BAB 5

Romance Completed 5915

“Tak payah nak jakun sangatlah.” Usik Azrie sambil tangannya membuka pintu belakang. Beg pakaian dia dan Fahmi yang kecil itu ditarik keluar.

“Choi, kacau je kau ni nyah.” Balas Fahmi bersama tawa besar. Beg pakaiannya diangkat seraya bergegas membuntuti Azrie yang sudah mendaki tangga rumah.

Ringan mulutnya memberi salam sebelum sempat Azrie membuka mulut. Seketika kemudian kedengaran suara menjawab salam dari dalam. Beberapa saat kemudian muncul wanita separuh abad bersama senyuman lebar. Azrie pantas menyalami tangan maknya diikuti Fahmi.

“Ni sapa ni?” soal Mak Cik Norita sambil matanya merenung wajah Fahmi. Elok budaknya, sedap dipandang.

“Ni lah Fahmi kawan serumah yang orang cakap tu mak. Tiba-tiba je dia gatai nak ikut orang balik.” Azrie sudah melangkah masuk. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa dengan nafas lega.

Fahmi mengekori dari belakang selepas wanita separuh abad itu mempersilakannya masuk. Azrie yang tersengih-sengih dijeling sekilas. Azrie ni memanglah, terkadang usikan dia melampau-lampau. Tengoklah tadi, tak jemput dia masuk pun. Menonong je masuk rumah tinggalkan dia berdiri di hadapan Mak Cik Norita.

“Ish, hang ni. Awat kata lagu tu dekat Fahmi ?” bahu Azrie ditepuk lembut.

“Azrie, bawa Fahmi ni masuk bilik. Berehat dulu lepaih tu kita makan sama-sama. Mak nak sambung masak. Entah jadi ke tidak asam pedas tu kalau biar Kak Siti hang buat sorang-sorang.” Sambung Mak Cik Norita lagi. Dia kemudiannya segera ke dapur. Sayup-sayup kedengaran suara Mak Norita membebel Kak Siti yang sibuk berbalas mesej sambil memotong bunga kantan.

“Haa.. Dengar tak mak kau kata apa tadi? Bawa aku masuk bilik, berehat.” Bantal kecil yang diletak di atas sofa diambil sebelum dicampak ke muka Azrie yang sedang baring.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience