BAB 14

Romance Completed 5915

Suria tersenyum lagi. Dia sudah mendapatkan basikalnya. Plastic berisi aiskrim dimasukkan ke dalam bakul. Malas dia berlama di situ. Baik dia cepat-cepat beredar.

Fahmi tersengih riang. Rugi pula dia tak mengusik Suria hari ini. Fahmi mendapatkan motor yang diparkir di bawah pohon mangga. Butang starter ditekan. Seketika kemudian bergema bunyi ekzos namun kali ini bunyinya lain macam sahaja. Fahmi tidak berpuas hati dengan bunyi ekzos yang serupa suara Azrie ketika sesedu. Dia turun dari motor seraya mengintai ekzos motor.

“Suria!!!!” jerit Fahmi sewaktu dia melihat sebiji pisang tersumbat di dalam ekzos. Pasti kerja Suria yang tersengih tadi.

Seminggu dia berada di sini, Fahmi sudah jatuh hati pada kampung ini. Dan yang dia sudah pasti, dia turut jatuh hati pada jururawat di klinik desa. Kereta Azrie bergerak menyusuri jalan kampung. Fahmi merenung ke luar tingkap kereta.

“Singgah dekat klinik desa sat.” pesan Fahmi buat kali yang entah ke berapa.

Azrie menggeleng perlahan. Entah kenapa Fahmi bagai sewel sedikit hari ini. Sudah berkali lelaki itu memesan agar singgah di klinik desa. Memang dia berniat mahu singgah untuk berjumpa Kalsom sekejap tapi Fahmi pula yang nampak beria. Mengalahkan dia yang baru bertunang. Takkanlah sudah sangkut pada Suria.

Sampai sahaja di klinik desa yang kecil itu, Fahmi bergegas turun. Di kaunter, dia hanya nampak kelibat Kalsom yang sedang bercakap dengan seorang mak cik tua. Terus sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

“Suria.” Panggil Fahmi seraya tangannya meletak sehelai selendang berwarna biru di atas kepala Suria yang sedang membalut lengan kanak-kanak lelaki.

“Eh, awak buat apa kat sini?” Soal Suria dalam nada terkejut. Selendang yang berada di atas kepalanya dipegang.

“Orang cakap, biru adalah warna cinta. Jadi, tunggu saya hantar rombongan meminang ke rumah awak kat Jengka ya.” Fahmi sudah nekad. Wajah Suria yang sudah merah itu dipandang bersama senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience