BAB 2

Romance Completed 5915

Bunyi telefon berdering mematikan lamunan Fahmi. Lambat-lambat tangannya mencapai telefon yang tidak henti-henti menjerit minta diangkat.

“Fahmi buat apa tu?” soal Mak Cik Normah selepas memberi salam.

“Waalaikummussalam. Fahmi baru balik dari kerja. Tengah baring-baring ni.” balas Fahmi. Dalam kepalanya sudah berkira-kira mahu memaklumkan atau tidak tentang dia dan Mika yang terputus tali di tengah jalan.

“Mika ada telefon kamu?” Kali ini suara mak lebih lembut seperti memujuk. Ah, pasti Mika awal-awal sudah menelefon mak.

“Ada, dia minta putus. Patutlah Fahmi rasa tak sedap hati aje hari ni. Rupanya..” Bibirnya mengukir senyum tawar. Apa boleh buat, benda dah jadi. Terimalah hakikat Fahmi oi.

“Fahmi jangan salahkan Mika ya. Manusia memang selalu berubah hati. Alah, ramai lagi perempuan cantik kat luar sana yang berebut nak jadi isteri anak mak ni.” Balas Mak Cik Normah siap berseloroh lagi.

Fahmi ketawa kecil. Mujurlah ada mak yang sentiasa disisi. Terasa rindu pula pada mak. Padahal baru minggu lepas dia pulang kerana menghadiri majlis kahwin Johan dan Mina a.k.a Nurjannah. Dekat setengah jam jugalah dia bergayut dengan mak sebelum wanita separuh abad itu memutuskan talian.

Fahmi mencapai tuala yang tersangkut pada penyangkut besi. Sambil mandi sempat juga dia bernyanyi. Sepi hatiku, galau jiwaku. Saat kau katakan putus dengan aku.Sedar-sedar azan maghrib sudah berkumandang. Terkocoh-kocoh dia mengambil wuduk untuk menunaikan soFahmi maghrib.

“APASAL kau duk termenung aje ni Fahmi ? Gelisah semacam aje. Naik berbulu mata aku ni tengok.” Soal Azrie yang sedang menonton drama melayu. Awal-awal lagi dia sudah rembat remote, malas berebut channel dengan Fahmi. Fahmi yang sedang berbaring di atas sofa dengan lengan diletak di atas dahi dikerling sekilas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience