MELAWAN DAJJAL

Other Series 834

SEMEMANGNYA Rasulullah adalah seorang Yang tampan. Wajahnya
sentiasa kelihatan tersenyum dan menenangkan.


Namun suatu Hari, wajah baginda kelihatan serious. Para sahabat
sendiri tidak tahu apa sebabnya. Salah seorang sahabat berketurunan
Badwi cuba bertanya satu soalan kepada baginda. Tetapi dia segera
dihalang oleh para sahabat yang lain.


" Jangan ganggu Rasulullah dalam keadaan begini, " kata mereka.


" Biarlah Aku bertanya sesuatu supaya baginda tersenyum, " jawab
Badwi itu.


Dia pun terus menemui Rasulullah dan bertanya, " Wahai Rasulullah,
saya telah mendengar berita kedatangan Dajjal yang akan menawarkan
roti dan kuah kepada manusia. Dikatakan juga, orang yang tidak mahu
mengikutnya akan mati kelaparan. Apakah Kami mesti mempertahankan
diri dengan menolak pemberian Dajjal sehingga kami mati kelaparan?
Atau Kami makan saja roti itu sehingga kenyang tapi kami tetap beriman
terhadap Allah dan mengkufuri Dajjal itu?"


Ternyata, apabila mendengar soalan itu, Rasulullah tertawa. Baginda
menjawab, " Tidak... kamu akan diperkaya oleh Allah s.w.t sebagaimana
Allah memperkaya orang-orang beriman."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience