buat apa? Tengku kan tak sihat lagi bahaya tau kalau pergi overseas kalau keadaan macam ni"sahut Alisya dia risau sekiranya terjadi sesuatu kepada Tengku Hairil apabila berada jauh di negara orang.
"I kena kerja la boleh kan you jaga diri 3 hari je I stay sana lepas tu I terus balik Malaysia"jelas Tengku Hairil dia risau nak tinggalkan Alisya dalam situation genting saat ini.
"Saya memang boleh jaga diri tapi Tengku tu yang perlu dirisaukan nak pergi negara orang dengan keadaan macam ni faham tak B.A.H.A.Y.A"sahut Alisya.
"Dont worry about me dear I tahu la jaga diri nanti setiap malam I call you ok"ucap Tengku Hairil dia cuba memujuk Alisya agar tidak merisaukannya.
"Hmm OK tapi ingat jaga diri saya nak balik dulu assalamualaikum"Alisya terus meloloskan diri ke dalam perut kereta.
"Waalaikumussalam"sahut Tengku hairil dia melihat dengan ekor mata kereta Alisya yang sudah keluar dari garaj markasnya.Tengku hairil telah menyuruh beberapa orang konco-konco nya untuk menjaga Alisya dari jauh bukan dia tak kenal dengan Daud mesti orang tak guna tu dah mula pasang perangkap baru
I upload siap2 bab 20 untk mlm ni maybe esok I busy sbb first day ramadan happy fasting you guys cer komen menu apa yg best untuk berbuka
Share this novel