RASULULLAH pernah berkata, di dalam syurga itu ada kamar- kamar.
Dindingnya lutsinar dan hiasan dalamanya sangat Indah. Pemandangannya
tidak pernah dilihat di dunia dan ada hiburan yang tidak pernah dinikmati
oleh manusia ketika Di dunia.
" Kamar- kamar itu untuk siapa, Rasulullah?" Tanya para sahabat.
" Untuk orang yang mengucapkan Dan menyemarakkan salam,
orang Yang memberikan makan kepada yang orang memerlukan Dan
orang Yang selalu berpuasa serta mendirikan solat malam ketika
manusia sedang tidur," jawab Rasulullah.
Kemudian baginda melanjutkan penjelasannya, " Siapa Yang
bertemu temanya lalu memberi salam, bererti dia Sudah
menyemarakkan salam. Mereka Yang memberi makan yang cukup
kepada ahli keluarganya termasuk orang- orang yang membiasakan
berpuasa. Mereka Yang solat Isyak dan Subuh berjemaah termasuk
orang Yang solat malam ketika orang lain sedang tidur."
sila komen ye.....
Share this novel