BAB 7

Romance Completed 5915

Suria memberhentikan basikal. Tangannya automatik menekup telinga sambil mulut menggigit plastik aiskrim yang hanya tinggal separuh. Matanya mencari-cari wajah si penunggang motorsikal. Lelaki yang sedang tersengih itu dijeling setajam yang boleh. Kalau boleh setajam mata pedang biar terbelah dua wajah mengejek tu.

Fahmi memecut laju setelah berpuas hati melihat wajah masam mencuka gadis berbaju putih tadi. Padan muka. Dia ketawa kuat, cuba menyaingi angin yang menderu ke muka.

KOPI yang masih berasap nipis itu dihirup perlahan, menikmati setiap titis aroma yang mengancam jiwa. Tertutup seketika matanya apabila kopi tadi melepasi anak tekak. Pergh, sedap betul air kopi Mak Cik Norita. Syukur dia masih hidup lagi hari ini.

Seketika kemudian muncul Azrie yang sedang menahan kuap. Lelaki itu menonong sahaja berjalan mendekati peti sejuk. Matanya digosok-gosok sambil sebelah tangan lagi membuka pintu peti sejuk. Aiskrim perisa asam itu dicapai dan digigit. Sejuk terasa sehingga ke anak tekak. Terus rasa mengantuknya hilang.

“Woi, aiskrim aku tu” sergah Fahmi. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Seronok sangat mengusik gadis pencuri aiskrim petang semalam sampai dia terlupa tentang aiskrimnya. Ketika dia mahu makan, aiskrim itu sudah mencair. Jadi, pulang sahaja ke rumah ini dia terus menyimpannya ke dalam peti sejuk.

“Dalam peti sejuk rumah aku kan, maknanya aku punya.” Balas Azrie sambil ketawa. Dia melabuhkan duduk di hadapan Fahmi, sengaja mahu menyakiti lelaki itu.

“Sedap aiskrim ni. Kau beli kat mana?” soal Azrie, cuba meraih perhatian.

“Enggak usah sok nanya dong mas.” Tutur Fahmi dalam peFahmi bahasa Indonesia. Malas dia mahu melayan perangai tiga suku Azrie, tolong Pak Cik Firdaus kopek kelapa lagi bagus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience