BAB 13

Romance Completed 5915

Kata Azrie, Kalsom itu anak yatim piatu sejak dia di tingkatan tujuh. Selepas kematian ayah dan emaknya, gadis itu tinggal dengan ibu saudaranya di Butterworth. Habis sahaja belajar terus gadis itu pulang dan tinggal di rumah peninggalan ayah dan emaknya. Dan kemudian watak Suria, si gadis dari Jengka, Pahang ini muncul setahun yang lepas.

Suria Ilyana. Fahmi senyum lagi buat kesekian kali.

Perut yang tadinya berkeroncong kini sudah kenyang bahagia dipegang sambil mulut melepaskan sendawa. Kalau begini hari-hari, mahu gemuk dia jadinya. Hari sudah semakin petang. Suasana perkarangan rumah Mak Cik Norita dan Pak Cik Firdaus semakin lengang. Azrie yang sedang duduk di atas tangga rumah dijeling sekilas. Lelaki itu sedang tersengih macam selipar koyak sambil merenung cincin di jari. Fahmi menggeleng perlahan. Sepatutnya Azrie dan Kalsom dikahwinkan terus. Tak perlu ditunangkan pun. Tengoklah si Azrie tu, macam orang mabuk kepayang sahaja.

Fahmi sudah naik menyampah dengan Azrie. Sebenarnya dia cemburu dengan Azrie. Maklumlah diakan sudah kembali solo. Hahaha. Tak patut sungguh. Fahmi sudah mendapatkan motor Azrie. Dia mahu pusing kampung sambil membawa hati yang kesunyian.

Seperti biasa, dia singgah di kedai runcit sekejap. Tujuh batang aiskrim bubur kacang hijau diletakkan di atas kaunter seraya tangannya menghulur duit.

“Sekali ya mak cik.” Gumam Suria sambil menghulur tujuh batang aiskrim. Fahmi yang terkuFahmi -kuFahmi dijeling bersama senyuman. plastik yang tergantung berdekatan kaunter diambil sebelum tangannya memasukkan aiskrim tadi ke dalam.

“Hmm.. Pelik.” Ujar Fahmi sebaik sahaja dia dan Suria sama-sama keluar dari kedai runcit.

“Apa yang peliknya?” Suria menoleh. Seketika pandangan mereka bertaut sebelum Suria cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

“Belum pernah lagi awak senyum pada saya tapi hari ni.. Pelik.” Balas Fahmi bersama kerutan di dahi. Selalunya Suria hanya menanyang muka tak berperasaan dan muka masam sahaja. Tapi hari ini gadis itu menguntum senyum yang manis buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience