BAB 11

Romance Completed 5915

“Saya yang bayar, jadi saya punyalah. Not yours.” Balas Suria dengan kening terangkat. Plastik tadi dimasukkan ke dalam bakul basikalnya.

“Kedekut tahi hidung masin betul awak ni. Sama macam Azrie.” Kutuk Fahmi sesedap rasa. Dia mencapai aiskrim di dalam plastik tanpa rasa bersalah. Alamak, guna tangan kiri pula tu. Macam tak senonoh pula. Ah, tengah darurat ni. Terus sahaja plastik aiskrim tu digigit. Nikmatnya Tuhan sahaja yang tahu. Terasa sejuk hingga ke hati bila aiskrim itu masuk ke mulut. Suria sudah berang dan mulutnya tak henti mengomel. Namun dia malas peduli.

Geram sungguh dia dengan mat rempit sewel sorang ni. Entah turun dari planet mana tak tahu. Lagi teruk dari aliens dalam cerita mat salleh. Terus sahaja dia mengayuh basikal, meninggalkan Fahmi yang sedang enak menikmati aiskrim. Belum pun sampai semeter dia mengayuh, tiba-tiba basikalnya berhenti mendadak. Terus sahaja dia hilang keseimbangan dan.. Buk. Dia jatuh macam nangka busuk dengan basikal menindih kakinya. Suria menoleh kebelakang. Fahmi sudah mengangkat kedua belah tangannya ke udara, tanda tidak bersalah namun Suria awal-awal sudah tahu pasti semua ini angkara Fahmi. Teruknya Fahmi ni. Apa salah dia pada lelaki itu? Rasa mahu menangis pula.

“Sorry. Sorry. Saya tak bermaksud nak jatuhkan awak.” Ujar Fahmi dengan rasa bersalah. Dia segera mengangkat basikal yang menghempap kaki Suria.

“Tak payah nak buat baik sangatlah.” Balas Suria tanpa menoleh. Lambat-lambat dia bangun seraya menepuk seluar yang sudah kotor dengan tanah.

“Eh, dia ni! Kita nak buat baik pun tak nak. Sombong.” Rungut Fahmi sambil matanya merenung Suria yang sudah mengayuh basikalnya.

FAHMI mengiring ke kanan. Azrie yang sedang berbalas mesej dengan Kalsom itu dipandang. Malam ini terpaksalah dia tidur dengan Azrie memandangkan abang Pauzi dan isterinya sudah pulang. Diam-diam fikirannya menerawang mengingati Suria yang sombong dan kedekut tu. Fahmi menatap telapak tangannya yang elok berjahit itu. Cantik jahitan Suria. Halus. Suria pun cantik juga tapi lagi cantik kalau rambut tu ditutup.

Fahmi bingkas bangun. Aduhai Fahmi, apa sudah jadi? Kepalanya digeleng beberapa kali. Sukakah dia pada Suria? Tapi baru tiga kali mereka berjumpa itupun tanpa sengaja. Oh tidak, mungkin ini hanya mainan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience