Bab 14

Action Series 46880

Tengku Hairil masih menatap document yang sama hampir 20 menit. Dia mahu memastikan setiap perjanjian yang tertera tidak makan sebelah yang boleh mengakibatkan syarikat dia terpaksa menanggung rugi yang besar.Setelah berpuas hati dia menandatangi document itu.

kuak..
Tengku hairil memangku kepala apabila mendengar pintu pejabatnya dibuka oleh seseorang. "Kau nak ape paan aku tengah busy ni"soal Tengku hairil pandangan dia kembali jatuh kearah document yang sudah ditandatangi sebentar tadi. Sebelum ditutup lalu diletakkan di samping katil meja.

Farhan menatap sosok tubuh sahabatnya yang semakin susut.Raut wajah yang dulu bersih kini kian serabut dengan jambang, rambut yang separas bahu dibiarkan tidak terikat, terdapat eye bag yang agak gelap di bawah mata,pipi pula cenkung kerana kurang makan.Puan ros ada jugak datang ke pejabat semata mata untuk menghantar makanan untuk anak terunanya itu tapi setiap kali Tengku Hairil selalu mengelak diri dia sering berkata tidak berselera untuk menjamah satu suap makanan pun.

"Oii..paan kalau kau tak dak ape-ape nak bagitahu aku kau boleh get out"Tengku Hairil masih memandang document dengan wajah yang beku dan dingin tiada secalit senyuman dipamerkan sejak kehilangan Alisya. Malas dia mahu menjemput Farhan duduk orang macam Farhan tu tak tahu malu muka tembok.

"Ish kau ni asyik marah je cuba kau tu senyum sikit barulah handsome ni tak muka macam penyamun"sahut Farhan dia menarik kerusi yang bertentangan dengan meja Tengku Hairil tanpa segan silu dia melabuhkan punggung di atas kerusi berlapik kusyen.

"Buat apa aku nak senyum dekat kau aku bukan gay"bidas Tengku Hairil dia merenung tajam wajah Farhan bukan dia tak tahu lelaki tu datang mesti bersebab kalau tak ada nya nak berdepan dengannya.

"Woah relax bro, kau masih nak tunggu Alisya ke aku cadang kau cari perempuan lain jela banyak lagi dekat dunia ni"tegur Farhan tak sampai hati tengok keadaan sahabatnya yang terluka selama tiga tahun ini.

"Nope and never she is mine and always be mine aku akan pastikan dia jatuh ke dalam gengaman aku"tegas Tengku hairil bersuara entah berapa kali dia perlu mengulang jawapan yang sama naik berbuih mulut.

"Susah la cakap dengan kau.. give up jela bukan dia suka dengan kau pun tak kan dapat bahagia pun kalau kau paksa dia"Farhan menyilang kaki Kiri ke atas kaki kanan kedua dua belah tangan mendakap tubuh.

"Kalau dah tahu susah tak payah cakap shut your mouth"bidas Tengku hairil jelingan maut dihadiahkan sebelum dia kembali menatap dokumen baru diambil di dalam laci.

"Haish..kau ni nasib kawan aku kalau orang lain aku biar je diorang gila"kesal Farhan dengan jawapan Tengku Hairil.

"Kau boleh keluar tak aku nak sambung kerja aku you disturb me man"sahut Tengku Hairil dia paling tidak suka apabila kerjanya diganggu kecuali Alisya. Oh pujaan hatiku bila kau nak jadi tahta dihatiku.

"Get out.. get out tu je yang kau pandai cakap aku datang jumpa kau ada sebab la"sahut Farhan malas nak bertekak dengan Tengku hairil sebab last-last dia yang kalah. Kalau ego tu dah tinggi memang tak mau kalah la kan.

"Aku dah agak dah kau nak kenalkan perempuan mana pulak kali ni"serkap jarang Tengku Hairil dah berbuih mulut melarang Farhan memperkenalkan perempuan ini semua rancangan Puan Ros kalau tak tak de maknanya jantan ni nak buat.

"Bagi la aku habis cakap dulu aku tumbuk kau satgi baru tahu"Farhan mengempal penumbuk lalu diacukan ke arah Tengku hairil. Geram betul dia dengan sikap serkap jarang Tengku hairil tak sempat nak bersuara dah kena bidas.

"Ha cepat la bagitahu time is money bro"Tengku Hairil menatap wajah Farhan

"Aku nak bagitahu pasal Alisya.."Tengku Hairil terus membidas ucapan Farhan.

"Nope.. aku tak nak dengar aku tak kan give up sama sekali untuk jadikan Alisya hak aku kalau kau dah tak benda lain nak cakap please get out"Tengku Hairil menekup telinga dengan telapak tangan naik muak dengar nasihat yang sama dari mulut Farhan.

"Ish..bukan yang tu aku nak cakap.. aku nak bagitahu Alisya dah balik"teriak Farhan di telinga Tengku Hairil nak terkeluar biji kerongkong bila bercakap dengan lelaki itu.

"What! Maksud kau dia ada Malaysia?"soal Tengku Hairil dengan anak mata yang bercahaya. Perlahan lahan tangan diletakkan di atas meja. Dia seakan tidak percaya tiga tahun dia menunggu finally pujaan hati akan jadi peneman hidup akan tercapai.

"Yeah tulah lain kali dengar orang cakap bagi habis"Farhan memusing bola mata tanda menyampah dengan sahabatnya itu.

"Shut up bro.. I don't have time nak dengar kau membebel so now dia ada dekat mana? "soal Tengku Hairil terukir senyuman di bibir hampir tidak kelihatan di mata Farhan kerana jambang yang terlalu tebal.

"Dia ada dekat hospital xxxxx budak-budak kita la bagitahu tadi"sahut Farhan. "Kau nak suruh kitorang buat apa sekarang?"

"Hmm.. aku nak kau bagitahu budak-budak tu suruh perhatikan Alisya dari jauh and tunggu arahan aku"arah Tengku Hairil.

"Menjunjung perintah tuanku"seloroh Farhan sambil mengeluarkan gadjet berbentuk segi empat dari kocek seluar. "Aku nak korang follow awek boss tu dari jauh nanti tunggu arahan baru bertindak"arah Farhan sebelum mematikan panggilan.

"Done.. kau nak pergi mana sekarang tahu la bakal bini dah balik tak payahla kalut dia tak lari pun"usik Farhan.

"Because dia dah balik la aku kena cepat nanti kena sambar dengan burung lain..now aku nak ke markas and aku nak kau tolong hantarkan dokumen ni pada Tan Sri Ali"arah Tengku Hairil sambil mencapai briefcase dan kot di kerusi. Tanpa berlengah kaki dia melangkah keluar menuju ke tempat parking. Pejabatnya yang berada di aras enam memakan masa selama 3 minutes untuk sampai ke tempat parking.

"Ril ril...kau boleh jadi gila because one girl"Farhan keluar dari pejabat setelah mengambil fail yang dihulurkan oleh Tengku Hairil sebentar tadi.

Alisya dan Kartini masih berdiri di kaunter untuk menyelesaikan kos rawatan yang diperlukan oleh Pak syam.

"Adik sign dekat sini"ucap seorang nurse wanita bertudung 30an kepada Alisya sambil jari dia lincah menunjukkan tempat yang sepatutnya Alisya tandatangan.

"Ok dah"Alisya menghulurkan semula borang tersebut kepada nurse itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir munggilnya itu

"OK dah siap ni resit adik boleh simpan sebagai bukti"ucap Nurse wanita itu dengan menghulurkan sehelai kertas bewarna putih kepada Alisya.

"Thank you"Alisya menyambut huluran itu dengan ramah. Kartini yang masih berdiri di samping Alisya terus memeluk tubuh si empunya badan.

"Sya thanks tolong aku..aku terhutang budi dengan kau"Kartini masih tidak melepaskan pelukannya malah semakin mengerjapkan lagi.

"Berapa kali aku nak kena cakap yang aku ikhlas tolong kau hari ni hari kau esok lusa hari aku pulak"Alisya merungkai pelukan Kartini bukan dia tak suka dipeluk cuma agak rimas apabila sahabat nya itu mengerjapkan pelukan.

"Tapi aku tetap nak cakap T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H"Kartini mengeja satu satu huruf terima kasih kepada Alisya walaupun seribu kali dia mengungkap terima kasih tapi itu tidak akan membalas rasa terhutang budi dirinya terhadap gadis itu.

"Ya kasih kau diterima..now mana doktor rizal?"soal Alisya tangan kanan diletakkan di atas bahu sambil berjalan meninggalkan kaunter.

"Kau nak buat ape jumpa doktor rizal?"soal Kartini sambil berjalan bergandengan dengan Alisya

"Aku nak ajak dia pergi masak..apa punya soalan la kau ni.. aku nak jumpa dia sebab nak tanya pasal operation ayah kau la"seloroh Alisya tangan dia mengetuk kepala Kartini yang kadangkala bengap dia menjadi jadi.

"Hahahaha lek la..tak silap aku dia ada dekat bilik kerja jom ikut aku"Kartini menarik tangan Alisya menuju ke arah bilik kerja doktor rizal yang berada lebih kurang 5 meter dari tempat mereka berdiri. Kartini mengetuk dahulu pintu bilik kerja doktor rizal sebelum masuk.

"Kartini ada apa datang jumpa saya?"soal Doktor Rizal sambil memperlawa dua gadis itu duduk di kerusi yang disediakan.

"Saya datang sebab kawan saya nak jumpa doc"sahut Kartini sambil melabuhkan punggung dia kerusi bertentangan dengan doktor rizal diikuti dengan Alisya.

"Kawan? Why? kawan awak nak buat operation jugak ke?"soal doktor rizal kepada Kartini.

"Eh tak tak ni kawan saya Alisya dia datang sini sebab nak tanya pasal operation ayah saya tu macam mana"jelas Kartini kepada doktor rizal.

"Saya Alisya hmm.. saya nak tanya bila tarikh operation Pak syam dijalankan"sampuk Alisya setelah begitu lama diam tanpa suara.

"Kalau ikutkan perjanjian esok itu pun setelah bayaran diselesaikan"sahut Doktor Rizal.

"Bayaran semua saya dah selesaikan operation Pak syam boleh dilakukan esok la kan?"soal Alisya.

"Yes esok pihak hospital akan jalankan operation itu tapi mana resit bukti pembayaran?"soal doktor rizal dia terpaksa mengikut procedure yang telah ditetapkan oleh hospital sekiranya keluarga pesakit ingin melakukan pembedahan atau rawatan mereka perlu menunjukkan resit pembayaran.

"Ni resit"Alisya menghulurkan sehelai kertas putih kepada Doktor Rizal.

"Ok seperti yang dijanjikan esok pada pukul 9 pagi operation akan dijalankan"Doktor Rizal memulangkan resit tersebut kepada Alisya.

"Tapi saya nak semua ni dirahsiakan dari pesakit boleh kan?"soal Alisya dia tak mahu Pak syam dan Mak Hana terbeban sekiranya mengetahui dirinya membantu mereka biarlah ini menjadi rahsia mereka bertiga

"Kamu jangan risau semua ini pihak kami akan simpan senyap-senyap"sahut doktor Rizal.

"Bagus ok saya mintak diri dulu jom Tini"Alisya menarik tangan Kartini keluar dari bilik kerja Doktor Rizal.

"Kau nak balik terus ke Sya?"soal Kartini apabila mereka berdua masih berdiri di hadapan pintu wad Pak syam.

"Tak aku nak tengok ayah kau kejap lepas tu baru nak balik nanti umi ngan abi aku marah kalau balik lambat"sahut Alisya mata dia memandang wajah Pak syam dan Mak Hana dia sebalik pintu berkaca di bahagian atas.

"Hmm OK esok aku belanja kau makan nak tak"pelawa Kartini.

"Mestilah nak makan free"seloroh Alisya pandangan dia memandang tepat wajah Kartini dia dapat melihat dengan jelas wajah itu seakan rasa bersalah. "Dah jom masuk nanti lambat pulak aku nak balik"Alisya menapak masuk ke dalam bersama Kartini.

"Alisya lama nya mak cik tak jumpa kamu dah makin cantik sekarang"puji mak Hana yang masih setia di samping katil pesakit Pak syam.

"Jangan la puji lebih lebih mak Minah ni naik kembang kempis dah ni"sakat Kartini dia berlari ke arah Mak Hana kalau lambat kena ketuk kepala.

"Amboi kau.. aku memang cantik la"Angkut bakul sendiri la nampaknya si Alisya ni.

"Hahaha.. perasan"Kartini ketawa terbahak bahak bila kepalanya diketuk dengan tangan kanan Alisya.

"Borak ape ni sampai ayah nak tidur pun terjaga"sampuk Pak syam yang baru tersedar dari tidurnya apabila mendengar suara Kartini dan Alisya yang ketawa.

"Assalamualaikum.. Pak cik sihat"sapa Alisya dia menyalami tangan Pak syam dan Mak Hana.

"Waalaikumussalam.. Sya bila balik sini?"soal Pak syam yang masih terbaring dia tak mampu bangun kerana rasa sakit yang menucuk di bahagian pinggang dan tulang belakang.

"Minggu lepas lagi ni baru ada masa nak lawat Pak cik ngan mak cik ingatkan nak datang ke rumah tapi bila Tini cakap Pak cik ada Kat hospital terus saya datang sini"Alisya menghadiahkan senyuman manis kepada kedua insan itu.

"Tak pa la sya susah susahkan kamu saja datang kemari nanti bila suami mak cik dah sembuh jemput la datang ke rumah"sampuk Mak Hana. Kartini masih setia berdiri di samping Alisya.

"Insyaallah mak cik pak cik sya tak boleh lama dekat sini sebab dah makin malam takut nanti umi dan abi marah"Alisya menghulurkan beberapa keping duit seratus kepada Mak Hana bukan dia tak tahu yang keluarga sahabatnya tengah susah.

"Sya tak payahla bagi aku ada duit lagi nanti apa pulak orang kata kalau kau asyik bagi duit dekat keluarga aku"tegah Kartini dia tak mahu susahkan Alisya lagi.

"Ish apa pulak keluarga kau dah macam keluarga aku mak ayah kau dah macam mak ayah aku so duit aku duit kau tak payah nak tolak tolak"Alisya tetap memberi duit tersebut kepada Mak Hana.

"Tapi Sya.. "belum sempat Kartini bersuara Alisya terlebih dahulu menyampuk.

"Aku kata ambik ambik.. dah la aku nak balik dulu"Alisya memeluk tubuh Kartini Dan menyalami tangan kedua insan itu sebelum balik.

"Aku hantarkan kau"Kartini yang baru sahaja mahu menapak keluar menemani Alisya tetapkan ditegah oleh gadis itu.

"No it's okay kau jaga mak ayah kau aku balik sendiri bye babe"Alisya terus menapak pergi meninggalkan Kartini yang masih berdiri di hadapan pintu wad Pak syam.

"Bye babe"Kartini menutup pintu wad lalu berjalan ke arah Mak Hana.

"Eh Tini kamu tak teman Alisya ke?"soal Mak Hana apabila anak tunggalnya datang dan duduk di sisinya.

"Tak Sya tak bagi dia suruh jaga mak ngan ayah"sahut Kartini perlahan.

"Tini kamu kena jaga Alisya tu baik baik zaman sekarang nak cari kawan baik macam dia susah tau dalam seribu mungkin seorang saja ada"nasihat Pak syam dia bersyukur Alisya memilih anaknya sebagai kawan.

"Yela ayah"sahut Kartini dia berjanji akan menjadi kawan setia yang tidak akan makan kawan.

Tengku Hairil memerhati tubuh Alisya yang bergerak keluar dari hospital melalui monitor besar di markasnya.Dia mengeluarkan gadjet segi empat dari poket lalu mendail number konco-konco nya.

"Aku nak kau kidnap dia sekarang make sure tak dak siapa yang nampak and yang paling penting jangan sampai dia terluka"arah Tengku Hairil lalu mematikan panggilan.

"You are mine Alisya"Tengku Hairil bersiul di dalam bilik dengan monitor besar seorang diri.

Alisya yang baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta tiba-tiba hidungnya ditutup dengan napkin. Mata dia mula kabur perlahan lahan dia merasa gelap segelap nya di sekeliling. Dia tak mampu mintak tolong apabila tubuhnya sudah dibawa masuk ke dalam van hitam. Sayang sekali waktu dirinya diculik tiada siapa yang melihat kerana keadaan jalan yang semakin lengang salah dirinya jugak apabila parking kereta jauh dari kawasan hospital kan dah mendapat.

seronok kan kalau ada kawan macam Alisya by the way agak2 Hairil nak buat apa dengan Alisya cuba la teka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience