AKIBAT MAKAN DAGING

Other Series 834

SUATU hari, Rasulullah sedang duduk Di dalam satu majlis bersama
para sahabat sementara menunggu waktu solat. Kemudian datang
seorang sahabatnya yang baru pulang daripada jamuan hidangan
daging. Sahabatnya itu sudah terlebih makan daging sehingga nafas
dan badannya turut berbau seperti daging.

Rasulullah turut tercium bau yang kurang enak itu. Baginda
segera menyedari, bau itu nafas salah seorang sahabatnya yang terlalu
banyak makan daging. Namun baginda juga sedar, sahabatnya itu
dalam keadaan serba salah.

Pasti sahabat itu sudah berwudhuk dan bersedia untuk bersolat
jemaah. Jika masih belum dan hanya dia yang pergi mengambil wudhuk,
pasti semua orang akan tahu, siapakah yang berbau seperti daging itu.
Baginda mahu menegur sahabat itu tetapi tidak mahu teguran itu
sehingga memalukannya Di hadapan semua orang.

Rasulullah pun melihat semua orang berada dalam masjid itu.
Kemudian baginda berkata, " Siapa yang makan daging tadi, berwudhuklah."

Sudah tentu mereka semua ada memakan daging. Lalu mereka berkata,
" Wahai Rasulullah, kami semua makan daging."

Baginda pun menjawab , " Kalau begitu, berwudhuklah kamu semua."

Mereka semua pun bangun dan pergi mengambil wudhuk, termasuk
orang yang berbau kurang enak itu. Begitulah kecerdikan Rasulullah Yang
dikurniakan oeh Allah s.w.t dalam menjaga air muka seseorang. Baginda
tidak pernah sekali pun memalukan sesiapa Di hadapan orang lain Dan
sentiasa berusaha menutup keaiban sesiapa saja Di sekelilingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience