BAB 3

Romance Completed 5915

“Orang putus tunang macam nilah.” Balas Fahmi lambat-lambat.

Kenapa ya rasa bosan aje malam ini. Resah dan gelisah macam cacing kepanasan di musim el nino sahaja. Mika, aku sudah merelakan kau pergi sayang. Namun kenapa rasa rindu pula? Jadi untuk apa rindu ini jika sayapnya tidak bisa terbang jauh ? Sebutir cintaku yang hilang, sedihnya tertambak di dada ini, Mika ! Oh tidak, habis keluar ayat-ayat novel yang pernah dibacanya. Tak boleh jadi ni.

Fahmi bingkas bangun. Dia mundar mandir di hadapan televisyen sambil tangannya mengusap dagu yang dilapisi janggut nipis.

“Ish, kau ni. Ke tepi sikit, aku nak tengok Mak Cun.” Pantas tangannya melempar kusyen kecil ke badan teman serumahnya. Geram sungguh dengan Fahmi yang bagai kucing kehilangan anak.

“Kau tahu tak Azrie ? Kau adalah housemate yang paling teruk kat Malaysia ni. Sepatutnya kau tolong happening kan teruna yang sedang bersedih gara-gara putus tunang ni.” balas Fahmi sambil bercekak pinggang.

Azrie tayang sengih lebar. Sedih lagi rupanya teman serumahnya ini. Terkejut juga dia bila Fahmi tiba-tiba tukar status fac dari engaged ke single selepas maghrib tadi. Terkocoh-kocoh dia berlari mendapatkan Fahmi yang sedang meniarap di atas katil di biliknya.

“Malas aku cakap banyak dengan kau. Nanti badi tak laku kau tu melekat dekat badan aku. Tak pasal-pasal aku tak jadi bertunang pula nanti.” Azrie ketawa besar. Badi tak laku? Hahaha. Mengarut betul.

Fahmi tayang muka masam seraya kembali melabuhkan duduk di atas sofa. Di dalam kepala dia sudah berfikir macam-macam perkara. Dia harus cari jalan untuk menyingkirkan Mika dari hatinya secepat mungkin. Langkah pertama, buang semua benda yang mengingatkan dia pada Mika. Langkah kedua, alih perhatian dengan melakukan aktiviti riang ria tapi berfaedah supaya dia tiada masa untuk mengingati kenangannya bersama Mika. Langkah ketiga, cari calon isteri secepat mungkin.

“Kau balik kampung bila Fik? Bila majlis tunang kau tu?” kukunya yang kemas dipotong pendek itu direnung. Sekadar menghilangkan rasa bosan yang bertamu di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience