ABU Hurairah bercerita:
Suatu ketika, Rasulullah meminta saya menjaga harta
Dan makanan yang dizakatkan oleh orang ramai. Malam itu,
ketika saya sedang menunaikan amanah itu, tiba- tiba saya
melihat satu lembaga mengambil segenggam makanan tanpa
izin. Saya segera menangkapnya Dan mengugut akan membawanya
kepada Rasulullah.
Lembaga itu ketakutan dan berkata, " Saya orang miskin.
Ahli keluarga saya ramai Dan mereka sangat memerlukan makanan.
" Saya pun melepaskannya."
Pada keesokan Hari, saya pergi bertemu Rasulullah Dan
menceritakan kejadian itu kepadanya. Baginda bertanya, "Apa
kata tawananmu malam tadi?"
Saya menjawab, " Katanya dia melarat. Saya tidak
sampai hati lalu saya melepaskannya."
Rasulullah pun berkata, " Dia berbohong. Malam nanti
dia akan kembali."
Memang benar itu. Malam seterusnya, lembaga itu datang
semula dan mengambil segenggam makanan Lagi. Saya
menangkapnya dan mengugut membawanya kepada Rasulullah.
Jawapanya Sama seperti sebelum itu dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi. Jadi saya pun melepaskannya.
Keesokan harinya, saya menceritakan perisriwa itu kepada
Rasulullah. Sekali lagi baginda menegur tindakanku dan berkata,
"Dia berbohong Dan akan datang lagi."
Pada Malam ketiga, saya lebih berwaspada. Rasulullah
berkata benar. Lembaga itu datang lagi dan cuba mengambil
segenggam makanan. Kali ini saya Terus menangkap dan
memegangnya dengan kuat.
Saya berkata kepadanya, " Sudah tiga malam kamu datang
sedangkan sebelum ini kamu berjanji tidak akan datang lagi."
Lembaga itu menjawab, " Lepaskan saya! Lepaskan saya!
Saya berjanji akan mengajarmu satu ayat Yang sangat
bermanfaat kepadamu."
Saya terus bertanya, " Apakah ayat itu?"
Dia menjawab, " Ketika kamu Sudah mahu tidut, bacalah
ayat kursi. Kamu pasti akan dijaga oleh Allah Dan syaitan tidak
akan mengganggumu sehingga pagi."
Keesokan harinya, saya bertemu Rasulullah lagi. Baginda
bertanya, " Apa Yang dikatakan oleh tawananmu malam tadi?"
Saya menjawab, " Dia mengajar beberapa ayat Yang
bermanfaat kepada saya. Lalu saya melepaskannya."
Baginda bertanya lagi, " Apakah ayat itu?"
Saya menjawab, " Ketika mahu tidur, dia menyuruh
membaca ayat Kursi. Jadi saya pasti akan dijaga oleh Allah Dan
syaitan pun tidak akan mengganggu saya."
Baginda menjawab, " Kali ini dia berkata benar walaupun dia
selalu berbohong. Adalah kamu tahu siapa dia?"
Saya menjawab, " Tidak tahu."
Rasulullah pun membalas, " Dia adalah syaitan."
sila komen ye...
Share this novel