BAB 1

Romance Completed 5915

Dia menghempaskan telefon bimbit itu ke dinding. Tubuhnya dihempas ke atas katil bersama rengusan kuat. Benarlah tiada siapa menyangkka tadinya dia yang gembira kini dalam sekelip mata saja menjadi huru hara dan berkecamuk. Hanya dengan satu panggilan telefon saja dunianya di rasa tunggang terbalik dan bakal hancur.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya cuba untuk bertenang. Rileklah Fahmi Damian. Dunia belum kiamat. Putus tunang sahaja, bukan putus nyawa. Dia bukan jodoh kau, jadi terima semuanya dengan hati terbuka. Masih ramai perempuan di luar sana yang kau boleh jadikan isteri. Kalau Mika bukan jodoh kau, mungkin Uqasha Senrose ke, Emma Maembong ke. Entah-entah artis Hollywood. Siapa tahu kan? Tak ada siapa tahu apa nasib kau!

Tapi Mika ni lain daripada yang lain. Susah untuk dia lupakan macam tu sahaja dalam sekelip mata. Hmm.. lain sangat. Sebab tu gadis itu bertindak memutuskan pertunangan mereka dan memilih Tahir si peragawan yang kononya kacak lagi bergaya. Di mana kurangnya dia di mata Mika ya? Aduh tapi kalau dah namanya peragawan sah-sah memang kacak kan!de

Fahmi bingkas bangun seraya mendapatkan cermin besar di sudut bilik. Wajahnya dipandang. Hmmm.. dahinya sedang-sedang sahaja, tidak terlalu luas seperti padang bola atau sawah padi. Hidung boleh tahan mancung juga jadi tiada istilah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Pipi pula tak cengkung dan tak pula tembam. Sedap mata memandang gitu. Kalau bibir pula, merah original kerana dia tidak pernah menghisap rokok walau sekali meskipun dia dan Johan pernah berniat untuk mencuba sewaktu mereka di sekolah menengah. Fahmi tayang gigi. Tu dia, putih macam iklan colgate. Zul Ariffin.

Atau mungkin dia tak cukup sasa lagi buat Mika. Haih entahlah. Fahmi menanggalkan kemeja yang dipakai ke pejabat. Tubuhnya yang hanya berbalut dengan singlet itu ditilik. Dia acah-acah membuat gaya ahli bina badan. Hmm.. Tubuhnya boleh tahan tegap juga walaupun tidak sesado ahli bina badan. Alah, bukan semua perempuan suka lelaki bertubuh sado, jadi tak perlulah nak sado sangat kalau setakat mahu menarik perhatian perempuan. Tu gatal namanya.

Bosan dengan aktiviti menatap tubuh dan wajah sendiri, Fahmi membaringkan tubuh ke atas katil. Mika. Walau kita tidak berjodoh, namun ketahuilah sepanjang perkenalan kita abang ikhlas mencintai Mika. Doakan cinta abang pada Mika boleh luntur secepat mungkin ya. Abang tak mahu mencintai hak orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience