Bab 22

Action Series 46880

Puan ros dan Tengku zahid terpaksa menukar haluan menuju ke rumah Tengku hairil yang selama ini menjadi markas anak mereka apabila mendapat berita dari Farhan yang rumah Encik Hasrul diserang.

"Bang nasib baik kita tak sempat pergi lagi ke rumah Rul kalau tidak tak tahu la apa yang jadi"Puan ros bersuara dengan nada cemas sambil memandang wajah Tengku zahid dari pandangan sisi.

"Bahaya betul zaman sekarang tapi Sayang awak dah bagitahu ril ke pasal ni"sahut Tengku zahid pedal minyak ditekan semaksimun mungkin memandang malam semakin larut dengan bunyi guruh berserta kilat hujan akan turun tak lama lagi.

"Farhan dah bagitahu dekat ril sekarang dia otw balik esok pagi sampai la tu"jelas Puan ros kedua belah tangan di letakkan di dada dia memohon supaya Alisya sekeluarga selamat tanpa kecederaan.

"Ok.. Rul sekeluarga macam mana diorang ada cedera tak?"soal Tengku Zahid dia mula perlahankan kenderaan apabila hujan mula deras hampir tak nampak jalan.

Puan ros memandang ke cermin hadapan air hujan yang deras membuatkan cermin menjadi kabur. "Entah la bang Farhan tak bagitahu pun dekat saya tadi saya harap diorang semua selamat la".

"Hmm harap harap macam tu la.....Sayang kita kena stop kereta dekat sini dulu abang tak nampak jalan hujan deras sangat"Tengku zahid berhenti kereta di bahu jalan lampu isyarat sebelah Kiri dihidupkan sebagai langkah jaga jaga mana la tahu kalau kalau ada orang yang tak nampak kereta mereka.

"Bagus juga tu kalau nak redah takut bahaya"Puan ros memandang suaminya satu senyuman dihadiahkan.

"Sayang abang rasa kita kena cepat nikahkan budak berdua tu banyak sangat bahaya sekarang ni kesian dekat Alisya kalau jadi apa apa dekat dia nanti kalau hairil jadi suami dia boleh la tolong jagakan dia"Tengku zahid meneruskan semula perjalanan apabila hujan telah reda setelah 15 menit menunggu.

"Saya setuju sebab tu saya ingat nak bincang dengan nora dan rul bila kita sampai kejap lagi"sahut Puan ros dia setuju dengan pendapat suaminya.

"OK abang setuju"sahut Tengku Zahid.

Tengku hairil meraup kasar wajahnya satu tumbukan dituju ke kerusi hadapan yang tiada penghuni. Rasa marah dan bengang apabila mendengar maklumat dari Farhan tentang keadaan Alisya.

"Arghh tak guna kau Daud aku akan balas 10 kali ganda kalau ada satu calar pun dekat perempuan aku"teriak Tengku hairil di dalam kapal terbang peribadi. Semua pramugari tidak berani masuk campur apabila melihat muka bengis boss mereka. Mereka tahu sangat kalau masuk campur mesti dah hilang ajal sekarang ni.

"Woii tengok tengok apa tak de kerja ke!!!"satu pandangan tajam dihadiahkan kenapa 2 orang pramugari wanita yang memandang dia sejak tadi.

"Ada... a.. ada boss"sahut seorang pramugari dengan terketar ketar sebelum menghilangkan diri ke arah kabin.

"Maya aku baru tahu boss kita tu macam tu menyesal nya aku kerja sini"rungut salah seorang dari mereka.

"Tu baru sikit sky...kau tak tengok lagi kalau boss kita bila dia extreme meremang bulu tengkuk aku haish malang betul siapa yang dapat boss"sahut Maya iaitu pramugari yang menjawap apabila ditengking oleh Tengku hairil.

"Ada ke awek yang nak dengan boss kalau aku la mintak simpang malaikat empat puluh empat la"sahut sky.

"Oii korang berdua jangan nak mengumpat boss nanti dia dengar silap haribulan korang berdua tinggal tulang rangka ja bila turun dari flight ni"tegur pramugari lelaki.
Maya dan sky terus terkunci mulut apabila mendengar teguran itu.

Tengku hairil yang baru tiba di lapangan terbang dijemput oleh Farhan dengan kereta black Audi R8.

"Kau nak balik kondo dulu tak before kita pergi markas?"soal Farhan sebaik sahaja memulakan perjalanan.

"Nope now benda first yang aku nak tengok only Alisya"Tengju hairil tak sabar nak tengok keadaan buah hatinya sama ada terluka ataupun tidak.
"And one more thing kau dah tahu ke port Daud? aku dah hilang sabar dengan dia ni berani dia kacau my girl"

"Dah dia dekat pulau pinang kau nak buat apa sekarang.. nak aku turun settel kan semua ke"sahut Farhan sambil mencilok antara kereta seolah olah jalan raya dia yang punya.

"For now kita relax dulu cause aku nak susun plan.. kalau kita turun sekarang aku takut dia ambil kesempatan serang Alisya lagi"Tengku hairil menyadarkan kepala di kerusi bahu kiri yang sakit langsung tidak diendahkan.

"Ok aku setuju tapi aku dah suruh budak-budak kita stanby dekat sana"sahut Farhan.

"Good"puji Tengku hairil dia semakin bangga dengan potensi Farhan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa sama ada hal syarikat atau kongsi gelap mereka.

Puan Nora yang baru keluar dari bilik tetamu terkejut apabila melihat Tengku hairil, Farhan dan suaminya asyik berborak di ruang tengah.Tanpa berlengah kaki melangkah ke arah tiga insan itu.

"Assalamualaikum aunty ril kacau aunty tidur ke sekarang masih awal lagi baru pukul 8 pagi"sapa Tengku hairil tangan kanan menyambut huluran tangan Puan Nora yang diaju ke arahnya.

"Waalaikumussalam..eh ril tak dak ganggu apa apa pun sepatutnya umi yang ganggu sebab ril tuan rumah..lagipun umi dah lama bangun ni baru teringat nak keluar"jelas Puan Nora dia sengaja membahasakan dirinya 'umi' lambat laun pemuda yang dihadapan nya sekarang akan bergelar menantu.

"U.. umi.. aunty salah cakap ke?"soal Tengku hairil teragak agak apabila mendengar puan nora membahasakan dirinya 'umi'. Manakala Encik Hasrul tersenyum senyum dia dah tahu niat isterinya dari semalam apabila keluarga Tengku hairil datang berbincang ketika Alisya sudah tertidur.

"Saya salah cakap ke bang...lambat laun ril kan dah nak jadi menantu umi jugak dalam masa terdekat ni"sahut Puan Nora dengan riak bersahaja.

"Ha.. betul tu ril kamu kan akan menikah dengan Alisya hujung minggu ni"sampuk Encik Hasrul dengan selang seli ketawa ringan. Farhan yang berada di situ segera meletakkan tangan di atas bahu Tengku hairil.

"Ril pandai kau ambil hati bakal mertua kau siap dicepatkan lagi Hahaha hujung minggu ni kawan aku dah nak kahwin..aduhh"Farhan menganduh apabila perut dia ditumbuk perlahan oleh rakan baiknya. "Sakit la bodo.."

"Aku lagi sakit kau tak nampak bahu aku kena balut macam ni yang kau gedik gedik letak tangan atas ni dah kenapa"sahut Tengku hairil.

Prang!!
Bunyi gelas terhempas ke lantai mengenjutkan mereka berempat. Semua pandangan diarahkan menghadap Alisya yang sudah menunduk untuk membersihkan kaca yang berselerak. "Why kau ni stupid sangat Alisya"maki Alisya di dalam hati.

"Adik sakit ka?"soal Puan Nora kepada anak gadisnya yang sedang membersihkan kaca apabila melihat wajah Alisya yang pucat.

"Adik ok cuma terkejut bila dengar umi cakap pasal menantu siapa nak kahwin"sahut Alisya dengan suara serak kerongkong dia sejak semalam rasa perit.

"Siapa lagi kalau bukan adik dengan ril yang akan kahwin hujung minggu ni tapi kali mesti jadi kalau tak nyawa adik dalam bahaya"sampuk Encik Hasrul dia tak mahu kejadian 3 tahun lalu berlaku lagi untuk kali kedua.

"Sya you tinggal je gelas yang pecah tu biar hajar yang kemas"ucap Tengku hairil sambil berjalan ke arah Alisya yang berusaha bangun perlahan lahan.

"Ikut umi dengan Abi la kalau Tengku tu pilihan yang terbaik adik terima"Alisya terus meninggalkan mereka berjumpa dia mahu berehat sementara fikiran dia kusut memikirkan keputusan yang dia buat sejak semalam dia sudah tahu akan hal ini apabila mendengar perbualan puan nora dan encik Hasrul didapur semalam ketika dia mahu meneguk segelas air namun rasa dahaga dia hilang sebaik sahaja mendengar perbualan dua insan itu.

"Sya naik tangga tu hati hati"laung Tengku hairil apabila melihat langkah longlai Alisya menapak anak tangga.

"Ril aku tahu la yang kau tu sayang sangat dekat Alisya sampai naik tangga pun nak berhati hati bagai"ejek Farhan

"Jealous la tu"Tengku hairil merenung tajam wajah Farhan dengan tatapan sisi. "Umi abi ril balik kondo ril kejap nak rehat nanti malam ril datang lagi...jom paan"ucap Tengku hairil lalu berjalan keluar dari markas nya menuju ke arah kereta Audi r8.

"Aunty uncle paan pergi dulu"ucap Farhan dengan penuh sopan santun lalu meninggalkan mereka berdua.

"Bang saya rasa adik tu macam tak sihat la muka dia nampak pucat semacam"ucap Puan Nora setelah dua pemuda itu hilang dari pandangan mereka.

"Hmm abang pun perasan jugak kalau macam tu jom kita pergi tengok takut takut melarat nanti"Encik Hasrul terus berjalan ke arah anak tangga untuk menuju ke bilik yang ditempati Alisya buat sementara di sini.

Knock!! knock!! knock!!
Alisya mengeliat malas sebelum berjalan ke arah pintu. Pantas saja tangan kanan memulas tombol pintu.

"Umi, abi Ada apa?"soal Alisya apabila melihat Puan Nora dan Encik Hasrul berdiri di hadapan pintu.

"Adik..ni bilik siapa?"soal Puan Nora yang tertegun dengan keadaan bilik yang luas dan mewah dalam masa yang sama dia hairan kerana bilik yang ditempati oleh anaknya adalah bilik lelaki.

"Entah la umi.. adik duduk ja bila orang suruh"sahut Alisya dia jugak tak tahu selama duduk dekat sini tak pernah pulak nak bertanya dengan Tengku hairil walaupun dia ada firasat yang ini bilik mamat sewel tu mana taknya semua baju lelaki tak kan pekerja mamat sewel tu nak tinggal dalam master room. "Emm.. umi dengan abi datang jumpa adik sebab apa?"

"Tadi umi nampak muka adik pucat sebab tu datang nak tengok adik tak sihat ka?"soal Puan Nora tangan mengusap pipi mulus Alisya.

"Adik ok cuma betis adik ni berdenyut denyut mungkin sebab adik lasak sangat kot semalam"Alisya menayang sebaris senyuman kepada dua insan yang berdiri di hadapannya.

"Nak pergi klinik tak jom Abi bawak ril ada bagi Abi pinjam kereta dia yang ada dekat garaj tu"sampuk Encik Hasrul.

"Tak pa sikit ja ni lagipun luka tu dah kering 2 3 hari lagi sembuh la"Alisya menolak pelawaan Encik Hasrul dia tak mahu menyusahkan ayahnya lagi memandang semua yang berlaku disebabkan diri dia.

"Ok la kalau adik cakap macam tu tapi Abi nak tanya sikit boleh tak?"soal Encik Hasrul teragak agak dia mahu menyusun ayat yang terbaik supaya tidak menyakitkan anak gadisnya.

"Ni mesti abi nak tanya pasal Tengku hairil kan"serkap jarang Alisya mengena sasaran.

"Ha'ah adik betul ka setuju nak kahwin jangan lari macam dulu"ujar puan nora dia takut jika anak gadisnya membuat perkara yang sama.

"Hahaha kali ni adik ikut ja plan you guys tapi ada syarat"jari telunjuk tangan ditegakkan tanda nombor satu.

"Syarat apa?"soal mereka berdua secara serentak sambil memandang wajah anak gadis mereka yang dah macam kerang busuk.

"Adik nak pilih tema sendiri adik tak nak sesiapa pun masuk campur dalam pilihan adik deal"jelas Alisya dia sudah membayangkan tema perkahwinan nya sejak dari bangku Sekolah lagi.

"La itu ke boleh sangat nanti adik cakap sendiri la dengan hairil dia cakap malam ni dia nak datang sini"sahut Puan Nora sambil menarik nafas lega.

"Ok umi"sahut Alisya kegirangan.

"Adik.. Abi dengan umi turun dulu adik rehat la bagi cepat sembuh luka tu"ucap Encik Hasrul sebelum berjalan meninggalkan Alisya yang masih berdiri di hadapan pintu.

"Ok I love you two"laung Alisya lalu menutup pintu bilik.

"Aku kena inform dekat Tini suruh dia stanby jadi bridesmaid aku"Alisya mencapai smartphone yang berada di poket seluar.

"Hello Tini kau siap sedia jadi bridesmaid aku"ujar Alisya setelah panggilan dia diterima oleh Kartini.

"Hah!! kau nak kahwin? dengan siapa?"Kartini menekup mulut semula apabila dia menyedari dia berada di dalam wad.

"Ish kau ni tak payahla jerit aku tak pekak lagi"Alisya menjauhkan smartphone dari telinga kerana rasa bingit dengan jeritan Kartini.

"Gila aku terkejut la tup tup kau nak kahwin apahal"soal Kartini mau lucut jantung dia kalau macam ni tiap-tiap hari.

"Alah nanti la aku cita dekat luar"Alisya mematikan panggilan lalu membanting tubuh ke tilam king hilang rasa penat dia.

"Ya Allah kalau betul dia jodohku kau dekatkan la dia dengan ku"...

sorry ada masala dngn system

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience