BAB 4

Romance Completed 5915

“Esok. Hari Sabtu ni, sekali dengan majlis kahwin kakak aku.” Balas Azrie acuh tak acuh. Matanya tidak lekang daripada televisyen yang menayang babak Mak Cun berperang mulut dengan MMika ah.

“Nak ikut.” Bahu Azrie dicuit dari belakang.

“Tak payah nak mengada.” Dia menepis tangan Fahmi yang mencuit bahunya.

“Hello boss. Saya nak apply cuti sepuluh hari. Apa? Tak boleh? Kalau macam tu esok tunggu saya hantar surat berhenti. Gergasi Holding dah lama tawarkan position ketua arkitek. Boleh tahan mahal juga gaji yang ditawarkan. Apa? Cuti saya dah di approve. Baik bos. Thank you so much.” Fahmi mematikan talian. Wah, hari ini dia terasa bagai orang berpangkat besar pula. Tak sia-sia dia bekerja bersungguh-sungguh, dapat juga jadi pekerja kesayangan bos.

“Wow, bahagianya hidup kaki kipas macam kau ni Fahmi. Ugut sikit terus dapat cuti. Hebat.” Matanya mengecil merenung wajah Fahmi yang tersengih macam kerang busuk tamat tempoh.

“Aku bukan kaki kipas okey. Aku pekerja yang berdedikasi dan komited dengan kerja aku.” Belakang Azrie yang bersandar pada sofa ditolak menggunakan kepala lutut.

“Suka hati kaulah Fahmi. Malas aku layan cakap tiga suku kau ni.” Azrie bingkas bangun. Jam sudah menginjak ke angka 10.00 malam. Dia mahu tidur awal malam ini memandangkan esok dia akan memandu kereta ke utara.

Seketika kemudian lagu tema Mak Cun berkumandang. Azrie terus mengambil posisi sementara Fahmi terkocoh-kocoh berdiri. Satu dua tiga.

“Dia nak jadi kaya. Ingin berniaga bedak sejuknya. Musuh mengata saja. Poyo poyolah. Dak Mak Cunlah berkesan…”Serentak mereka menyanyi sambil menari. Seketika kemudian meletus tawa kuat dari mulut mereka. Bergema rumah teres dua tingkat itu dengan suara mereka.

PINTU kereta Proton Pesona milik Azrie itu ditutup. Matanya meliar memandang kawasan kampung yang asing di matanya. Sepanjang perjalanan ke rumah Azrie, matanya disajikan dengan sawah bendang yang luas terbentang. Cantik sungguh. Wah, sangat jauh berbeza dengan kampungnya yang berada dekat dengan pantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience