JIBRIL MENGAJAR RASULULLAH

Other Series 834

UMAR r.a bercerita:

Suatu hari, ketika sedang duduk bersama Rasulullah, muncul seorang
lelaki berpakaian putih bersih dan berambut hitam kelam. Dia tidak kelihatan
seperti musafir tetapi tidak seorang pun daripada kami yang pernah
melihatnya. Lalu dia duduk di sisi Rasulullah. Lututnya terkena lutut baginda

Kemudian dia meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua
pehanya lalu ia berkata, " Wahai Muhammad, beritahu aku tentang Islam."

Baginda pun bersabda, " Islam adalah kesaksian bahawa tiada Tuhan
( Yang berhak disembah) kecuali Allah dan Muhammad itu utusan Allah,
Kamu mendirikan solat dan mebayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan
Dan menunaikan haji di Baitullah jika mampu."

Lelaki itu pun berkata, " Benar."

Kami kehairanan kerana lelaki itu bertanya tetapi dia juga
membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi, " Beritahu saya tentang Iman."

Rasulullah menjawab, " Kamu beriman terhadap Allah, para malaikatNya
kitab- kitab- Nya, Rasul- rasulNya, Hari akhir Dan Qadar Yang baik mampu
Yang buruk."

Lelaki itu berkata, " Benar."

Kemudian dia bertanya lagi, " Beritahu saya tentang Ihsan."

Rasulullah menjawab, " Kamu menyembah Allah seakan- akan kamu
melihat- Nya, jika kamu tidak melihat- Nya, maka sesungguhnya Dia
selalu melihatmu."

Lelaki itu bertanya lagi, " Beritahu tentang Hari kiamat."

Rasulullah menjawab, " Orang Yang bertanya lebih tahu Daripada
Yang ditanya."

Lelaki itu bertanya lagi, " Beritahu saya tanda- tandanya."

Rasulullah menjawab, " Apabila wanita melahirkan tuannya dan
apabila kamu melihat orang-orang yang dahulunya miskin, berlumba- lumba
mendirikan bangunan."

Kemudian lelaki itu pun pergi. Semua yang berada di dalam masjid
itu terdiam. Begitu juga Rasulullah.

Seketika kemudian, baginda bertanya, " Wahai Umar, tahukah kamu,
siapa Yang bertanya tadi?"

Saya menjawab, " Allah Dan RasulNya lebih mengetahui."

Baginda pun berkata, " Dialah jibril yang datang untuk mengajarkan
agamamu."

( Hidayat riwayat Muslim)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience