Bab 4
Tengku Zahid memandang Tengku hairil yang baru masuk ke dalam pejabatnya dia jarang-jarang sekali datang syarikat T&T holding berhad melainkan ada projek penting.
“Assalamualaikum, Pa ade ape nak jumpa ril”soal Tengku hairil yang masih berdiri di pintu pejabatnya Tengku zahid.
“Waalaikumussalam, papa datang sebab nak bagitahu yang kita ada usaha sama dengan hotel kawan papa tu”sahut Tengku zahid dia berjalan ke arah Tengku hairil sambil menghulurkan fail hitam kepada anak tunggalnya itu.
“Hotel fairy love macam pernah dengar ni kan hotel uncle hasrul yang datang makan malam rumah kita few month ago”Tengku hairil bersuara sebaik sahaja dia membelek belek helaian kertas di dalam fail hitam itu.
“Yes exactly, baguslah la kalau ril dah tahu tak perlu papa nak terangkan lagi”balas Tengku zahid dia membalikkan badan lalu berjalan ke sofa dia menhenyakkan punggungnya dia tas sofa. Mata dia memandang tepat wajah Tengku hairil.
“So papa nak ril buat apa sekarang ni?”soal Tengku hairil setelah selesai meneliti setiap inci kandungan yang tertera di dalam kertas itu.
“Papa nak kamu pergi ke hotel tu sekarang sebab dah buat appointment dengan Hasrul untuk bincang pasal projek tu”jelas Tengku zahid dengan tenang.
“Tapi pa kerja ril banyak lagi yang tak siap takut tak sempat pulak sebab semua dokumen tu kena bagi semula kepada client kita yang lain”tegah Tengku hairil dia tidak suka sekiranya Tengku zahid mengatur sesuatu tanpa pengetahuannya terlebih dahulu.
“Pasal tu ril jangan risau papa dah mintak setiausaha kamu safia call client kita yang kamu akan serahkan dokumen tu next week”jelas Tengku zahid dia tak mahu anak terunanya menolak peluang untuk mendekati keluarga hasrul dia dah berkenan sangat dengan Alisya tu teringin nak buat menantu.
“Hmm ok la ril pergi sekarang”balas Tengku hairil baru sahaja kaki dia mahu melangkah keluar tiba tiba terhenti disebabkan suara Tengku zahid
“Ril kamu tahu kan yang Alisya kerja dekat situ kan by the way kamu try la tackle dia manala tahu dapat lagipun budak tu baik papa berkenan nak jadikan dia menantu”ucap Tengku zahid.
“I already know pa memang ril tengah cuba nak tackle dia tapi tula dia jual mahal sangat”balas Tengku hairil dengan nafas lega apabila Tengku zahid menyuakan hasratnya yang papa dia juga berkenan dengan Alisya.
“Good boy mestilah kena jual mahal kalau murah papa mestilah tak nak dia jadi menantu papa”balas Tengku zahid dia masih bersandar di sofa.
“Ok la pa ril pergi dulu”Tengku hairil keluar dari pejabat lalu menutup pintu pejabat dia berjalan menuju ke bilik kerja Farhan yang berada tidak jauh dari situ. Tengku zahid juga pulang setelah Tengku hairil lenyap dari pandangannya.
“Paan jom ikut aku jumpa our new client dekat hotel fairy love”ucap Tengku hairil setelah masuk ke dalam bilik kerja Farhan.
“Sekarang ke?”soalan bodoh apa pulak Farhan ni boleh tanya.
“Eh tak esok apa la kau ni tanya macam tu cepat la nanti lambat pulak”seloroh Tengku hairil membidas ucaan Farhan.
“Yeye kau ni pun tak perlu la sampai menganjing aku”rungut Farhan dengan langkah lambat keluar bersama Tengku hairil.
“Safia I tak nak perempuan tu datang lagi ke office kacau-kacau I dengar tak pastu kalau you nak balik awal boleh la balik maybe I tak balik dah kat pejabat sekarang pun dah nak sampai waktu balik kerja”arah Tengku hairil dengan lembut sebelum berjalan pergi bersama Farhan setelah mengambil kunci kereta briefcase dan kot di pejabatnya.
“Haish… kalau tiap-tiap hari dia cakap lembut lembut macam ni kan best ni tak asyik marah marah naik tuli telinga aku”bebel safia sendirian. Tanpa dia sedar bahu dia ditepuk seseorang.
“Hi my love yang awak bebel sorang sorang ni sebab apa?”tegur seorang lelaki yang berdiri tegak di hadapan safia.
“Ish awak ni tak reti bagi salam ke lemah jantung saya yang awak datang sini kenapa?”soal safia dengan tangan kanan mengurut dada.
“Saya datang nak cari awak la sekarangkan dah nak pukul 6 petang lagi 40 menit je”balas lelaki itu.
“Hmm jom la balik lagipun boss saya dah keluar”balas safia dia mengemas meja kerja sebelum berjalan menuju ke lift bersama lelaki itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Alisya yang baru tamat masa kerja terhenti langkahnya seketika bila melihat kartini yang sedang menunduk tubuh di hadapan dua orang lelaki yang sasa. Dia amat mengenali salah seorang lelaki itu.
“Encik maafkan saya saya tak sengaja tertumpahkan air kopi ni atas kasut cik”rayu kartini dia kesal dengan tindakan dia yang terburu-buru tadi membawa padah terhadap dirinya. Lelaki itu hanya terdiam tak sampai hati pulak nak marah lagipun perempuan yang berada di hadapannya sekarang ini adalah sahabat cinta hatinya.
“Nah it okay sikit ja ni I boleh basuh”sahut lelaki itu dengan bersahaja kalau nak suruh ganti pun gaji perempuan tu tak kan cukup punya.
“Oii kau apahal nangis ni?”soal Alisya setelah tiba di samping kartini yang masih tertunduk.
“Tengku buat apa dekat kawan saya sampai dia nangis macam ni”tuduh Alisya tanpa usul periksa bagi dia Tengku hairil adalah orang yang selalu menyusahkan orang.
“Aik mana ada I buat apa pun dekat kawan you ni”sahut Tengku hairil dia cuba membela dirinya dari tuduhan. Farhan hanya memerhati dengan tersenyum senyum ni baru kali pertama dia melihat sahabatnya tidak meninggikan suara dihadapan wanita.
“Ish saya cukup pantang dengan orang yang suka bohong ni kalau Tengku tak buat apa dekat kawan saya kenapa dia menangis”ucap Alisya dengan nada suara yang sedikit meninggi hilang sudah kesabarannya ini.
“You dah tanya ke kawan you sebab apa dia menangis”sahut Tengku hairil dia masih tenang walaupun hati dia sudah panas.
“Buat apa saya nak tanya kalau dah bukti ada depan mata”bidas Alisya malas sungguh dia nak berdepan dengan mamat sewel ni.
“Sya aku yang salah sebab tumpahkan air kopi dekat kasut dia kau jangan la marah dia pulak”lirih suara kartini dia memegang lengan Alisya agar bersabar.
“Betul kau yang salah bukan mamat ni”soal Alisya kepada kartini yang masih mengelap air mata dia mengalir.
“Hmm..betul”balas kartini perlahan tetapi masih kedengaran di telinga Alisya.
‘Aduh alisya alisya kan dah malu sekarang aku kena lari dari sini’rungut Alisya di batinnya. Tengku hairil senyum kemenangan. Farhan masih menjadi pemerhati setia.
“Tini kita gerak sekarang sebab abi aku dah tunggu dekat bawah”ucap Alisya laju saja kaki dia melangkah dari siru dengan tangan kanan dia menarik tangan kartini agar berlalu dari situ. Malu bukan kepalang lagi dia dengan mamat sewel tu.
“Bro tu ke awek yang kau minat tu”soal Farhan dengan tersengih sengih seronok melihat drama Tengku Hairil dituduh Alisya.
“Yes but tak lama lagi dia akan jadi milik aku”sahut Tengku hairil dengan yakin bahawa Alisya akan jatuh ke dalam gengaman nya.
“Hahaha aku doakan kan kau dapat dia tapi aku tengok dia tu macam susah sikit nak dapat kau kena usaha lebih sikit”balas Farhan.
“Alah susah macam mana pun dia akan tunduk dekat aku dah jom gerak aku nak balik ke rumah parents aku malam ni”balas Tengku hairil l kaki dia berjalan menuju ke tempat parking. Farhan membututi Tengku hairil dari belakang. Mereka terpaksa keluar lambat sebab jalan penuh ramai yang baru balik kerja.
“Eiii malunya kau tu kenapa tak halang aku?”soal Alisya tanpa mengalihkan pandangannya ke arah kartini yang masih menahan ketawa di tempat penumpang hadapan.
“Tak sempat aku nak cakap kau dah marah marah laki tu”sahut kartini ketawa yang dia cuba tahan akhirnya tersembur keluar.
“Kau jangan nak gelak sangat aku tinggal kau dekat tepi jalan baru tahu”ugut Alisya. “Aku mintak sangat yang hari ni hari last aku jumpa mamat sewel tu apa ingat dia hemsem sanga kerrrr”tambah Alisya bola mata hitam berpunsing di dalam kelopak mata menunjukkan riak muka menyampah.
“Hahaha yela tu orang cakap kalau kau asyik benci lama-lama jadi sayang kau tak takut ke fall in love with him”usik kartini
“Nope never aku tak kan fall in love with him lagipun aku ada pak we la abang syah tu apa”balas Alisya dia menekan nada nya agar tidak terlalu marah.
“Ops aku lupa by the way mana abang syah kau ehh aku rasa lepas dia teman kita amik result spm bulan 3 hari terus tak nampak now dah bulan 8 kau tak rasa pelik ke”sahut kartini dia masih membuang pandangan ke luar tingkap melihat suasana jalan raya yang agak sesak.
“Hmm tu la aku ada juga call chat dia dekat whatapps tapi dia block aku kau rasa kenapa? aku ada buat salah ka dengan dia?”luah Alisya tiba-tiba rasa ingin berjumpa dengan abang syah meluap luap tetapi tidak tahu bagaimana.
“Sya kau jangan risau nanti aku tanya sepupu aku dia kan kawan abang syah mesti dia tahu bf kau ke mana”pujuk kartini
“Thanks… ni kau nak ke mana aku nak hantar kan”sahut Alisya dengan nada kembali ceria malas nak bersedih sedih lama lama dia tak da masalah sekiranya orang dah tak nak buat apa nak terhegeh hegeh dia bukan jenis perigi cari timba tapi at least bagitahu la ni tak terus lesap ja.
“Hantar kan aku ke kedai makan mak aku lagipun esok cuti aku ingat nak tolong mak aku”sahut kartini.
“Boleh nanti balik macam mana kau nak aku pick up ka?”soal Alisya setelah kereta nya berhenti betul betul dihadapan kedai makan tepi jalan yang tidak terlalu ramai pelanggan.
“Boleh ke kau nak pick up aku?”soal kartini dia tak mahu selalu menyusahkan alisya walaupun mereka sudah berkenalan lama.
“Boleh aku cadang malam ni nak tidur rumah kau pukul berapa nak aku datang pick up?”soal Alisya dia tak kisah sekiranya badan dia yang teruk bila tolong kawan.
“Pukul 8 malam kedai mak aku pun nak tutup dah tu pukul 7 lepas solat mahgrib memang kitorang gerak punya”balas kartini dia terharu dengan perbuatan Alisya yang langsung tidak kisah sekiranya mahu membantu.
“Ok aku gerak dulu lepas solat makan aku datang pick up kau”balas alisya. Kartini mengangguk lalu turun sebelum kereta alisya bergerak laju menuju ke rumah.
Tengku haril melepaskan kasut yang dipakai sebelum masuk ke dalam rumah. Puan ros memerhati dirinya dengan perasaan teruja.
“Assalamualaikum ma.. ni yang happy semacam ni kenapa papa dah berhenti main golf ke”tegur Tengku hairil sambil menyalami tangan puan ros.
“Tak de la mama cuma nak bagitahu yang hasrul sekeluarga ajak kita satu family makan malam dekat rumah dia itu aja”sahut puan ros dengan kakinya sudah melangkah ke ruang tamu.
“Ok dah tu yang mama happy sangat ni kenapa?”soal Tengku hairil yang masih tidak puas hati dengan senyuman puan ros yang masih tidak lekang dari bibirnya.
“Mama happy sebab manala tahu yang Alisya tu boleh jadi rapat dengan ril boleh la mama cepat-cepat dapat menantu”sahut puan ros.
“Why mama berkenan sangat ke dengan Alisya kalau dah betul berkenan ril boleh je suruh mama masuk meminang”balas Tengku hairl dengan nafas lega bermakna kedua dua orang tuanya suka alisya seperti dirinya.
“Tak boleh macam tu ril kamu berdua kena la berkenalan dulu tak de la nampak terburu buru sangat nanti apa pulak keluarga belah sana kata”tegah puan ros memanglah dia berkenan dengan Alisya tapi kalau boleh dia mahu mereka berkenan terlebih dahulu.
“ok la if you say like that Ma ril naik dulu nak solat dah lambat ni”balas Tengku hairil kakinya sudah melangkah di atas anak tangga.
“Ril kejap lagi pukul 7.40 malam kita pergi rumah diorang”laung puan ros sebelum ke dapur. Tengku hairil melangkah masuk ke dalam bilik dia segera membersihkan diri sebelum menunaikan solat mahgrib. Usai solat Tengku hairil bersiap siap untuk makan di rumah alisya. Dia mengenakan baju t-shirt polos lengan panjang dengan seluar jeens lembut bewarna hitam simple tapi terserlah ketampanan dirinya.Setelah semua bersiap mereka menuju ke rumah alisya.
Alisya yang baru pulang ke rumah segera masuk ke dalam bilik kerana dia mahu bersiap sebelum menjemput kartini. Puan nora yang melhat anak gadisnya yang terburu buru masuk ke dalam bilik akhirnya dia tidak jadi memberitahu bahawa keluarga Tengku hairil akan tiba sebentar lagi.
Usai solat Alisya terus turun menuju ke tempat parking kereta sebelum itu dia mencari sosok tubuh Puan Nora dan Encik Hasrul untuk memberitahu bahawa dia ingin menjemput kartini tetapi setelah dia melihat Tengku hairil yang duduk di meja makan dia terus keluar kerana rasa menyampah yang tidak dapat dibendung lagi.
“Sayang adik mana ni tetamu datang tak kan dia tak turun”bisik Encik Hasrul.
“Saya dah suruh mak Ton pergi panggil adik tapi dia bagitahu yang adik pergi pick up tini dekat kedai mak dia lagipun malam ni dia tak tidur dekat rumah sebab esok diorang ada hal nak buat jadi adik tidur dekat rumah kartini”bisik Puan Nora dia tak mahu ganggu suasana yang tengah hangat.
“Emm rul anak kau mana si Alisya tu dari tadi tak nampak pun dia”soal Tengku zahid
“Alisya dia tak dak dia pergi jumput kawan dia”sahut Encik Hasrul bersahaja. Dia juga tak mahu terus mengongkong Alisya takut takut anak gadisnya memberontak.
Tengku hairil cuba menahan rasa kecewa hasrat di hati mahu melihat wajah pujaan hati tapi apakan daya. Puan ros melanjut perbincaraan pasal topic yang lain dia tak mahu mengganggu mood happy yang masih tersisa.
Jam menunjukkan pukul 11 malam sudah 2 jam 30 menit kelurga Tengku zahid pulang Encik Hasrul dan Puan Nora juga sudah berada di atas tilam king mereka mahu berehat melepaskan lelah.
“Abang awak rasa hairil tu baik tak budaknya?”soal Puan Nora yang masih menyapu cream malam di wajah dan tangan.
“Saya rasa budak tu ok ja kenapa awak tanya”sahut Encik Hasrul yang masih membaca sebuah buku English.
“Tak de la saya cuma tanya je saya tengok diorang tu macam berkenan ja dengan adik”balas Puan Nora yang sudah melelapkan mata.
“Hmm saya pun perasan juga tapi tak pa la kalau jodoh ada tak kemana juga tapi awak kena ingat yang adik bersama dengan syah”balas encik hasrul dia juga melelapkan mata.
‘Ha’ah syah nak letak dekat mana’perkataan itu bermain-main dalam filiran puan nora sehingga dia dibuai mimpi
agak2 you guys where is abg syah?
Share this novel