BAB 9

Romance Completed 5915

“Tak payah nak gatai sangat. Tu bakal tunang aku, Kalsom.” Azrie sudah bercekak pinggang. Kalsom yang terdengar butir bicara Azrie sudah tersengih-sengih.

“Manalah aku tahu. Kau mana pernah tunjuk gambar awek kau dekat aku.” Balas Fahmi, tidak berpuas hati dengan Azrie yang bermulut tempayan. Cakap tu tak pernah perlahan. Sekali buka mulut habis orang sekeliling dia dengar. Seketika kemudian, langsir bilik rawatan diselak dari luar. Muncul seorang lagi jururawat.

“Hah, kalau si Suria ni tak apa. Tu masih bujang trang trang. Sesuailah dengan kau yang baru putus tunang ni.” Tutur Azrie sambil tayang gigi.

Suria menoleh sebaik sahaja mendengar namanya disebut. Terus sahaja tangannya singgah di kepala Azrie. Ringan mulut Azrie mengaduh seraya menggosok kepala yang terasa sakit. Padan muka. Matanya menyorot memandang lelaki yang sedang duduk sambil meriba tangan.

“Dasar mat rempit gila!” Suria cam muka lelaki itu.

“Pencuri aiskrim?” terjegil mata Fahmi. Serta merta tekaknya terasa mahu makan aiskrim bubur kacang hijau.

Cekap tangannya mencuci luka sepanjang hampir setengah inci itu. Selepas mencuci dia meletakkan cecair spirit pada luka yang agak dalam itu. Wajah Fahmi yang berkerut seribu itu dikerling sekilas. Rasa mahu ketawa pula melihat muka lelaki itu. Padan muka. Ni mesti luka sebab jatuh motor.

“Nak jahit ka?” soal Suria dengan kening terangkat. Azrie dan Kalsom sudah berlalu ke depan, meninggalkan mereka berdua sahaja di sini. Terasa awkward sangat bila berdua. Macam ada aura yang lain macam sedang berpuput dengan udara.

“Jahit jelah. Takkan nak biar terbukak macam tu je. Karang laFahmi mai hurung mahu bernanah luka ni.” balas Fahmi, sebal dengan pertanyaan gadis itu. Muncung sahaja bibirnya. Sudahlah gadis itu memegang jemarinya sewaktu mencuci luka. Memanglah berlapik tapi dia rasa malu dan tak selesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience